Saturday, April 6, 2013

#PRU13 #TolakPR - Isu Azizah Jadi Satu Misteri…


Isu pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang mencetuskan percanggahan pendapat dalam kalangan pucuk pimpinan parti itu membuktikan pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memerintah dan menjadi Perdana Menteri.
Walaupun barisan pimpinan tertinggi parti itu terdiri daripada kalangan anak beranak, namun kedudukan Wan Azizah sama ada dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih tidak jelas ekoran percanggahan pendapat antara Anwar sendiri selaku Ketua Umum parti, Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jika para pemimpin parti ini dipilih untuk menerajui pemerintahan negara, beliau percaya Malaysia akan berada di ambang kemusnahan dan huru-hara.

“Adakah ahli-ahli PKR sendiri tidak berasa aneh terhadap perkara seperti ini? Saya tidak boleh membayangkan sekiranya mereka memerintah negara. Jika sesama mereka berkata lain-lain atau tidak sependapat, negara boleh jadi musnah dan huru-hara.

“Malah penentuan calon-calon yang bertanding di dalam PRU-13 juga tidak boleh dibuat main-main, inikan pula soal kedudukan Wan Azizah selaku Presiden PKR,’’ katanya kepada Utusan Online hari ini.

Anwar ketika ditemu bual stesen televisyen Al Jazeera Rabu lalu dilaporkan berkata, Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU-13 dengan kerelaan dirinya sendiri.

Bagaimanapun, dalam satu ceramah di Kuala Terengganu malam tadi, Nurul Izzah menyangkal dakwaan bahawa ibunya tidak dicalonkan tetapi hari ini pula, Azmin dalam sidang media di Petaling Jaya dilaporkan mengesahkan kenyataan Anwar.

Mohamed Mustafa berkata, Wan Azizah sepatutnya tampil membuat penjelasan lebih awal berhubung kedudukannya dan bukannya disampaikan oleh pihak lain.

“Siapa yang berkuasa dan boleh membuat keputusan sekarang? Presiden PKR, penasihat, timbalan atau Naib Presiden PKR?,” soalnya.

Sementara itu, salah seorang bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, beliau tidak hairan dengan percanggahan seperti itu dalam parti berkenaan kerana sudah menjadi kebiasaan pemimpin PKR untuk membuat keputusan berdasarkan kepentingan sendiri.

“Kita boleh nampak gaya kepimpinan ketua pembangkang, Anwar yang suka mengambil keputusan sendiri tanpa melalui perbincangan sesama mereka,’’ katanya.

Sementara itu Lum Yong berkata, beliau turut menerima panggilan daripada para pemimpin akar umbi PKR Johor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang yang menyampaikan rasa tidak puas hati dengan sikap Anwar memilih calon PRU-13 tanpa persetujuan mereka.

Beliau berkata, ada di antara calon-calon yang dipilih oleh Ketua Pembangkang itu langsung tidak dikenali oleh ahli-ahli di peringkat bahagian. – UTUSAN

1 comment:

Anonymous said...

Anwar pilih yg jambu-jambu je..sapa yg rasa jambu Bole jumpa anwar..taula nasibnya nanti..hihi saya xjambu...selamat!