Friday, May 10, 2013

8 Khairy Tawar Diri Sertai Kabinet


KJ tak perlu menawarkan diri untuk menyertai kabinet... sememangnya beliau layak menjadi Menteri Penuh dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Bernama - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

“Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya,” kata beliau ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program ‘Helo Malaysia’ BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

“Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya,” jelas beliau.

Khairy berkata pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.

8 comments:

Anonymous said...

tranformasi kj dgn pak mentuanye la dulu yg nyaris melingkupkan umno...

Anonymous said...

Menteri pertahanan for KJ

Anonymous said...

Senang le nak jual negara...

Anonymous said...

Jangan lah buat lebeh ramai orang bencikan umno.Kami satu keluarga,satu kampong,satu daerah dan negeri dan negara akan TIDAK akan menyokong umno kalau KJ diangkat masuk kabinet.Cukup lah kerosakkan yg dililakukan di zaman Tun Abdullah tu dulu cukup cukup cukup.

Anonymous said...

KJ,

sudah-sudah la kau khianat negara ni, sekarang kau nak jd menteri kebinet pulak. Kalau Tok Najib bagi jgk maknanya Tok Najib sengaja menempah malapetaka la...

Aku dan seluruh kaum kerabat aku tidak akan keluar mengundi dalam PRU berikutnya sekiranya barua ni dilantik menjadi menteri kabinet...Tok Najib jgn la dok buat perkara bodoh lg...cukup-cukup lah tu...

Anonymous said...

DSN...janganlah mengundang kemarahan org Melayu lagi...kalau dah letih jd PM tinggal bg org lain pulak...

Anonymous said...

KJ layak jd menteri belia dan sukan. Tak payah bg org tua jawatan tu. Bg la idea muda sikit...

Rembau Most Wanted said...

Siapa pun dilantik jd menteri kabinet, tolonglah buat kerja dgn ikhlas untuk rakyat. DSN pun harap2 dpt bariskan yg bole bekerja bukan sebuk nak kayakan diri sendiri. Rakyat akan jd hakim lagi 5 thn, DSN kena ingat. 5 thn tak lama & kuasa rakyat akan menentukannya nnt. Untuk KJ ni mmg la akan jadi suara pemuda didlm kerajaan tp mesti tunjukkan hasil yg bagus. Jgn nnt bertambah pulak liabiliti di dlm kerajaan. Mintak sgt2 DSN buat penilaian yg sewajarnya sbb rakyat melihat..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates