Wednesday, April 3, 2013

#PRU13 - PKR Pasir Salak 'Lumpuh', 62 Lagi Ahli Sertai UMNO


PASIR SALAK - Selepas 338 ahlinya menyertai UMNO pada 8 Mac lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak terus menerima tamparan hebat apabila 62 lagi anggota diketuai Setiausaha PKR cabang itu, Ahmad Taufik Hassan meninggalkan parti tersebut.

Kesemua mereka yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

Keputusan mengejutkan Ahmad Taufik Hassan yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR kawasan itu menyaksikan jentera parti tersebut di Pasir Salak hampir lumpuh.

Selain Ahmad Taufik yang sudah 15 tahun bergiat aktif dalam PKR, turut menyertai UMNO pada majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Rahim Abdul Rani.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik.

Ahmad Taufik yang ditemui selepas majlis itu memberitahu, dia bertindak meninggalkan PKR kerana terlalu kecewa dengan sikap angkuh pucuk pimpinan parti tersebut yang tidak mahu mendengar suara, hasrat dah kehendak akar umbi.

Menurutnya, sebarang keputusan parti itu ketika ini dibuat secara bersendirian tanpa perbincangan sehingga mengabaikan kerja keras yang dilakukan ahli akar umbi.

"Saya lihat prinsip yang saya dokong selama 15 tahun mula dinodai sedikit demi sedikit dan menjelang pilihan raya, saya lihat semakin parah dan bakal membawa rebah. Suara kami akar umbi ini tidak lagi didengari,'" katanya.

Pada 8 Mac lalu, bekas setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip bersama 338 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Tajudin menyifatkan keputusan yang dibuat Ahmad Taufik dan ahli PKR Pasir Salak yang lain untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO merupakan satu keputusan tepat dan bijak.

"Saya berjanji tidak akan mensia-siakan keputusan yang telah dibuat mereka. Mereka akan mendapat dokongan yang lebih baik bersama kita dalam memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Tajudin turut menyifatkan PKR Pasir Salak kini 'lumpuh' dan memerlukan tongkat berikutan tindakan Ahmad Taufik yang dahulunya merupakan orang kuat dalam merencana serta menggerakkan jentera PKR di kawasan itu.

"Kini kita boleh gunakan kepakaran, tenaga dan daya pemikiran mereka untuk UMNO dan BN dalam melancarkan program membela masyarakat di Pasir Salak,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

3 comments:

Anonymous said...

Wang...wang.....siapa tak mau wang..!!!

Taufik...
Lepas ni kenyang la hang....!!!

Tapi sayang.....
Hang melompat ke dalam lubang Najis yg sememangnya busuk.

Anonymous said...

wang pungkoq hang..bila org len sedar akn kesilapan..semuanya salah.kekeke

Anonymous said...

steady topek...lepas ni bertambah2 la hang dpt plojek....tp hutang aku kasi byr maaa...!!