Monday, April 15, 2013

1 #PRU13 #Vote4BN - 4 Presiden Parti Komponen BN Tidak Bertanding... Beri Laluan Kepada Muka Baru!


Sehingga hari ini empat presiden parti komponen Barisan Nasional sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Terkini, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum hari ini.

Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

Kayveas yang ditemui pemberita hari ini, berkata kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.

DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D’Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti.

Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. – BERNAMA

Inilah semangat perjuangan yang tidak dimiliki oleh Pakatan Pembangkang yang sehingga kini masih bergaduh dalam perebutan kuasa! Terbukti perjuangan BN adalah untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri!

1 comments:

Anonymous said...

Saya hormati kamu semua dengan emangat 1Malaysia.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates