Monday, March 18, 2013

2 BN Perak Bersedia Sumbang Kejayaan Besar BN Pada PRU 13


Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya, malah semangat jentera sudah berada di tahap yang terbaik untuk menyumbang kejayaan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat, demikian tegas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

“Kita akan pastikan dengan segala perancangan, dengan segala usaha yang dibuat dan juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti dan jentera, BN Perak akan menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat Parlimen selain akan mempertahankan DUN Perak pada PRU13 ini”, katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi BN Perak juga telah mengadakan simulasi pilihanraya untuk memastikan setiap jentera yang telah dibentuk dapat digerakkan dengan effisien dan padu.

“Pilihanraya umum 2008 telah banyak memberikan pengajaran besar kepada kita, iaitu kita belajar dari kelemahan dan kekurangan kita, dari situ kita melangkah ke hadapan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kita.

“Dalam masa yang sama, saya lihat dari segi perbezaan selama 11 bulan pihak pakatan memerintah Perak, rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang dengan pemerintahan di zaman BN memerintah”, ujarnya.

Apa yang pasti tambah beliau lagi rakyat dapat melihat pertentangan dalaman yang dihadapi oleh pakatan pembangkang kerana perebutan kuasa, yang mana masing-masing ingin mendapatkan kuasa yang lebih yang akhirnya menumbangkan kerajaan mereka selama 11 bulan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak seterusnya berkata kali ini BN sudah bersedia sepenuhnya termasuk belajar dalam soal meletakkan calon-calon yang tidak disukai rakyat seumpamanya, dan juga dalam soal memandang remeh dan mudah di kawasan-kawasan yang kononnya kubu kuat BN.

“Kali ini kita tidak lagi memandang mudah sebaliknya membuat persiapan rapi termasuk dalam kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat BN”, katanya.

Mengenai janji dan manifesto pakatan pembangkang yang sekali lagi membuat tawaran bulan dan bintang kepada rakyat, beliau yang juga ADUN Pangkor percaya rakyat terutama pengundi tidak akan sekali lagi mudah terpedaya.

“…..ini merupakan satu perkara yang agak janggal bagi kita apabila mereka (pakatan pembangkang) bercakap soal manifesto dan janji, seolah-olah ada dua perkara yang berbeza, kita tidak tahu adakah manifesto itu hanya pernyataan-pernyataan yang tidak akan dilaksanakan, kalau macam tu semua orang boleh buat manifesto, dengan sekadar buat manifesto sebagai satu bentuk gula-gula yang tidak semestinya dipenuhi.

“Sementara dalam konteks BN, apa yang kita perkatakan mengenai manifesto, itulah antara komitmen dan janji yang akan laksanakan, yang akan kita penuhi kepada rakyat sebagai janji dari kerajaan BN. Kita agak pelik juga menifesto yang sama, sebagaimana yang mereka janjikan pada tahun 2008 yang kebanyakannya tidak mereka penuhi, tetapi hari ini mereka mengulang perkara yang sama,” ujarnya .

2 comments:

Anonymous said...

KAH..KAH..KAH...
MAT BLACK NAK MEMPETAHAN KAN PERAK...!!!!
KAH..KAH..KAH...!!!
RAMPAS KUASA MACAM BERUK...
AMBIK KUASA MACAM SIAL....
NGAKU NAK PERTAHANKAN PERAK?
KAH..KAH..KAH..
NAK BERTANDING DI KAWASAN SENDIRIPUN TAKUT...
NAK PERTAHANKAN PERAK LAGI...
KAH..KAH..KAH...
TUNGGU MASA AKAN TIBA....
KAU AKAN LIHAT LANGIT ITU CERAH KA GELAP...!!!
UMNO AKAN TERKULAI LAYU DGN HINA NYA...

Anonymous said...

Hello!!!
3 ekor katak tu mana nak letak?
he x3

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates