Monday, March 11, 2013

Jumlah Pengganas Sulu Ditahan Meningkat 97 Orang


Lahad Datu - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata, 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

-Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Betul ka dia orang tu PENGGANAS. atau main serkap jarang nak bagi sedap dengar aja.

Dulu si Hishamuddin kata dia orang tu bukan pengganas.

Apa cerita ni......
Aysik nak MSNIPU orang ramai saja.

Mungkin jugak dulu cuba nak menipu, tapi, dah terkantoi, tembelang menipu dah pecah, maka, dikatakan mereka ni penggansa pulak.

Orang tua2 kata " kalau kencing tu dah bau petai, tok san nak sorok2 la kata itu bau durin....tetap bau petai jugak"

Anonymous said...

jgn jadi bodo la anon 3.40pm
mmg la dulu diorg x dicop pengganas, sbb masa tu kita masih buka pintu rundingan lagi. kot2 la diorg nak balik secara aman, awat kita nak pggl depa pengganas.

tapi la ni depa dah mcm celaka, bunuh anggota kita. so patut la dipanggil pengganas. sat lagi hang pi sabah sana, pi tgk mayat2 yg depa dah bunuh tu..tgk skit kot2 ada kat serupa muka pakcik hang ka, adik hang ka, abah hang ka..

tu la org2 tua habaq hang x mau dengaq "kecik2 x nak mampos, bila dah besaq bodo menyusahkan org plak..."

Anonymous said...

Kalau mati kerana memperjuangkan perkara yang benar alhandulillah, tapi, kalau mati ketika berjuang kerana mempertahankan tanah by bukan haknya yg ditipu oleh manusia2 yang FASIK memang sedih dan sia-sia saja di sisi Allah