Saturday, April 6, 2013

#PRU13 #TolakPR - Angota Cabang PKR Kuala Selangor Membuat Laporan Rasuah Terhadap Khalid Ibrahim


Ini bukan kali pertama laporan penyelewengan dan rasuah dibuat ke atas Regim PKR di Selangor.

Isu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri Selangor diagihkan di luar negeri Selangor iaitu di kawasan parlimen Menteri Besar Selangor sahaja (Bandar Tun Razak).

Laporan ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perlombongan pasir. Pasir dilombong secara berleluasa di atas tanah kerajaan negeri tetapi hasil masuk tidak seperti yang dijangka.

Terbaru seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.

Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.

Airos Shahidin mendakwa, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.

Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain.

Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.

Lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.

Wakil PKR Kuala Selangor Buat Aduan Terhadap MB Selangor kepada SPRM video url: http://youtu.be/iG1McnNxEn8

2 comments:

Anonymous said...

Dasar pemfitnah.Di mahkamah Bkas Pengarah SPRM terpaksa meminta maaf kpd DS Khalid dlm kes lembu.UMNO tuduh DS Khalid menyeleweng dlm hal LEMBU tp yg bergelumang dgn TAHI LEMBU skrg ni Sharizat Jalil.Madey tuduh Anwar mempunyai wang RM3 billion tp skrg ni anak ny di kait kn dgn Syarikat arak San Miguel yg bernilai RM2.8 billion!

Anonymous said...

Puak PR nie cakap saja pandai. Mereka pun bergelumang dengan najis.
Tak sedar diri sendiri jadi kuda tunggangan DAP.