Saturday, March 16, 2013

Dunia Siber Gelanggang Utama PRU13 - Khairy


Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.

Khairy menyampaikan penghargaan kepada Nabil

“Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.

“Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.

Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.

“Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna,” jelas beliau.

Beliau seterusnya mengambarkan peperangan di alam siber umpama ‘permainan di tempat lawan’ dalam bola sepak yang pasti lebih manis kemenangannya berbanding bermain di tempat sendiri.

Ia kerana pembangkang dilihat mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa sebarang kekangan dan tindakan balas.

“Inilah juga sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan,” ujar beliau.

Justeru beliau turut mengingatkan pemuda BN bahawa usaha memerangi pembangkang perlu dilakukan secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi ‘garisan penamat’ PRU13.

“Tiada guna jika kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita,” tegas beliau.

2 comments:

Anonymous said...

SI NABIL LONGKANG TU...???
KAH..KAH..KAH...
LAWAK DAH TAK LAKU....
SBB MULUT BAU LONGKANG...

Anonymous said...

dewan besaq tu 3000 orang????
perghhhhh
punya nak menipu lah kau orang ni.
nak menipu tu biar lah berpada2