Thursday, April 4, 2013

#PRU13 - Ulama Pondok Tegas Tolak Terus PAS


Sekumpulan ulama pondok di Kelantan yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas bertekad menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti berkenaan gagal mempertahankan kalimah Allah.

Menurut mereka, persetujuan Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dalam kenyataan bersamanya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 8 Januari lalu sememangnya tidak boleh diterima.

Ini kerana perkara tersebut amat berkaitan dengan usaha memelihara kesucian akidah Islam.

Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam, khususnya para ulama kerana parti itu dilihat menyokong fahaman pluralisme iaitu yang amat bercanggah dengan Islam.

"Inilah hakikatnya sekarang. Di peringkat pemimpin memang payah hendak kita perbetulkan, cuma apa yang boleh kita lakukan ialah memberitahu dan memaklumkan kepada rakyat dan pengikut-pengikut Pas agar jangan sokong parti ini lagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kedudukan Pas yang masih bersekutu dengan DAP dan PKR.

Lebih malang lagi, Pas sehingga hari ini belum menarik balik ketetapan yang dibuat bersama DAP dan PKR bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Majlis Syura Ulamanya telah membuat keputusan sebaliknya.

Harun yang merupakan tokoh ulama pondok turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menggunakan hujah Ayat 25 surah al-Luqman bagi membenarkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

"Sekali imbas bagi orang yang tidak belajar kata, ini hujah orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Sedangkan tidak betul. Orang bukan Islam tidak akan mengaku keesaan Allah. Mereka tetap mensyirikkan Allah.

"Adakah kita mahu mengaku manusia ini bertuhankan Allah sedangkan mereka mensyirikkan Allah?" ujarnya.

Tegas beliau, di peringkat ini, setiap umat Islam mahu tidak mahu wajib mempertahankan kalimah Allah iaitu kalimah suci berkenaan hanya untuk orang Islam.

"Perjuangan ini adalah jihad dan inilah perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud 'Aku diutuskan sehingga manusia menyebut tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah'," katanya.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah pula berkata, tindakan Pas yang bersekongkol dengan DAP telah menggalakkan konsep pluralisme agama yang jelas bercanggah dengan Islam.

Tegas beliau, perkara tersebut amat berkait rapat dengan soal akidah.

Berbanding dengan UMNO, katanya, parti itu sentiasa mempertahankan kesucian akidah Islam termasuk kalimah Allah daripada disalahgunakan.

Oleh itu katanya, menjadi kefarduan kepada setiap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan seperti ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, budaya fitnah yang amat berleluasa di dalam Pas menyebabkan para ulama pondok di Kelantan tidak lagi mahu menyokong parti itu.

Beliau berkata, sejak dahulu Pas hanya tahu menghasut rakyat dengan fitnah-fitnah yang sengaja ditaburkan terutama menuduh UMNO menolak Islam.

"Tidakkah mereka tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh dan tidakkah mereka sedar pada hakikatnya UMNO merupakan sebuah parti yang mempertahan, menegakkan dan mengembangkan Islam?

"Semuanya ini disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan UMNO," ujarnya.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdullilah syukur nikmat Allah swt sebab mereka sudah sedar

Anonymous said...

Maaf ye le pada ygngaku ulamak pondok di atas tu.

Lain kali kalau nak berpolitik rujuk semua sumber yang ada tak kira lah dari parti pemerintah ke atau dari pembangkang ke. Jangan jadi katak bawah tempurung.

Aku nak tanya ULARMAK Pondok kat atas lrtu agama mana yang sokong plularisme tu? Parti mana yang sokong plularisma tu? PAS ke? Apakah kamu ingat PAS ada bersetuju dgn kesamaan agama? Jangan jadi BANGAN le wahai ULARMAK Pondok di atas woi...! Pernah ke PAS kata PAS bersetuju yg agama islam tu sama dgn agama lain? Pas tidak pernah mengata sedemikian wahai BANGANG woiii.... Apa yang PAS nyatakan ialah ISLAM mesti menghormati semua agama yang di anuti oleh orang selain dpd agama Islam. Begitulah juga DSAI, beliau mengatakan Islam mesti menghormati agama selain dpd agama islam. Masalahnya....kamu wahai ULARMAK BANGAng di atas sekelian ialah kamu tak faham apa yang disampaikan oleh PAS dan Dsai. Kamu terlalu TAKSUB kepada UMNO sebab tu otak ULARMAK kamu tu jadi BANGANG. Bahasa Malaysia lulus tak?

Sorry ye...aku terpaksa kata kamu BANGANG sebab memang kamu BANGAN DALAM MEMAHAMI UCAPAN SESEORANG. TErus terang aku cakap, aku suka kau orang pakai pakaian itu sbb itu sunnah, tetapi dalam BAB diatas, aku terpaksa mengatakan kau orang memang BANGANG.

Anonymous said...

Alert alert MACAI detected
Mcm biasa mulut2 MACAI xpnh kuarkn ayt yg baik
Mulut busuk, hati busuk..

Anonymous said...

Dia orang tu ULARMAK yg buta politik. I panggil ULARMAK sbb ULAMAK sepatutnya tahu mengenai agama iaitu menyelidik dan bertanya dgn tuan punya diri apakah maksud dan pendirian dpd ucapan yg telah dibuat oleh pemimpin itu dan bukan hanya berpandukan bacaan di satu pihak sahaja. ULAMAK tidak akan jatuhkan sesuatu hukum selagi beliau belum mendapat kepastian sebenar dari tuan punya badan. mEREKA akan berasa takut kalau2 ia menjadi fitnah tanpa usul periksa yang sebenar.

Tapi apa yang berlaku...ULARMAK ini memang BANGANG sbb berKITABkan UMNO. Sbb tu ULARMAK ini tak laku di KELANTAN sbb...rakyat KELANTAN tahu mereka adalah ULARMAK BANGANG.

Zul said...

Yang ko cakap Najib macam2 tu ade ke ko tanye Najib betul ke tidak cerite tu?. .jangan jadi munafik bro. .pandai nasihat orang, tapi diri sendiri tak buat. .munafik la tu. .