Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!
Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.
Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.
"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.
“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.
“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.
Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.
Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.
YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.
Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14
14 comments:
Jangan la desperate sangat sampai nak spin kata-kata Tun,..Hanya dungu percaya Tun maksudkan KJ..
KJ yang jadi naib ketua cara ekspress..
KJ yang menang KP tapi kena booo oleh perwakilan..
KJ yang menang setelah kiraan ambik masa sampai tujuh jam..
KJ yang didapati bersalah oleh JK Displin kerana politik wang...
KJ yang diselamatkan bapak mertua tak kena tindakan pun..
Berani ke up load komen ni?...
Tu dia ... macai KJ dah spin statement Tun M
Korang ingat orang Melayu bodoh sangat ke sehingga boleh terima spin korang ni ??
Dah mcm DAPig spin kes dorang ngan ROS ...hehehe
Desperate sangat ke staff KJ ni ? kalau nak bodek bos Reginna Dapsey pun berpada pada lah
Org Rembau terutama Melayu mmg ramai setia lg dgn Umno. Diaorg undi parti bukan si anak menantu dolah tu. Takde makna tanah adat nak diwakili parti takde adat (pkr=LGBT,pas=pencacai Dap, krg ajar)
TDM pun disabotaj KJ masa dolah berkuasa dulu,takkan tak terkesan dlm hati TDM.
Baru ni aku hadir forum yg TDM hadir (bkn forum politik), ada sorang tanya what is your biggest regret. Spt aku jangka TDM reply "selecting my successor". Direct je TDM beri.
Hahaha!!!penyokong PR mmg sokong KJ!!!MMG XRASIONAL KP UMNO AMBIK ORG DAP JD SETIUSAHA!!PENGKHIANAT PARTI!!
Anon 9.59. .true. He mentioned that in one the forum recently. KJ kau lah musuh dalam selimut. Belang kau dah nampak cuma tunggu masa Allah akan perkenankan doa2 kami semua yang inginkan pemimpin islam dan melayu yang sebenarnya memperjuangkan hak2 bangsa dan agamanya.
Adakah KJ layak? DImanakah kedudukan KJ jika beliau bukan menantu Paklah?
Cepat sgt kan kenaikan KJ dalam UMNO..
Tapi kalau blog ni dibawah naungan atau kroni atau dibayar.. terserahlah..
Buat lah pilihan kerana Allah.. itulah yg terbaik..
Usah mimpi la 10.19..selagi bernama umno selagi tu le slogan luit luit luit..hampa ja yg boloh..tk caya tnya hampa punya perwakilan..sembang deras mcm ayaq kencing tp hancing!!!
lebih baik politik jangan bapak ke anak
politik jangan turun temurun, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com
Ha ha mmg kaki spin..sanggup buat apa saja ikut telunjuk boss melayu liberal..kau ada saham dalam menghancurkan melayu
Hei kengkawan UMNO. Brojinggo ni adalah Kj lah. Dia masuk bakul angkat sendiri. Abis hang semua kena tipu...
KJ upah bloger konon nya KJ dapat sokongan Tun.. Desperador & spinner sometime works..
Post a Comment