Sunday, April 14, 2013

0 #PRU13 # TolakPR Pemimpin DAP Diarah Tutup Mulut Wujud Pertembngan DAP


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates