Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO Bantulah Annuar Musa Yang Terlepas Kempen MT Sebab Sakit


Ketika calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO sibuk berkempen, nasib tidak menyebelahi ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana terpaksa terlantar di unit rawatan kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur.

Beliau sendiri tidak menduga menerima rawatan kerana dipercayai dijangkiti demam denggi selepas menyerahkan borang mencalonkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Annuar bukan sahaja tidak dapat berkempen atau menyertai majlis memperkenalkan calon tetapi out of touch dengan ‘dunia luar’ kerana dirawat dalam CCU.

Hanya selepas tujuh hari di unit berkenaan, Anwar di tempatkan di wad biasa dan sudahpun keluar hospital hujung minggu lalu.

Namun Pengerusi MARA itu berkata, doktor menasihatkan beliau berehat dan melakukan tugas-tugas ringan sahaja sehingga pulih sepenuhnya.

Ketika dihubungi Agendadaily.com, Annuar yang tidak dapat berkempen seperti calon-calon lain berharap perwakilan menilai track rekod beliau selama dalam UMNO dan kerajaan ketima membuat penilaian bagi memilih calon yang seseuai.

“Nombor keahlian saya adalah 124. Saya juga antara penggerakan semula UMNO selepas parti itu diharamkan dulu. Sekaligus seniority saya dalam parti kekal begitu juga jawatan sebagai Ketua Bahagian selama lapan penggal,” katanya.

Annuar berharap terpilih anggota MT UMNO bagi memudahkan beliau membawa agenda Melayu supaya lebih mantap dalam perjuangan parti.

Katanya, sebagai Pengerusi MARA, agensi itu berkaitan rapat dalam agenda memperkasakan Melayu.

Bagaimanapun beliau yang Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak sanggup bersaing dengan sesiapa apatah lagi dianggap ancaman kepada individu tertertentu dalam parti yang bersaing merebut jawatan sekarang. -Agendadaily

No comments: