Tuesday, April 2, 2013

9 #PRU13 : Berkemungkinan Besar Esok Parlimen Akan Dibubarkan?


Berkemungkinan besar esok Datuk Seri Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen, sumber dipetik dari laman portal mynewshub.my yang merujuk kepada beberapa fakta besar kearah pembubaran parlimen.

Selain sesi gambar terakhir Kabinet, beberapa sebab mengapa esok mungkin berlaku pembubaran, atau paling tidak hari Khamis adalah berdasarkan fakta bahawa;

1. Rabu ini cukup 4 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri (dilantik pada 3 April 2009).

2. Tempoh perayaan Chin Beng (masyarakat Cina melawat dan membersihkan pusara nenek moyang) akan tamat.

3. Perdana Menteri seperti biasa akan mengadap Yang Dipertuan Agong pukul 8 pagi Rabu ini sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, mungkin beliau akan mendapatkan perkenan untuk pembubaran.

-Ramai menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen selepas mesyuarat Kabinet.

4. Satu program besar akan berlangsung hujung minggu ini (yang selalunya hanya akan diadakan selepas pembubaran Parlimen)

**Namun semua itu hanya bersandarkan jangkaan semata-mata.

Kepada rakyat Malaysia.... marilah kita bersama-sama menyokong Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib. Ini kerana UMNO/BN sudah terbukti berjuang untuk agama, bangsa dan negara!

9 comments:

Anonymous said...

HEHE ... PATUT LA DAIM ZAINUDIN KELUARKAN KENYATAAN BN AKAN MENANG WALAUPUN HATI KECIL DIA XSETUJU.

BUBAR LA BILA PUN. TANDA2 BN NAK TUMBANG SEMAKIN JELAS.

PRU 13 : RAKYAT VS BN

Anonymous said...

saya undi BN. saya bukan rakyat ke? insyaAllah BN tetap menang. marilah kita semua undi dengan akal dan hidayah, bukan dengan emosi dan fitnah.

Anonymous said...

AKU TAK SETUJU.....
NAJIB, BAIK KAU JANGAN BUBAR BUAT MASA INI.
MEMANG BAHAYA....
BANYAK PERKARA LAGI YANG KAMU BELUM BERESKAN...
KAU KENA LIHAT MOOD RAKYAT..
SEKARANG MOOD RAKYAT MAHUKAN "DUIT"..
ITU YANG PENTING.
KAU DAH RASA CUKUP KE BERI RAKYAT "DUIT".
KAU RASA RAKYAT DAH KENYANG KE DENGAN "DUIT" YG KAU TELAH BERIKAN TU?
BELUM LAGI NAJIB....BELUM LAGI..
AKUPUN TAK DAPAT LAGI....
BANYAK LAGI YANG BELUM DAPAT LAGI...KAU TAK TAHU KE???
YG KAU BERIKAN SEBELUM NIPUN TAK CUKUP...KAU DAH NAK BUBAR PARLIMENT & DEWAN NEGERI.
INGAT NAJIB...
KAU KENA TAMBAH LAGI "ANGPAU" TU... KALAU BOLEH SEBELUM PRU NI BAGI LA 3 KE 4 KALI LAGI. MASA MASIH ADA. RAKYAT RASA MASIH TAK CUKUP DGN "DUIT" YANG KAU BERIKAN DULU TU.
INGAT NAJIB...
MOOD RAKYAT SANGAT PENTING...
RAKYAT MAHUKAN "DUIT"
JADI KAU KENA LAMBAK "DUIT" TU 3 KE 4 KALI LAGI.

Anonymous said...

Saya pun rakyat juga...sy undi BN..i love bn 4 ever...Najib u the best...

Anonymous said...

Bubar lah palimen tue, xsabar rasanya nk try kerajaan baru plak lepas nie.. huhuhu

Anonymous said...

najib penakut...sama la ngan umno bn...kalau dah cofident menang dah lama bubarkan parlimen... pru kali ni kubur bagi parti tahi mcm umno ha3

papa jahat said...

PRU 13 ini akan ada 1 kejutan iaitu KELANTAN akan dpt ditawan oleh BN UMNO. Ini kerana semua sekolah pondok dan ulamak KELANTAN telah bersepakat akan mengundi BN UMNO. Meraka akan berkerja sesungguhnya utk mengembalikan KELANTAN kepada landasan ajaran islam yg sebenar, bkn islam politik buta yg dimainkan dan dimomokan oleh ulamak yg berkepentingan utk ke PUTERAJAYA. BN UMNO klu kalah di KELANTAN pun tak jdi kudis sebab sudah terbiasa tak pernah menang di KELANTAN... tapi bagaimna pula perasaan pemimpin PAS klu kalah di KELANTAN...? Aku pasti ada yg meninggal dunia kerana terkejut tak kurang juga ada yg menangis teresak sedih meroyan bukan alang kepalang seksa nya kerana meraka tak dpt menerima kenyataan dari ketentuan ALLAH. Oleh itu aku pesankan pada MACAI2 PR terutama PAS bersiap sedia dan kuatkan semangat kelian menerima hakikat itu nanti.

Anonymous said...

Yang dok meroyan nk minta PM Najib bubar apa hal, suruh TS Khalid umum dlu. Dia yg dok ckp buln Feb lgi nak bubar sampai sekarang pun tak bubar2. Haha sya pun rakyat gak, usah dok mimpi lah "rakyat" yg waras melihat dgn mata hati sebenar BN tetap bersama rakyat. Hidup BN Hidup rakyat Malaysia

Anonymous said...

Dia bubar lambat sikit mungkin sebab banyak perkara perlu diselesaikan, almaklumlah banyak program. Yg saya tengok pihak pembangkang yang dari tahun lepas cakap suruh bubar. Ingat bukan semua orang kat Malaysia ni setuju dengan DSAI walaupun mereka bukan ahli Umno ataupun BN. Menang atau kalah adat bertanding, siapa berkaliber atau lebih alim itu yang semua akan pilih mengikut pandangan dan rasa hati masing2. So, naikkan bendera anda kuatkan semangat bukannya bertengkar macam orang berebut tanah pusaka. Amanah lebih penting dari segalanya.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates