Friday, April 5, 2013

#PRU13 - PKR Gugur Yusmadi Di Balik Pulau


Bekas penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff digugurkan daripada senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Mengesahkan perkara tersebut, Yusmadi berkata, kerusi berkenaan bakal diisi oleh calon muka baru yang akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Balik Pulau akan ada calon baru PKR bagi PRU-13. Tunggu pengumuman Datuk Seri Anwar di Pulau Pinang malam ini. Terima kasih di atas segalanya Balik Pulau. Alhamdulillah.

"Terima kasih Balik Pulau, beri peluang saya belajar erti kepimpinan dan peluang berkhidmat walau tak seberapa. Mohon Maaf kalau ada salah silap," katanya menerusi akaun Twitter awal pagi Jumaat.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjawab soalan pengikutnya mengenai alasan beliau tidak bertanding atau mempertahankan kerusi Balik Pulau, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Yusmadi yang juga seorang peguam bertanding kali pertama pada PRU 2008 dan menang tipis dengan majoriti 708 undi.

Beliau yang mendapat 15,749 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Norraesah Mohamad yang memperoleh 15,041 undi.

Komen aku PADAN MUKA HANG! Lain kali balik la kawasan selalu, baru nampak ko tu buat kerja!

2 comments:

Anak Lenggong said...

Orang nak jadi wakil rakyat dia pun nak jadi sama tapi bila dibagi tak reti pulak buat keje...begini lah nasib sipacacai nuar brahi setelah susu habis diperah ..rasa tak berguna ditendang keluar..dah ramai rakan dan teman lama nuar brahi sewaktu reformasi dulu menyedari mereka dipergunakan dan kembali kepangkal jalan..so fikir lah

Anonymous said...

Cian yusmadi kena singkir haha