Monday, February 11, 2013

Puteri Umno: Malaysia Tidak Wajar Derita Kerana Anwar Ibrahim


Rakyat Malaysia tidak wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita atau bergadai nyawa bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang mencapai cita-cita mereka secara demonstrasi jalanan, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, sekiranya Anwar benar-benar ingin menjadi perdana menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihan raya.

Menurut beliau, ketua pembangkang itu tidak perlu menggunakan alasan mengadakan demonstrasi ala 'Arab Spring' di Malaysia sebagai satu cara mencapai matlamat tersebut.

"Jika, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah negara Arab dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

"Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam 'Arab Spring' di negara Arab pasti akan memberitahu kita bahawa apa yang dinikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut menyoal Anwar sama ada beliau sanggup menjaja dan menggadaikan keamanan negara demi mencapai matlamat pihak pembangkang.

No comments: