Wednesday, April 3, 2013

#TolakPR - PAS Halang Usaha Martabatkan Islam: Dr Hasan


Kesukaran memartabatkan agama Islam bukan hanya dihalang oleh PKR dan DAP sahaja tetapi juga oleh PAS.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata semua usaha untuk memartabatkan Islam dihalang PAS dengan alasan ia bakal merencatkan usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Beliau berkata, parti Islam itu juga cuba menutup mulut dengan berjanji untuk menyelesaikan semua isu selepas menjadi pemerintah.

"Memang. Dihalang oleh PKR, DAP dan juga PAS. PAS punya alasan, dengan cara apa yang saya buat itu menggelapkan jalan untuk ke Putrajaya.

"Dan PAS kononnya cuba untuk meyakinkan saya supaya jangan banyak sangat sentuh hal-hal ini, tunggu sehingga dapat ke Putrajaya. Baru kita timbulkan soal-soal ini termasuklah berkenaan hudud, negara Islam dan sebagainya," katanya kepada Antarapos.

Hasan yang pernah memegang portfolio Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor turut menamakan Ahli Parlimen Khalid Samad sebagai antara pemimpin PAS yang lantang menentang usaha mempertahankan kedaulatan Islam.

Menceritakan kembali isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 2011 yang didakwa menganjurkan program memurtadkan orang Islam, katanya, Khalid mendakwa semua tindakannya tidak berasas.

"Khalid Samad terutamanya menentang saya dan mengatakan apa yang saya lakukan itu bukan sebenarnya mencerminkan apa yang berlaku tentang penyelewengan akidah," katanya.

Hasan digugurkan daripada PAS pada Januari 2012 selepas beliau didakwa menjadi 'duri dalam daging' kepada PAS Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin PAS Selangor seperti Khalid terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Selain Khalid isu itu turut kurang disenangi oleh kepimpinan negeri pembangkang walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa berdasarkan siasatan Jais, terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Susulan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid sendiri telah memohon maaf kepada pihak gereja sebelum laporan penuh berhubung insiden itu dikeluarkan oleh pihak Jais.

Begitu juga dengan DAP, parti itu dikatakan tidak begitu senang dengan Hasan berikutan beberapa tindakan antaranya kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dengan Exco Selangor, Ronnie Liu.

Akhirnya arak yang dirampas itu dikatakan dipulangkan semula kepada kedai tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Julai 2009.

Ekoran daripada insiden itu, DAP dikatakan mula kurang menyenangi Hasan kerana pendiriannya yang begitu tegas dalam soal berkaitan memelihara kesucian agama Islam di Selangor.

-AntaraPos

7 comments:

Anonymous said...

KESIAN SI ACAN ALI....
PENGGAL NI TAK DA TAWARAN BERTANDING
SAPA PUN DAH TAK CAYA KAT DIA...
UMNOPUN TAK MAHU NAK AMBIK DIA..
MELEPAS LA NAK JADI MB SELANGOR...
HE..HE.HE..
ITULAH PASAI NYA..
HATI TU BUSUK SANGAT...
PENUH DGN HASAD DENGKI DAN FITNAH...

AMBIK HABUAN HANG HASAN ALI WOIIII...
LEBIH BAIK HANG TERJUN DALAM LUBANG TAIK LAGI BAGUS.....
BOLEH JUGAK LA SOROK2 MUKA TU DPD PANDANGAN ORANG....
ORANG DAH TAK NAK PANDANG MUKA HANG TU....

Anonymous said...

Hasannnnnnnn
Kau menyalak lah sorang-sorang...
Lu terjun dlm kuburpn orang tak hairan...

Anonymous said...

Perlembagaan , artikel 153 perlu diperbetulkan. Kebebasan menganut agama kpd yg bukan islam. Bagi org islam ,yg nak murtad mesti dirujuk kpd undang2 syariah, utk diberi bimbingan dan dakwah. Mereka cetek ilmu agama dan tipis iman. Minta mereka bertaubat.Kalau engkar,jalankan hukuman cara islam.Lihat kes seorang bapa kalah dlm perbicaraan utk menarik anaknya kembali kpd islam. Undang2 153 sangat lemah dan mesti diperbetulkan utk menjamin kesucian agama islam.

Anonymous said...

Siapakah yg mula2 bawa masuk pelabur utk bina kilang arak di Msia? Sila google: Carlsberg-pembukaan rasmi oleh Hj Abd Razak Hussein pada 15/4/1972. Org ini PAS ke UMNO? Google ini: Melayu-UMNO-dan-champagne-tower-pouring.Juga google; Gambar pemimpin umno minum arak. Kalau boleh, minta Hasan akidah tolong nasihatkan mereka yg kononnya nak mertabatkan islam.

Anonymous said...

Lebih 50 tahun UMNO yg dikatakan memperjuangkan Islam, tak pernah untuk mengkaji hal murtad tersebut. Malah mereka lebih suka mengubal undang2 kepala otak mereka sahaja. Undang2 Allah langsung terbiar.

So....what should we do????
INi Kali Lah untuk Umno/BN

Anonymous said...

Ko org ni teruskn la jadi pngikut smpai tua, sbb pengikut ni ikut je...betul ke salah ke ikut je..otak pn dh xguna..bagus bagus

Anonymous said...

ACAN HAAAA....
LU PUNYA BADAN SULUPA BAU TAIK WOOOO....
MANYAK MUSYUK....