Thursday, April 4, 2013

4 #PRU13 - Sering Keluar Kenyataan Kontroversi, Nik Aziz Wajar Berundur


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya mengundur diri dari pentas politik negara kerana sering memberikan kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang pelbagai tafsiran.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Fathul Bari turut menyatakan bahawa kenyataan tersebut mempunyai ciri-ciri idelogi khawarij (mengkafirkan orang lain).

"Sekiranya benar (kenyataan tersebut dibuat), perkataan sebegitu merupakan salah satu ciri-ciri ideologi khawarij. Ini sama mengkafirkan orang, ciri-ciri ideologi khawarij. Orang-orang macam ini, tolonglah berundur dari politik," ujarnya ketika dihubungi Utusan Online.

Beliau menegaskan, negara ini memerlukan ahli politik yang menitikberatkan politik kasih sayang dan bukannya politik benci membenci atau kafir mengkafir.

Nik Abdul Aziz ketika berceramah di Kampung Jambu, Kota Bharu, Kelantan malam tadi turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah. - UTUSAN ONLINE

4 comments:

Anonymous said...

Si Patul tu cuma berani melalak kat tunggul ja...bila ajak berdepan, lubang bewak mana dia menyorokpun tak tau.....

Memang dasar Ilmuan HAPRAK.

Anonymous said...

Betul tu anon 8:15
Dia orang ni specis macam tu kot.
Lihat lah macamana popogomo, hamidah dan ketua jembalang mereka tu si NAJIS....berkokok di belakang bukan main, tetapi, bila di bawa ke mahkamah tak mau mengaku pulak dia orang yang buat. Serupa la si ketua jembalang tu...bila di ajak berdebat, langsung tak berani.

MEMANG SPECIS JEMBALANG DIA ORANG NI.

Anonymous said...

Kaedah susunan logik pemikiran Nik Aziz sebenarnya adalah salah dan berdosa dan merosakkan pemikiran orang Islam.

UMNO tolak Islam?.... Ayat Nik Aziz dangkal, celaka, bangsat dan merosak bangsa. Jangan sangka pakai serban boleh cakap macam itu tanpa sebarang huraian ilmiah.

sandokan said...

Saya bukan ahli UMNO,tapi bila PRU13 nanti ,saya akan pangkah BN.Nak kata sembahyang saya pun Tuhan tak terima?
Saya bukan ahli UMNO.
Nik Ajis dan Pak Pandir, sama sahaja .

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates