Saturday, April 20, 2013

1 #PRU13 Rakyat Ditipu Lagi... 'Klon' Anwar Tidak Muncul, Konon Ditahan Di Sempadan


PERMATANG PAUH 20 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal membawa saksi yang didakwa menyerupai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan beliau dalam majlis di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, di sini malam tadi.

Lebih memalukan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa, peguam yang membawa saksi dari Thailand itu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong dalam majlis solat hajat dan bacaan Yasin sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang turut dihadiri Anwar.

Dakwa Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard, peguam itu, Mohamad Shabrimi Sidek kini ditahan di balai polis Bukit Kayu Hitam bersama beberapa saksi dari Thailand.

Chegubard turut memainkan dua rakaman suara kononnya dibuat Mohamad Shabrimi sejurus ditahan polis dan Jabatan Imigresen di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Anwar sebelum ini dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang menyerupai wajahnya dalam video seks yang dikaitkan dengan beliau sekali gus cuba membuktikan lelaki berkenaan merupakan individu sebenar dalam rakam video tersebut.

HAMPA.... Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah khas Anwar Ibrahim hampa selepas orang yang akan ditampilkan sebagai pelakon video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu tidak muncul pada ceramah tersebut di Kubang Semang, Bukit Mertajam malam tadi.

Tindakan itu diselar banyak pihak kerana memperlihatkan Anwar semakin terdesak mengembalikan maruahnya yang tercemar sedangkan beliau enggan bersumpah laknat iaitu perbuatan yang jauh lebih mudah dilakukan berbanding membawa `pelakon’ tersebut.

Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan beliau dipercayai dengan seorang pelacur dari China dibuat 'Trio Datuk T' pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. - UTUSAN ONLINE

1 comments:

Anonymous said...

HAAA NAK TANAY SIKIT BOLEH KOT NOO...SIAPA KER PELAKON HEBAT DALAM BILIK HOTEL BERSAMA MAHASISWA DARI SABAH TU? SATU LAGI SIAPA PULAK YAN GBALON PUNGGUNG SAIFUL? ORANG YANG SEIRAS MACAM ANWAR KER? DAN TERISTIMEWA SIAPA PULAK YANG BALUN PUTERI DARI GUNUNG RETAK SHAMSIDAT TAHARIN??? SEIRAS MACAM ANWAR JUGAK KER? JAWAN ENGKAU ANWWAR..JAWAB..JANGAN TAK JAWAB...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates