Monday, April 1, 2013

#TolakPR - Perang Dingin Jawatan MB Selangor


Dalam politik silap cakap ia boleh mengundang pelbagai spekulasi.Kalau dilihat dalam konteks pergolakan perang dingin politik dalaman PKR Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan sudah membuka satu 'medan tempur' baru menjelang pilihanraya umum ke 13.

Entahlah samaada beliau sengaja hendak jolok atau itu keluar secara ikhlas darinya.Ini merujuk kepada cakapnya Sabtu bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail layak jadi Menteri Besar Selangor.

Tanpa melibatkan sebarang unsur politik,sebenarnya siapa saja layak menjadi Menteri Besar asalkan orang itu menang pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenaan Sultan.

Namun kalangan yang rajin mengintai pergelutan kuasa antara dua kem - yakni kem Azmin Ali dan kem Khalid ,dalam PKR negeri itu melihat Menteri Besar itu seolah hendak memberi mesej tertentu menerusi kenyataannya.

Al-kisahnya Khalid dikatakan memang rapat dengan Wan Azizah dan mereka dikatakan tidak begitu ngam dengan Azmin dan gengnya.

Khalid pula dikatakan mungkin tidak bertanding kerusi DUN Ijok yang disandangnya sekarang dan hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen di Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur.

Maka kenyataan Khalid itu dilihat sudah book jawatan Menteri Besar untuk Wan Azizah jika pakatan dapat mempertahankan Selangor pada PRU13.

Azmin dan gengnya dikatakan sudah lama mengidam jawatannya jatuh ke riba mereka.

Lojiknya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor Azmin dilihat tiada kekuatan politik tanpa beliau sendiri atau orang kepercayaannya pegang jawatan Menteri Besar.

Selain pegang kerusi DUN Bukit Antarabangsa,Azmin juga kini adalah Ahli Parlimen Gombak.

Kenyataan tiba-tiba Wan Azizah beberapa hari lalu bahawa beliau berminat hendak bertanding kerusi DUN di Selangor menjelang PRU13, sebenarnya mengejutkan ramai pihak.

Sekalipun tidak lama dulu pernah membayangkan minat seumpama itu namum kemudiannya ia senyap begitu sahaja.

Disamping itu ada yang melihat kerusi DUN tidak setaraf dengan kedudukannya sebagai Presiden sebuah parti.

Namun lain ceritanya jika beliau mengintai jawatan Menteri Besar.

Maka kenyataan Khalid dilihat sudah membuka laluan itu.

Apapun puak Azmin dikatakan mempunyai alasan kuat untuk mempertikaikan langkah itu.

Walau atas apa alasan sekalipun,cubaan untuk menonjolkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan menang akan menghebohkan lagi isu dinasti keluarga Anwar dalam politik.

Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihanraya Mac 2008 menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau telah letak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

-Agendadaily

No comments: