Thursday, April 4, 2013

8 #PRU13 : Aishah Bertanding Parlimen Jempol...


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.

Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin.

Nota: Akhirnya tercapai juga cita-cita penyanyi yang dah tak laku ni menjadi calon Parlimen... cuma nasib rakan-rakan seangkatan dengan Aishah masih belum diketahui lagi... Apa-apa pun tahniah dan selamat menjadi mangsa KORBAN....

8 comments:

Anonymous said...

xlaku pun masih kira ok juga.xmacam ngko harap org2 yg menyampah dgn ngko ja jengok blog ni.tu pun utk nak ulas sikit pasai kebodohan ngko.dia boleh jg berceramah didepan beribi2 orang.ngko apa ada?jgn sombong la bro.......!!!!!!!

Anonymous said...

Anon April 4, 2013 at 3:04 PM,

Yang ngko sedap mulut mengata jugak tu.., ngko calon kat Parlimen mana? Aku nak turun pi ceramah depan umah ngko..!

Masih blog orang, untuk berak jer pandai ngko ni. Tahi ngko terpalit kat seluar ngko tu...

Anonymous said...

Hihi jgn gadoh2..kita tggu ape komen tok guru ajis tentang calon ni,yg terang2 masih gunakn suaranya utk cari makan..nk dngar dia spin apa plak..silakn tuan guru spinner..

Anonymous said...

dia masih laku la dipentas nyanyian cuma x dpt liputan media utama jer... sesuai lah dia jd calon pru13 dgn ilmu yg dia belajar dulu sains politik di universiti di new zealand..

Anonymous said...

heran plak aku... ko pergi jenguk blogni buat ape?...ha ha ha... lepas tu sakit ati... bukan ke bodoh tahap gaban ko nih...

Anonymous said...

orang pas nyanyi xpa..x haram!!

Anonymous said...

Releklah sume, apa2 pun kita fikirlah masak2 sebelum mengundi......siapa pun calon/parti yang kita pangkah itu adalah rahsia. Namun pasti dan pasti hasilnya akan dapat kita lihat kelak selepas pru13.

Khairi Jalaludin said...

Sekurang-kurangnya Aishah ada degree, masters. Kau ada apa? Kau tak de apa2. Cuma ada ahli keluarga yang semuanya busuk-busuk belaka. Go Aishah. Go PR. Go to the damn, UMNO/BN... Thank you. /Adira

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates