Thursday, May 9, 2013

16 Umno - PAS Melayu Perlu Bersatu!


Dengan 'Tsunami Cina' yang semakin besar, parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini. PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.

Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu, Malaysia akan terselamat daripada anasir asing, serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.

Penggabungan antara PAS dan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu, Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka, sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan "Cina untuk Cina" mereka.

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai, manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya, yang mana kedua-dua kawasan itu, mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP. Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina, yang secara lagiknya, tiada masalah untuk dimenangi mereka.

Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina, tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka. Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno, Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.

Lebih malang lagi, pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain. Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.

Sebelum nasi menjadi bubur, dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik, sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu. Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian, sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.

Bukti sudah jelas, PAS tidak serasi bersama PR, selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina, sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS. Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno, bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat, bahkan juga keamanan, kestabilan, dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.

16 comments:

Anonymous said...

Media rakyat perlu faham kenapa melayu kini hampir terpinggir di dalam Negara sendiri!.. bukankah Negara ini tidak pernah diperintah selain daripada Melayu? yang bernama UMNO??? Kenapa ini boleh terjadi kalau dasar-dasar yang dibuat boleh menguntungkan melayu bukan anak beranak atau kroni! UMNO lah punca melayu jadi begini ... bukan orang cina atau india atau melayu PAS atau lain-lain kerana mereka tidak pernah memerintah Negara tercinta ini.... bagaimana mahu berpadu kalau soal prinsip tidak yang tidak boleh dikompromi dikorbankan? Kenapa UMNO boleh berkawan dengan MCA dan MIC sejak sekian lama... tapi bila PAS berkawan dengan DAP... jadi haram dan tidak boleh??? Aku rasa DAP lebih baik daripada MCA, Gerakan dan MIC... lihatlah apa yang berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sebelum dan selepas BN memerintah.... lihatlah sejarah kerana sejarah tidak pernah berbohong kepada pengkajinya...

Anonymous said...

ape yg melayu penang dpt dr dap???cer citer...

Anonymous said...

sebab tu aku suruh kamu buat kajian... pi selidik baik dari segi bajet tahunan atau lain-lain.. lebih baik dari zaman BN. Dalam soal bajet agama Islam saja menampakkan peningkatan yang cukup besar... so carilah sendiri.. kalau tak apa guna emak ayah hantar belajar tinggi-tinggi... semua nak kena suap...

Anonymous said...

wahai anon diatas...
bezanya ialah.. UMNO dominan dalam BN. dap, kalau nak taw,.. terang2 menolak ketuanan melayu, nak hapuskan DEB, malah sistem raja2 sekali.. dap x pernah mendengar ckp pas mcm mana pas nak kontrol dap?
ideologi depa pulak berbeza? sejak pas masuk pakatan, mcm2 berkaitan agama dia jual, kalimah ALLAH, hingga sanggup mengkafirkan sesama islam pulak, dah lagak mcm tuhan pulak dah. makin lama makin mengarut aku tgk, + + nicky ajis..
bab kroni.. kau ingat pakatan rakyat tu bersih ker.. lagi berkati2 kroni dia dari terowong dasar laut, hingga kan ke parti anak beranak memerintah.. tu pon buta lagi ka der.. payah sembang dengan org mcm hang ni..

Anonymous said...

hei anon, p selidik bajet tahunan konon, peningkatan besar? kata buat kajian? hang ni pening ka apa?
hang tak nampak ka masjid bersepah di serata negara kita? otak dah beku ka apa hang ni? hang tak nampak ka BANK ISLAM? TABUNG HAJI? TAK NAMPAK KA buta? Beza UMNO dgn pakatan bagai langit ngan bumi, UMNO Buat tapi tak banyak bercakap!!! pakatan sembang Deraih tapi haboq pon xdak!!

Anonymous said...

90% orang Cina di Tanah Melayu adalah banduan dari pelbagai jenis jenayah yang diangkut oleh British untuk mengerjakan lombong lombong timah di Perak, Kuala Lumpur, Ampang dan Puchong. Pelacuran, ganja, dadah, judi dan gangsterisma adalah hasil budaya jahat yang mereka bawa sekali. DAP berasal dari PAP, PAP berasal dari Parti Komunis Malaya. Pendek kata, hampir semua pengndi Cina yang mengundi DAP ialah keturunan komunis dan Banduan darimChina, sebab itu mereka ni keras kepala, kurang ajar dan tak reti hormat undang undang Islam, Negara dan Raja-Raja Melayu serta todak hormat dan memandang rendah orang Melayu serta Bhasa Melayu.

Pengundi DAP adalah penyumbang kerosakkan Bahasa Melayu, orang Melayu, pengangkut bangsa asing ke Tanah Melayu, mereka menyeludup orang dari China dan Bangla hingga sekarang dan mereka juga menuduh Melayu seludup Bangla dan seterusnya menuduh Bangla mengundi,(tak logik langsung) walhal ramai pendatang haram Cina adalah 3 kali gada daripada Bangla dan Africa. Nyata sekali Cina menuduh orang lain buat salah sedangkan mereka yang menyeludup pendatang haram dari China, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam.

Komunis komunis ini juga tidak hprmatkan bangsa India yang sudah bermastautin sejak 50 tahun dahulu.

Kurang ajar dan biadap, namun tidak semua begitu, kerana moyang, datuk nenek saya juga berasal dari Beijing dan datang ke Tanah Melayu sejak 150 tahun dahulu.kami tetap sokong UMNO.

Anonymous said...

Anon 3:47 ni tak berapa cerdik! Sebenarnya PAS lah yg awal2 keluarkan fatwa tak boleh kerjasama dgn bukan islam, jatuh kafir..ini fatwa PAS thn 1963 lagi. Kemudian disusuli pulak dgn fatwa Hj Hadi yg menyebabkan sembahyang 2 imam, sembelihan org umno haram, pernikahan oleh jurunikah umno tak sah dsb. Dulu PAS perjuangkan negara islam tapi bila berpakat dgn kafir harbi DAP, terus tukar negara berkebajikan & Hj Hadi boleh buat kenyataan dlm 30 juzuk Quran tak ada sebut pun negara Islam...maknanya pemimpin2 PAS yg terdahulu semuanya bodoh tak pandai tafsir Quran ataupun Quran ini boleh ditafsir sesuka hati mengikut kepentingan... Kemudian dulu PAS kata nak implement hudud tapi sejak dlm PR diam2 PAS menandatangani persetujuan utk mengekalkan undang2 sedia ada pd tahun 2009 sedangkan dulu PAS kata mengekalkan undang2 penjajah menyebabkan kita jadi kafir. Jadi apa yg PAS perjuangkan sebenarnya? God dlm bible adalah tuhan Xtian yg tiga atau trinity. Hj Hadi buat perakuan bersama nik aziz, anwar, mat sabu, kit siang & guan eng membenarkan terjemahan god kpd Allah sdgkan Allah itu Yg Esa, tiada suatu pun yg seumpama dgnNya. Haron Din kata boleh jatuh syirik & kufur sesiapa yg membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam...SO, wahai sdr yg menyokong sedikit pertambahan budget oleh Lim Guan Eng...saya nak tanya berbaloikah dgn kalimah Allah yg digadaikan???

Anonymous said...

errr...umno sebuah parti kaum melayu yg beragama Islam tapi tak memperjuangkan Islam malah mengkritik dan memperlekehkan hukum Islam. MCA yg diagungkan dalam barisan terang-terangan mengutuk dan menentang Islam tapi pemimpin umno diam? Melayu kaya dalam umno sahaja yg dijaga. Melayu miskin terus dipinggir. Umno hanya tahu mempertahankan kalimah Allah bukan agama Allah.

Anonymous said...

Tahniah rakyat Malaysia kerana mempertahankan BN sbg kerajaan. Hadiah sempena kemenangan ada tertera didalam bil TNB anda semua. Pelbagai hadiah bakal diterima dalam masa terdekat. Kita yang kaya sahaja harus mempertahankan umno.

Anonymous said...

Korang yg mnyokong DAP dn PKR berotak kepala lutut .. klu tanah msia ini tergadai suatu hri nt n klu aku jump korang ,mmg aku pijak perot korang ..bodoh mcm lembu n buta sejarah .

Anonymous said...

tahniah kepada penyokong pr,
kasihan otak bebal, lagi dicucuk idung lagi taat setia, tahniah tahniah tahniah buat pr..
tahniah lagi kepada pr selangor yang masing2 nak jadi mb uruskan masalah rakyat. tahniah sebab belom jumpa mb selangor yang sesuai..

Anonymous said...

sebab tu aku suruh sekali lagi kau buat kajian... lihat fakta dan data.. sapa yang benarkan kalimah Allah digunakan di dalam bible di Sabah dan Sarawak... siapa yang gadai kalimah Allah? siapa yang benarkan bible dalam BM yang berkalimah Allah sejak dulu lagi diimport ke sana... kalau tak ada kebenaran masakan dia boleh masuk berjuta naskah... apakata YB Nazri Aziz menteri undang2 kita.... lihat semua itu, jangan dok pakai kepala lutut hangpa .... maklumat daripada TV aja yang masa pilihanraya baru2 ni macam bukan TV Malaysia... tapi TV BN....siang malam pagi petang.... huu... mana demokrasi? yang ada demo kerasi.....

Kamu kata UMNO dominan dalam BN... dominan apa? yang aku Tanya kamu tak jawab... siapa yang memerintah Tanah Melayu hingga Malaysia hari ini.... ada DAP? PAS? Pakatan?.. hingga Melayu jadi begini???? kalau kamu dah rasa selesa dengan jumlah kita yang semakin merosot... insya Allah kalau sama-sama umur panjang... tengoklah apa akan jadi pada anak cucu kita nanti.... duit rakyat macam duit sendiri.... sapu sini, sapu situ... sini 250 juta, sini 500 juta situ berbillion... entah apa-apa lagi.... kamu dapatlah RM500.00 5 tahun......

Anonymous said...

Hadiah kemenangan untuk rakyat? Gas memasak naik harga? Tahniah rakyat umno yg kaya.

Anonymous said...

Aku sokong bn. Barang naik harga? Ada aku kisah? PM yg tersayang dah bg BRIM RM500. Cukup untuk setahun wooo..

Anonymous said...

dominan apa hang tanya? UMNO Dominan dalam buat keputusan!!! allo brader sabah sarawak masuk malaysia terkemudian, banyak bangsa kat sabah sarawak. ang kata buat kajian? hang tak kaji ka kat tanah melayu ni majoriti beragama islam bangsa apa?
lagi satu.. aku nak tanya hang melayu la ni jadi apa? beruk ka? ang ada bukti ka depa melantak duit rakyat? anwar dah sah2 terbukti melantak duit rakyat masa dia jadi timbalan pm!!!


duit minyak dan gas naik? allo brader lu xder nampak ka sapa monopoli penjual minyak dan gas? org tgh kebanyakkan bangsa apa?
cina11 cina!! cina!!! DAP yang hang dok puja puja tu.. hang x sedar nanti sampai waktu depa nak bawak masuk singapore dalam tanah melayu, masa tu baru lou taw..

Anonymous said...

Sudah2. Dah sampai waktu nya kita semua lupakan persengketaan antara UMNO & PAS. Ingat seteruk mana pun kita berpecah belah, kita semua tetap satu. Satu dalam istilah kita semua bakal di pertanggungjawab kan di hadapan Allah mengenai tugas kita untuk menyatu padu kan Umat Islam Malaysia yg sedang berpecah. Ayuh kita sahut seruan Allah secara diam ini bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu. Amin Ya Rabbana Alamin.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates