Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012: Bonus Setengah Bulan Lagi Untuk Kakitangan Awam


Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 berkata bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember ini.

“Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan,” katanya.

Menurut Najib, beliau yakin ganjaran itu akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara. Tindakan itu bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat dan sempena meraikan Aidilfitri.

“Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak empat bilion ringgit,” katanya.

7 comments:

si botak gonjolan said...

kedekot btol si botak ni..kasi la setahun bonus baru syokk

Anonymous said...

si botak.. tak tahu baca ke? kan itu bonus tambahan :p kih kih kih! inilah sikap pembangkang, dia org tahu nak bangkang saja.. tp x tahu fakta!

Anonymous said...

bodoh punye pengomen pertama tu, ini la manusia jenis kufur nikmat... tak reti nak bersyukur. Bapak ANUar ko dpt bagi ape kat ko anon gonjol???

Farahiah Huda Husain said...

si botak gonjolan tak sedo diri ko pon botak. tak reti bersyukur. meluat baca komen ko

Anonymous said...

si botak gonjolan nie memang x reti bersyukur langsung lah bengong

Anonymous said...

Si Dg yanty:...sokong2....org yg tak tau bersyukur ja... suka ckp tak tentu2....
sesunggunya aku bersyukur sangat2 dengan bajet 2012....
apa kata bg org2 yg tak tau bersyukur tu, tak ya bagi bonus n kenaikan gaji....?????

Anonymous said...

ape le korang ni,si botak gonjolan bt humor sikit korang dah melalut2 smpai babitkn pembangkang la,xbrsykr laarr... Xdak minda nak joke lngsung...sadis2.Tak gitu botak??