Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Mufti Perak : Pas Dan UMNO Masih Ada Ruang Bersatu


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Pas dan UMNO masih ada runag untuk bersatu disebabkan kedua parti itu mengucap dua kalimah syahadah yang sama.

“Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sambil menyifatkan pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat, Harussani berkata usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam, hukumnya adalah haram.

“Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam.

“Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak,” katanya.

Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.

Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka.

“Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu,” katanya

Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.

PAS Gertak Karpal Singh... Setakat Cakap Je Tak Guna!


Ini kes lebih banyak cakap tapi tak berani buat apa-apa, Majlis Syura Ulama PAS kini terpaksa tanggung malu kerana Karpal Singh dan DAP terus memperlekeh badan tertinggi parti itu dalam isu Kalimah Allah.

Lebih malang Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Harun Taib dianggap DAP sebagai pemimpin biasa dan tidak mewakili PAS Pusat yang membuat ketetapan bersama DAP dan PKR membenarkan kalimah itu digunakan bukan Islam.

Dalam erti kata lain, DAP dan Pengerusi parti itu betul-betul sudah melampau dan seolah-olah sengaja mencabar PAS dengan kenyataan tersebut kerana melihat Mursyidul Am Datuik Nik Abdul Aziz Nik Mat
tidak nampak ‘marah’ terhadap DAP dan Karpal.

Kalau setakat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh keluar kenyataan bahawa majlis itu sanggup ambil tindakan tegas terhadap Karpal, ianya langsung tidak gugurkan walau sehelai bulu roma ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Lagipun, majlis berkenaan silap apabila ahlinya Hashim Jasin yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mendakwa hanya Karpal seorang mendesak mahu kalimah itu digunakan bukan Islam.

Malah beliau menjangkakan pakatan rakyat tidak akan berpecah kerana isu kalimah Allah.

Nampaknya, beliau lupa agaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mula-mula bangkitkan desakan tersebut dalam ucapan sambutan Krismas akhir tahun lalu.

Apatah lagi pada Selasa pemimpin DAP menegaskan Karpal mewakili DAP dan bukannya memberikan pendapat peribadi apabila menolak pendirian Majlis Syura bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa parti itu senada dengan Karpal yang mahukan Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya melarang kalimah Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Setiausaha Organisasasi DAP, Anthony Loke pula berkata tidak timbul soal parti itu perlu mempertahankan Karpal Singh yang dibidas oleh Harun bersabit isu berkenaan.

"Harun Taib itu seorang pemimpin (PAS) sahaja. Dia bukannya mewakili kepimpinan PAS Pusat. Dalam Pakatan Rakyat kita ada kerangka majlis kepimpinan kita.

"Dalam pimpinan Pakatan Rakyat kita ada Presiden PAS sendiri," katanya.

Dengan penghinaan terhadap Majlis Syura Ulamak dan Ketua Dewan Ulama, tentu ramai tertanya-tanya adakah PAS akan terus berdiam diri?

Beranikah Nik Mohd Zawawi membincangkan ‘tindakan tegas’ yang dicanang beliau bersama ahli-ahli majlis syura?

Jika tidak berani bertindak terhadap Karpal , cukup-cukuplah Nik Mohd Zawawi keluar kenyataan setiap hari kononnya tiada siapa berani bantah keputusan Majlis Syura Ulamak.

Beliau patutnya tahu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun sudah lama ‘membisu’ dalam isu ini selepas keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak beberapa hari selepas Presiden itu membuat kenyataan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain.

Nik Aziz pun sudah cakap ‘itu dia (Karpal) punya pasal’.

Nampak sangatlah PAS mahupun Majlis Syura Ulamak dua kali lima sahaja dalam isu ini.

Atas tiket ulama, majlis itu terpaksalah mempertahankan tetapi atas tiket PAS pula, parti itu tidak berani buat apa-apa kerana PRU 13 dah dekat.

Kenyataan Hadi kononnya PAS sedia keluar pakatan rakyat jika kerjasama dengan DAP dan PKR merugikan Islam sekadar nak ambil hati penyokong dan ahli-ahli PAS yang semakin ramai tidak puas hati cara parti itu berdepan sekutu mereka dalam isu kalimah Allah.

Begitulah cara PAS berpolitik...kalau kata mereka jual agama, mereka marah tetapi jika Hadi fikir pasal untung rugi, itu cakap-cakap orang berniaga.

Malangnya dalam isu kalimah Allah, PAS yang semakin rugi malah harga majlis syura dan ketua dewan ulama semakin jatuh dengan kecaman dan penghinaan DAP.

-Agendadaily

Karpal Singh Sangat Biadap!


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai biadap apabila mendesak PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Menurut beliau, ahli dan penyokong PAS wajar membuka mata berikutan tindakan tidak beradab Karpal menggesa Majlis Syura Ulama PAS mengkaji semula keputusan yang dibuat berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam supaya selari dengan pendirian pakatan pembangkang.

Kata beliau, tindakan biadap Karpal itu juga jelas membuktikan bahawa parti DAP yang menganggotai pakatan pembangkang tidak akan berganjak dengan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.

“Tindakan Karpal juga membuktikan DAP merasakan pucuk pimpinan PAS boleh dilentur-liuk memandangkan sebelum ini terjahannya dalam beberapa isu menyebabkan PAS terpaksa mengangkat bendera putih.

“Perkembangan baharu ini juga menunjukkan DAP ingin menjadi peneraju kepada pakatan pembangkang dalam beberapa isu termasuk yang berkaitan dengan kedudukan Islam dan Melayu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasan berkata, Karpal sepatutnya faham mengenai struktur membuat keputusan yang dipraktikkan oleh PAS iaitu hal dasar ditentukan oleh majlis syura sementara perlaksanaan dasar dan urusan harian parti diserahkan kepada Presiden dan jawatan kuasa pusat PAS kerana pakatan pembangkang telah lama menjalin kerjasama.

Melihat kepada perkembangan terbaharu itu, beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini tidak mempunyai banyak pilihan dalam isu berkenaan iaitu sama ada akur kepada kehendak DAP atau mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Media semalam melaporkan Karpal mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Beliau dilapor berkata, perkara itu bertujuan untuk memastikan pendirian PAS selaras dengan keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

mynewshub.my

Tidak Mustahil DAP Peneraju Pemeritahan Pakatan


Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini.

Ini disebabkan dari segi perkiraan kerusi yang ditandingi, DAP dijangka hanya bertanding 50 kerusi parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi.

Sememangnya dari segi angka DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi parlimen. Namun perlu di ingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak dilihat tidak mustahil untuk memenangi jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi saya tidak mahu menumpukan perhatian kepada opsyen itu. Yang ingin saya tekankan di sini ialah:

a. Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang di jangka mencatat kemengangan besar ialah DAP. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat;

b. Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada di bawah telunjuk DAP. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah dianggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP.

Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campurtangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.

c. Di peringkat nasional pula, sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan halatuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.

Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR. Yang penting di sini bukan mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan, tetapi parti yang manakah yang mempunyai kekuatan dan kemampuan pimpinan, daya tahan dan daya juang memperjuangkan satu-satu isu, komitmen yang tinggi hingga ke peringkat sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kesucian perjuangan, kebolehan dan kemampuan berhujah secara berfakta serta keutuhan kesepaduan dan kesatuan barisan kepimpinan untuk mendepani musuh-musuh politik dalaman dan luaran.

Apa yang dapat disaksikan sekarang sejak 5 tahun yang lalu PAS semakin dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi dengan bongkak dan sombong pimpinan DAP dan PKR memperkotak-katikkan PAS hingga ke peringkat menghina intitusi agong dalam struktur parti PAS iaitu Majlis Syura Ulama PAS dalam isu Kalimah Allah.

Lebih menyedihkan di negeri Musyidul Am sendiri peraturan kecil yang telah berjalan sejak 21 tahun yang lalu melibatkan pendandan dan penggunting rambut wanita yang tidak dibenarkan menggunting rambut lelaki Muslim terpaksa ditawakufkan. DAP menggunakan Karpal Singh menyelar kepimpinan PAS Kelantan dan menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz tunduk dengan tuntutan DAP itu.

Begitu juga yang berlaku di Kedah. Wakil tunggal DAP berjaya membatalkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan Razak seorang ulama yang berstatus senior dalam saf kepimpinan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan dan juga isu papan iklan.

Kenyataan Presiden PAS yang dilaporkan hari ini mungkin boleh diterima oleh ahli dan penyokong parti yang hanya mendapat informasi daripada akhbar Harakah atau Harakahdaily atau hanya mendengar ceramah-ceramah daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakayat sahaja.

Andainya mereka dapat membuka ruang minda dengan cuba mendekatkan diri kepada sumber-sumber informasi sama ada melalui media elektronik, media cetak atau yang popular di akhir-akhir ini media sosial sudah tentu mereka dapat menilai kenyataan Presiden PAS itu dengan lebih objektif dan berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, DAP sejak 5 tahun yang lalu telah berjaya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang untuk menonjolkan falsafah perjuangan parti tersebut. Dalam apa keadaan pun yang jelasnya DAP adalah pihak yang dikatakan meraih kemenangan hingga berjaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga halnya dengan PKR. Yang tewas di gelanggang hujah dan yang tewas di gelangang perjuangan khususnya untuk mempertahankan asas-asas perjuangan parti tidak lain tidak bukan ialah PAS.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
20 Februari 2013

Wednesday, February 20, 2013

Apakah Pendirian Muslim PKR Dalam Isu Kalimah?


Apakah sebenarnya pendirian PKR dalam isu kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu? Jawapan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya nampaknya bercelaru.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata bahawa PKR akur pada butir ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Katanya, dalam isu ini PKR akan sentiasa di belakang dewan tertinggi penggubal dasar PAS itu. Adakah maksud Azmin bahawasanya PKR sedia bergabung dengan PAS dalam ketetapan melarang penggunaan Allah dalam Bible?

Pendirian PKR dalam isu kalimah Allah kabur

Pendirian PKR ini kabur. Ini mungkin kerana PAS sendiri tidak mengumumkan bahawa ia mahu ketetapan itu menjadi dasar Pakatan Rakyat. Maksudnya jika pakatan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, PAS tidak pula berjanji bahawa ia akan menggunakan kuasa untuk melarang perbuatan menggunakan kalimah Allah dalam Bible!

Ini bermakna PAS masih belum ada pegangan rasmi dalam isu ini. Maka benarlah hujah Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa Majlis Syura Ulama hanyalah satu komponen kecil dalam PAS.

Malah, Ketua Penerangan DAP, Tony Pua menganggap pandangan lantang beberapa pemimpin PAS dalam Majlis Syura itu seperti Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, bukanlah datang daripada kalangan pemimpin berkedudukan tinggi dalam PAS.

Maka beliau mengesahkan pandangan Karpal itu sebenarnya adalah suara rasmi DAP.

Fuziah Salleh sokong Guan Eng, tolak ketetapan Majlis Syura

Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia.

Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” kata Fuziah.

Kalimah Allah: Anwar hanya sokong pendirian Abdul Hadi

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Lebih mengusutkan keadaan, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Berikutan itu beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Nampaknya pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS.

PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS

Azmin pula membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.

Azmin berkata, PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS. Namun realiti kini jelas menunjukkan PKR lebih “liberal” dari itu. Ia mahu terus menjalin kerjasama dengan DAP dan pada masa yang sama tidak mahu mengecilkan hati PAS.

Malangnya, isu ini bukan lagi soal menjaga hati dan emosi mana-mana parti politik. Ia soal akidah. PKR perlu lebih jelas dan tegas pendiriannya dalam hal ini.

Rakyat perlu tahu sejauh mana PKR mahu bersama PAS pertahankan kesucian akidah umat Islam

Melontarkan tohmah pada media arus perdana bahawa ia mahu memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan Pakatan Rakyat hanyalah satu sikap dan alasan yang kurang bertanggungjawab.

Yang perlu dinyatakan oleh PKR ialah adakah ia menyokong pendirian DAP dalam polemik ini. Majoriti ahli PKR beragama Islam. Mereka juga ingin tahu. Begitu juga dengan ahli-ahli PAS. Mereka ingin kepastian sejauh mana PKR mahu bersama PAS mempertahankan kesucian akidah umat Islam.

Lebih penting lagi ialah pengundi-pengundi PRU 13 yang 60 peratus beragama Islam. Mereka ingin penjelasan adakah PKR menyokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS?

Pengundi juga ingin tahu apakah perjuangan Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib yang tidak merelakan kalimah Allah digunakan dalam Bible disokong oleh PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan pemimpin Islam dalam PKR sendiri?

Berhentilah mengelirukan umat. Pengundi muslim mahu tahu jika mereka memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13, adakah DAP akan berhenti memperjuangkan ketetapannya mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible?

Yang pastinya, orang Islam yang benar imannya tidak akan mengampunkan dosa PAS dan PKR mengizinkan kesucian nama khas Allah dicampur-adukkan dalam Bible berbahasa Melayu. Itu sahaja.

-AntaraPos

Krisis PKR-DAP Semakin Panas.... Anwar-Guan Eng Arah Tutup Mulut


Krisis antara PKR dan DAP di Johor berhubung pembahagian kerusi yang tengah hangat sekarang membuka satu lagi pekong ibarat gunung berapi yang menunggu masa untuk meletop dalam pakatan pembangkang.

Jenuh juga bos PKR negeri itu Datuk Chua Jui Meng ( gambar) kena bersilat berdepan dengan hentaman puak DAP yang secara terbuka meragui tindak tanduknya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terkejut melihat dua parti itu bergasak.

"Saya dah andai dah. Cerita ni sudah lama, agaknya ia sudah menggelegak. Chua, dia PKR tetapi orang dalam PKR pun tak berapa yakin dengan dia.

"Orang DAP macam Karpal kata dia (Chua) bekas pemimpin MCA yang telah meninggalkan parti, lepas tu nak masuk PKR, dia tak berapa yakin," katanya.

Bagi Muhyiddin konflik yang berlaku antara DAP dan PKR di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti pembangkang itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (pakatan pembangkang) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.

"Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di Selasa.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan semalam.

Karpal dilaporkan berkata konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau telah mengandaikan bahawa konflik seperti itu akan akan berlaku di kalangan parti dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru,Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng telah mengeluarkan satu kenyataan khas Selasa memberitahu beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju keluar arahan tutup mulut kepada Chua dan Boo.

Katanya ini selepas beliau menghubungi Anwar mengenai hal berkenaan.

Menurut beliau kChua dan Boo diminta merujuk kepada pimpinan atasan sebelum buat sebarang kenyataan mengenai pembahagian kerusi.

Guan Eng menilai persengketaan itu boleh menncetus publisiti tidak baik kepada pakatan itu menjelang pilihanraya umum.

Katanya soal pembahagian kerusi antara kedua parti masih dalam proses rundingan.

-Agendadaily

Tuesday, February 19, 2013

Kecoh PKR Vs DAP Johor Bergaduh


Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu. Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan kepadanya.

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’ mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan. Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan. DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.

Hannah Yeoh Langgar Titah Sultan Dengan Berpolitik Di Masjid Dan Surau


Tuanku Sultan Selangor telah bertitah agar tidak menjadikan rumah ibadah sebagai gelanggang politik. Dan bersiap sedialah sekelian ummah, sesungguhnya Tuanku Sultan sedia mendengar sebarang laporan dengan mengemukakan bukti bahawa titahnya diingkari. Sudah berkali-kali Mais dan Jais terpaksa memberi amaran agar tidak berpolitik di masjid tetapi wakil-wakil DAP masih tak endah.


Namun Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dengan selamba sahaja meneruskan lagi kempen Occupy Masjid yang dipeloporinya. Llimau telah diedar di masjid, dan angpow CNY yang dicetak dengan ayat Bible oleh Adun DAP Hannah Yeo. Baru-baru ini juga Adun DAP Teratai Jenice Lee masuk edar buah limau Mandarindalam masjid.


Di bawah ialah gambar Hannah dalam surau An-Nur Shahiroh, sebulan setengah lepas pada 30 Dis 2012. Hannah Yeoh dengan sebuah beg sekolah seraya mengeksploitasi kanak-kanak Melayu untuk koleksi photo op dirinya bertudung.


Gimmik murahan Adun DAP berpakaian muslimah “KONONNYA” sedangkan jiwa raga mereka penuh dengan strategi untuk mencari jalan terbaik menusuk jarum murtad dikalangan umat Islam. Sebelum ini juga, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching ditegur timbalan setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin kerana tidak menghormati adab dengan memakai kebaya pendek sendat ‘pramugari SIA’nya. “Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati Sultan Selangor.”

Gerakan puak evangelis bukan sekadar mahu “take Subang for Jesus” dan “take KL city for Jesus” malah berhasrat mengambil Selangor bagi Yesu juga.


Ayat Bible telah dicetak pada sampul angpow yang diedarkan oleh Hannah Yeoh kepada orangramai. Ianya dikira sebagai satu kaedah mengembangkan agama Kristian melalui dana kerajaan negeri Selangor. Maka umat Islam wajib bertindak. Adun evangelis DAP telah berdakwah secara halus di khalayak orangramai yang menganut agama Buddha tanpa sekatan, tidakkah mereka akan seterusnya mengambil kesempatan membuat kerja yang sama di kalangan orang Melayu?

Peristiwa hitam DUMC masih menjadi mimpi ngeri kepada umat Islam di Selangor. Pastikan anda tidak mengundi pakatan haram supaya peristiwa operasi murtad ini tidak terus berleluasa dan dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya oleh pakatan haram.


-SelangorDaily.com

Monday, February 18, 2013

Karpal Akui Ada Masalah Dalam Pakatan Haram


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengakui beberapa isu yang timbul dalam Pakatan Rakyat menyebabkan timbulnya percanggahan pendapat di antara ketiga-tga parti dalam pakatan pembangkang.

“Tidak ada keraguan ada lebih banyak isu untuk ditangani oleh Pakatan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Percanggahan pendapat ada disitu. Kita tidak menafikannya. Namun, di satu sudut lagi, ada isu yang lebih besar untuk kita lihat berbanding keraguan kami.

“Saya fikir perbezaan pendapat ini boleh diselesaikan bila tiba masanya. Untuk sekarang, apa yang lebih penting adalah ketiga-tiga parti, DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Hubungan kami antara satu sama lain secara umumnya adalah baik” katanya pada sidang media, pada Ahad.

Karpal berkata DAP menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan Pusat.

Beliau turut menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa DAP dan PAS bersetuju dengan cadangan agar veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri. – mStar Online

Retak menanti belah... tak lama lagi berpecah belah la puak Pakatan Haram ni... masing-masing tidak ada kata sepakat macam mana nak takbir negara?

Sunday, February 17, 2013

Hadi Kepanasan PAS Sedia Keluar Pakatan Haram Jika Kerjasama Rugi


Nampaknya Hadi sudah tak tahan dengan desakan yang diberikan oleh rakan sekutunya DAP dan PKR....

Dalam ucapan yang mengejutkan ramai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam.

Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus, petang semalam.

“PAS beri jaminan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama tersebut merugikan Islam, PAS akan keluar dari pakatan rakyat! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya dalam ucapan hampir sejam itu.

Kampung Banggol Peradong adalah lokasi dimana beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya di kenali sebagai 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981.

Bagaimanapun Hadi tidak pulak mengulas mengenai isu Kalimah Allah yang disifatkan berbagai pihak merugikan umat Islam di negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam.

Saturday, February 16, 2013

Perbezaan Najib Dan Puak Pembangkang


Lagu Getaran Jiwa dendangan P Ramlie dalam filem Antara Dua Darjat begitu berkesan sekali. Ia menggambarkan betapa resahnya jiwa apabila kebahagiaan yang diharapkan akhirnya musnah berkecai atas angkara seseorang yang hidupnya penuh delusi.

Delusi dikaitkan dengan rasa cemburu yang keterlaluan. Akibat cemburu jugalah menyebabkan seseorang itu terus menyimpan dendam, dan sentiasa mencari jalan untuk membalasnya.

Itulah juga yang berlaku dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Akibat delusi, maka pakatan pembangkang terus berusaha menghumban parti yang masih sah kekuasaannya dengan pelbagai dakwaan buruk sehingga suatu ketika rakyat seakan-akan resah dan percaya, hanyalah pakatan pembangkang sahaja parti yang boleh mengembalikan kemakmuran negara.

Pakatan pembangkang dianggap terbaik dan mampu selesaikan banyak masalah termasuk ekonomi. Setelah berlalu hampir lima tahun lamanya, kini pakatan pembangkang resah sekali lagi kerana rakyat semakin sedar haknya. Mereka bangkit beramai-ramai menagih janji, kerana janji itu tidak ditunaikan dan seringkali diputarbelitkan. Ia bukanlah janji, hanya manifesto politik. Maknanya, janji yang dibuat itu hanyalah retorik dan bukan kepastian.

Kecewanya orang Melayu bukan kepalang. Bahkan mereka mempersoalkan apakah mereka yang berjanji itu tidak tahu dosa dan pahala. Orang berjanji, kalau tidak ditepati, maknanya berdosa dan sah berstatuskan pembohong.

PRU-13 semakin hampir, maka sekali lagi pemimpin berkenaan bermain dengan kata-kata. Mereka akan lakukan yang lebih baik lagi apabila rakyat memberikan mereka peluang, yakni mengundi mereka. Namun, kali ini rakyat sudah tidak lagi membuka ruang simpati. Mereka seakan-akan serik dan tidak mahu mengulangi kesilapan.

Dengan menggunakan muslihat agama, Mursyidul Am PAS menulis: Islam itu bukannya singgah pada pepohon atau bumi tetapi kepada manusia. Sedangkan manusia itu ditempatkan oleh Allah SWT di muka bumi. Untuk menyelamatkan Islam ialah dengan menjaga manusia, untuk menyelamatkan manusia dengan cara menjaga keselamatan bumi. Ia merupakan tugas bertali-tali antara kewajipan menjaga Islam, manusia dan bumi.” (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Ciptaan daratan, lautan sumber rezeki,” Harakah, Bil. 1817: 11-14 Februari 2013).

Sudah empat dekad sebagai wakil rakyat dan lebih dua dekad sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am PAS masih merayu sedangkan rakyat semakin terhimpit hidup dalam kesukaran peluang kerja, kekurangan prasarana dan penuh politicking. Rakyat mula bertanya, kenapa air bersih tidak muncul juga setelah berjanji akan melakukannya sejak tahun 1997; kini rakyat terhimpit dengan warna air sungai seperti teh tarik, kerana hutan di hulu sudah digondolkan.

Peneroka Felda Paloh 4 semakin khuatir, ladang rakyat yang dijanjikan masih belum menjadi kenyataan. Lebih 4,000 ekar tanah pula diberikan kepada pemimpin DAP untuk ditanam semula hutan walhal rakyat yang sekian lama mengusahakan tanah tidak diutamakan. Tapi Menteri Besar terus bermain kata-kata: ..kepada orang yang lidahnya fasih dan pintar akan mendorong manusia bekerja kuat dan rajin, bukan atas dorongan kerajaan atau mana pihak.”

Tidak juga dijelaskan apakah peranan beliau sebagai pemimpin sudah terlaksana sepenuhnya? Apakah kerajaan pimpinannya sudah sediakan ruang dan peluang untuk rakyat mencari rezeki dengan tenang? Semuanya dikelirukan dengan menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telah banyak buat, tapi rakyat tetap bertanya: Mana? Apa?Bila?

Ketara berbeza. Setelah mengambil alih pentadbiran negara pada bulan April 2009, Datuk Sri Najib tetap tidak percayakan pakatan pembangkang mampu laksanakan yang terbaik untuk rakyat. Hari ini, setelah empat tahun memegang tampuk pemerintahan, terlalu jauh perbezaannya. Rakyat sudah dapat melihat hasilnya. Manakala pakatan pembangkang masih terkial-kial membuat janji baharu sedangkan janji lama masih banyak yang belum ditunaikan.

Datuk Sri Najib telah berjaya meletakkan dasar pembangunan yang tegas dan penuh makna. Ini memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjwab dan kuat bekerja, bukannya kuat mencerca.

Langkah pertama yang beliau ambil ialah meletakkan dasar memperkukuhkan semula perpaduan antara kaum yang mula tercabar oleh selekoh politik. Dengan memberikan wajah baharu kepada perpaduan dalam gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, hasilnya lahirlah pelbagai jenama yang membawa faedah meluas. Kini sudah ada BR1M, SL1M, TR1MA, PR1MA, Klinik 1 Malaysia, Asrama 1 Malaysia, 1M4U, 1MD, dan sebagainya sehingga menyebabkan pakatan pembangkang kian gelisah dan resah.

Semuanya dilaksanakan dengan tanggungjawab mensejahterakan rakyat dan bukannya “me biuskan” pemikiran rakyat menerusi ekstasi politik. Kumpulan yang susah dibantu, keluarga yang susah dicari dan mereka yang jauh didekatkan. Semuanya dilakukan atas nama tanggungjawab dan kesedaran, berdosa kalau membiarkan rakyat hidup menderita dan melarat.

Di peringkat nasional pula dilakukan pelbagai bentuk perubahan yang kemudiannya dijenamakan sebagai Model Ekonomi Baharu. Peraturan yang dilihat sebagai penghalang dimansuh atau diubahsuai. Kemudiannya dipatenkan menjadi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia dirangka secara menyeluruh berdasarkan segmen ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam suatu istilah khusus, iaitu Najibnomics.

GTP sudah memasuki fasa kedua. Pengiktirafan antarabangsa diterima dan Najibnomics dilihat sebagai landasan yang betul dan tepat bagi berhadapan dengan kelemahan ekonomi dunia. Kini, meskipun ekonomi dunia masih lembab, menurut banyak pihak, ekonomi Malaysia tetap terus berkembang dan tumbuh sekadar lima peratus setahun.

Ketika menjelaskan Najibnomics, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Dr M0hd Irwan Serigar Abdullah menjelaskan, program-program transformasi dan sosial di bawah Model Ekonomi Baharu (MEB) berjaya meningkatkan ekonomi, pelaburan swasta, produktiviti, peluang pekerjaan dan pengurangan kadar jenayah.

Kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, “Najibnomic ialah satu set dasar ekonomi yang merangkumi idea-ide kreatif dan inovatif, strategi dan program Najib untuk mengakat negara kea rah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.”(Mohd Ridzwan Iman, Najibnomics Merubah Ekonomi, Utusan Malaysia, 12.02.2013).

Hal yang sama tidak berlaku dalam negeri-negeri yang diperintahkan pakatan pembangkang. Sebaliknya semakin banyak aset kerajaan negeri dicair dan dipindah milik bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat hasil. Kalau dahulu, kawasan tanah tinggi direzabkan sebagai kawasan tadahan air, sejak terdesak untuk “menunaikan janji” digondolkan bagi mendapatkan hasil balak.

Semuanya kerana tidak mahu mengingatkan impak masa depan. Bila bukit dan tanah tinggi digondolkan, banyak habitat semula jadi pupus manakala hakisan mudah berlaku. Kesannya, air sungai keruh dan bekeladak manakala hak rakyat mendapatkan sumber air semakin terjejas. Bukit Pedu sudah bertukar dari kesegaran fauna dan flora menjadi bukit botak. Tanah Tinggi Lojing semakin menyesakkan kehidupan suku kaum peribumi di Hulu Kelantan, mereka sudah kehilangan kawasan rayau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Gugusan Paloh, Gua Musang sudah bertukar dari pemilikan peneroka kepada ladang rakyat yang belum pun mendatangkan apa-apa hasil. Janjinya belum tertunai, rumah mampu milik belum juga terbina dan banyak lagi. Semuanya itu menggambarkan situasi ngeri akibat hanya “janji manis” tetapi tidak dilaksanakan meskipun kepercayaan sudah diberi. Kini, kepercayaan itu semakin tipis dan hampir robek.

Pemimpin pembangkang ibarat lelaki tua yang bernafsu mahu kahwin dengan wanita muda. Kini, semakin giat mempersiapkan diri dengan mengambil pil kuat, sama ada dari jenama Viagra ataupun Calais, kerana momentum sedemikian perlu ditunjukkan jika tidak mahu dikecewakan. Gadis sekarang semakin bijak membuat keputusan, bersuamikan lelaki tua yang hanya bergantung kepada “ubat kuat” sudah tidak boleh diharapkan, kerana mereka bukanlah ikhlas dan jujur.

Ulama politik banyak mencari kesalahan orang lain sehingga tidak sanggup memperbetulkan kesalahan sendiri. Kebencian dirinya sampai ke tahap paling maksimum sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional, semuanya keputusan dibuat berdasarkan keputusan emosional. Kalimah Allah menjadi salah satu bukti, akhirnya sanggup pula mengetepikan pemimpinnya sendiri yang tidak setuju dengan pendirian Presiden dan Mursyidul Am PAS.

Mereka amat bijak bermain dengan alasan dan mencipta fakta. Hasilnya, rakyat dijadikan sasaran melulu sehingga di berikan pula kata-kata, perjuangan dalam bentuk tahaluf siyasi bukanlah sesuatu yang salah dan berdosa. Bahkan, sejak berzaman lagi Islam memberikan hak kepada bukan Islam. Tetapi, tidak mereka jelaskan, kenapa dalam tahaluf siyasi, bukan Islam boleh memperlekehkan Allah? Di manakah kewajarannya, sedangkan bukan Islam tidak boleh menerima PAS sebagaimana asal dan bentuknya yang asli?

Hasrat rakyat seringkali diketepikan dan sebaliknya dibangkitkan emosi rakyat untuk bersatu membina semula kekuatan dengan melakukan protes jalanan termasuk bakal menagih tindakan ala Arab Spring. Sudah kedengaran, jika pakatan pembangkang kalah, Arab Spring akan berlaku? Tidakkah ini bermakna, pakatan pembangkang sebenarnya yang mencintai kekecohan manakala BN mencintai kehidupan yang aman, damai dan sejahtera?

Persoalan seperti ini sudah terbukti dengan beberapa siri tindakan anarkisme dalam siri Bersih, KL#112 ataupun Gerakan Mansuhkan ISA. Setelah kesemuanya sudah tidak lagi menjadi halangan, kenapakah Arab Spring mahu dibawa masuk? Tentunya, Arab Spring tidak akan berjaya di Malaysia, kerana rakyat Malaysia lebih bijaksana.

Rakyat Malaysia sedar, untuk meruntuhkan sesuatu yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding untuk mengembalikan keamanan. Pergolakan semula di Tunisia dan Mesir banyak memberikan pengajaran, ada tangan-tangan ghaib yang sedang bermain untuk mencetuskan huru-hara kerana mereka bencikan Islam. Mereka takut kebangkitan Islam bakal menjadi kuasa politik dan ekonomi yang kuat.

Kalaulah itu kaedah yang hendak dilakukan oleh pakatan pembangkang, lebih baik mereka lupakan hasratnya. Rakyat Malaysia amat tidak bersetuju, kerana revolusi lebih banyak mengundang bahaya dan bencana, yang untungnya ialah mereka yang penuh curiga, cemburu dan ingin membalas dendam. Delusi bukan menyebabkan manusia semakin baik, ia boleh menyebabkan kehidupan menjadi semakin sukar dan terhimpit.

Tuduhan awal bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang selamat, akhirnya terjawab dengan sendirinya apabila World Justice Project pada tahun lalu meletakkan di tangga ke-12 sebagai negara paling selamat. Kedudukan itu berjaya mengatasi Amerika Syarikat dan Britain. Akhir tahun lalu, The Earth Institute meletakkan Malaysia di tangga kelapan dalam senarai negara-negara dalam “Ranking Kegembiraan”.

Semuanya ini kerana dasar dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Ia bukan seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menimbulkan kekeliruan bagi membangkitkan persepsi buruk, dan kini persepsi buruk sedang mereka alami. Rakyat sudah mula sedar, pakatan pembangkang tidak melakukan apa-apa untuk faedah rakyat, kecualilah mendesak dan menuduh, walaupun apa yang dibangkitkan itu hanyalah tuduhan dan bukannya fakta.

Berlainan dengan kaedah berpolitik yang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Dengan hanya sedikit kekuatan kesan kemenangan PRU-12, pakatan pembangkang mengheret rakyat ke kancah politik kebencian sehingga menampakan seolah-olah merekalah yang sebenarnya berkuasa dan berupaya menentukan proses bernegara selanjutnya.

Mujurlah situasi itu tidak menjadi, kerana rakyat masih rasional untuk mengesan secara jelas apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang. Hasilnya, dalam tempoh empat tahun (April 2009-Februari 2013), belum berlaku perubahan kerajaan dan rakyat semakin sedar, yang mana permata dan yang mana pula kaca.

Dalam pakatan pembangkang, hampir setiap masa berlakunya provokasi dan penghinaan. Tetapi, usaha menyembunyikannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya pelbagai kebohongan terserlah. Antara pemimpin tiada muafakat, semuanya mempertahankan pendirian masing-masing dengan berasaskan matlamat politik walaupun terpaksa menjual diri dan maruah.

Ini tidak berlaku dalam kepimpinan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Sri Najib. Mereka terlebih dahulu akan mencari kata sepakat dan mempertimbangkan fakta dengan cermat. Keputusan yang dibuat menggambarkan suasana muafakat, maka itulah BN semakin kembali mendapat tempat di hati rakyat.

Janji kepada rakyat sudah ternyata membawa rahmat. BR1M akan diteruskan sampai bila-bila, tetapi pakatan pembangkang masih terkial-kial untuk membawa Buku Jingga walaupun sebahagian solusinya sudah lapuk dan ketinggalan. Pakatan pembangkang sebenarnya sedang berada dalam situasi antara sedar dan koma, kerana delusinya kian hebat dan terdesak. Delusi dalam dirinya sudah tidak terkawal, dan mungkinkah PRU-13 menjadi medan mereka dikuburkan?

Lebih 13 juta pengundi akan menentukannya, maka bermacamlah ketakutan dan janji manis yang bakal mereka berikan. Mereka takut delusi itu akhirnya menjadikan nyawa politik pakatan pembangkang ditamatkan secara tragic, hanyalah sekadar pangkahan di atas kertas undi. Itulah sebabnya, PRU-13 dianggap nyawa dan ibu kepada semua parti politik yang bakal memasuki arena pertandingan merebut kuasa.

Oleh Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Yang di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Terangbulan.net

Friday, February 15, 2013

PAS Teramat Silap Bila Bergurukan Anwar Ibrahim


Setelah bersama dalam pakatan pembangkang selama lima tahun (2008-2013), sikap PAS sudah banyak berubah sehingga banyak juga desakan agar keluar dan berjuang bersendirian dan kembalikan matlamat asal melaksanakan sistem pemerintahan berdasarkan syarie. PAS sebenarnya sudah dan sedang melaksanakan tranformasi ideologi apabila bergurukan dengan Anwar termasuk semakin berani untuk mengetuai protes dan kalau sebelumnya, para pemimpin memperhebatkan ceramah di kampong-kampong dan masjid-masjid.

Kini, PAS sudah semakin meninggalkan platform masjid kerana terpegaruh dengan ceramah perdana yang menjadi pilihan Anwar. Ceramah perdana dan protes jalanan adalah kaedah Anwar untuk memperlihatkan dirinya yang berupaya mempengaruhi masyarakat umum meskipun dalam beberapa keadaan, kehadiran ramai itu bukanlah sesuatu yang bersifat sukarela, masih ada unsur-unsur kerahan.

Suatu ketika dahulu, dalam tahun 1980-an ceramah-ceramah PAS sering mendapat sambutan besar meskipun berlangsung dalam suasana yang tidak selesa kerana para penyokongnya sedia datang daripada mana-mana kawasan hendak mendengar tokoh-tokoh besar mereka, terutamanya Haji Hadi yang pernah diberikan harapan bakal memberikan impak besar kepada parti pembangkang. Sorotan beberapa majalah asing, misalnya Asiaweek yang diterbitkan di Hong Kong pernah meletakkan foto Haji Hadi sebagai hiasan kulit depan membayangkan ketokohannya sebagai pemimpin politik Islam yang berwibawa kerana ceramahnya mendapat ribuan khalayak.

Peringkat awal bergabung dalam pakatan pembangkang, ceramah-ceramah yang dikendalikan bersama hampir menyebabka kesesakan lalulintas yang panjang, tetapi kini ceramah-ceramah mereka hampir lesu. Rakyat tidak lagi sanggup mendengar kutukan dan hujah yang bersifat memperbodohkan rakyat menerusi jargon politik yang dikaitkan dengan istilah-istilah Arab. Ketika mula memperkenalkan konsep tahaluf siyasi, ramai juga pemimpin akar umbi PAS mula sangsi dengan keputusan itu kerana Haji Hadi terpaksa menepis secara drastiknya amanat yang dikeluarkan pada tahun 1981 di surau Banggul Peradong, Manir, Terengganu dengan melabelkan UMNO “kafir” dan perlu berjihad menentang UMNO di mana darah penyokong-penyokongnya adalah halal.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai ulama sederhana pada peringkat awal memerintah Kelantan dan terkenal dengan andaian “menyokong PAS mendapat pahala” akhirnya menjadi semakin tidak konsisten, sanggup mempertahankan keputusan yang salah. Akibatnya, PAS semakin dianggap “menggunakan agama untuk meraih sokongan” apabila pendirian bersifat khawarij sentiasa diambil bagi mewajarkannya. Ketika Shahnon Ahmad diserang dan pernah dicadangkan agar ditarik balik anugerah Sasterawan Negara akibat dua buah novel lucah dan bahasa kesat, Shit dan Muntah, Mursyidul Am PAS membuat kenyataan bahasa sedemikian tidak salah kerana “Allah juga mencarut” dan “lebih samseng.”

Kekecohan itu berlaku akibat mempertahankan kepongahan Shahnon untuk memberikan penilaian terhadap politik semasa di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir yang “memecat Anwar” di mana Shahnon merupakan ahli seumur hidup PAS. Bagaimanapun, setelah bergelar wakil rakyat atas tiket PAS, Shahnon yang lebih mesra dipanggil Che Gu semakin tidak diberikan perhatian oleh parti yang disokongnya setelah menderita sejenis penyakit saraf.

Dalam kesulitan itu, Che Gu Shahnon masih diberikan kekuatan akal untuk meneruskan bidang yang diminatinya, iaitu penulisan. Anwar telah berjaya mentransformasikan PAS dengan hanya memberikan dorongan kepada rakan-rakannya agar memilih parti itu sekiranya tidak mahu dituduh sekular dan liberal. Kemasukan Kamarudin Jaafar misalnya sedikit sebanyak menjadi titik pencerahan kepada pengaruh Anwar dalam parti Islam ditambah beberapa orang bekas pemimpin dalam Angkatan Belia Islam Malaysia sudah lama bertapak sejak memilih untuk masuk UMNO pada tahun 1982.

Kemuncaknya semakin jelas apabila dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun 2011, Mohamad Sabu mencapai kemenangan mengalahkan penyandang, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Mat. Sebaik sahaja menang, PAS didakwa semakin kehilangan peranan ulama dalam kepimpinannya, Mohamad Sabu mula mencipta sejarah dengan mempersoalkan makna nasionalisma. Inilah buat pertamakali dalam PAS nasionalisma menjadi isu yang dipertahankan kerana sebelumnya PAS tidak mahu menerimanya kerana dianggap sekular dan bersifat asabiyyah.

Sejak Mohamad Sabu mengaitkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, ramailah pemimpin PAS buka mata untuk mempertahankannya walhal ramai yang kurang sedar, budaya anarkisme sedang dikembangbiakkan oleh seseorang yang pernah menolak Anwar. Suatu ketika, Mohamad Sabu pernah melabelkan Anwar sebagai seorang yang amat rendah moralnya dan tidak memerlukan pemimpin seperti itu untuk memerintah, tetapi setelah beliau menang, termasuk menang kes khalwat dan Timbalan Presiden PAS, beliau begitu bersungguh-sungguh mempertahankan gaya politik Anwar termasuk sokong budaya anarkisme.

Pada tahun 2013, permulaan tahun baharu Mohamad Sabu menjadi pemimpin PAS pertama yang mendahului kumpulan Anwar untuk melancarkan perhimpunan jalanan. Pada bulan Oktober 2012, Mohamad Sabu membuat perancangan untuk mengumpulkan sejuta orang berarak di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 dengan menggunakan nama KL#112 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat. Kalau dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, Mohamad Sabu berada dibelakang NGO yang pro Anwar termasuk kelompok yang pernah menimbulkan kontroversi mengenai forum interfaith dan desakan pilihan raya bersih.

Himpunan KL#112 hanya berjaya menghimpunkan sekitar 50,000 orang itu dilihat sebagai satu kegagalan buat penganjurnya kerana kedatangan sebahagian besar peserta adalah dengan tajaan pihak-pihak tertentu, termasuk PAS dan PKR, tetapi penyertaan ahli DAP kurang menyerlah. Lebih 90 peratus kehadiran di Stadium Merdeka adalah orang Melayu dan menampakkan bahawa KL#112 adalah untuk menjaga kepentingan PAS yang bergolak dengan isu Kalimah Allah.

Dalam satu rencana yang ditulis oleh Zulkiflee Bakar, Keberanian PAS Semakin Terhakis, Utusan Malaysia 12 Februari 2013, sejak menjalin kerjasama atau tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, parti itu semakin hilang keberaniannya, termasuk dalam mempertahankan penghinaan ke atas Islam dan akidah ummah. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS sekali lagi terpaksa membuat penafian bahawa Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan tidak menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri seandainya pakatan pembangkang menang PRU-13.

Bagi Nik Aziz kebocoran maklumat daripada pertemuan antara Anwar dan Dr Harun Din di Bangi pada Selasa lalu (5 Februari 2013) tanpa menjelaskan butiran yang dibincangkan. Pertemuan itu kemudiannya mendapat perhatian umum apabila beberapa orang penulis blog memberikan interpretasi keresahan Anwar yang tidak lagi diterima oleh PAS sebagai calon Perdana Menteri. Hal ini sebenarnya sudah disuarakan oleh akar umbi PAS ketika bermuktamar di Kota Bahru pertengahan November lalu sehingga memeningkan Haji Hadi sendiri.

Sebagai Presiden, yang juga pemimpin yang begitu kuat mempertahankan kehendak Anwar sehingga sanggup menutupi pintu kerjasama dengan UMNO dan BN terpaksa meredakan sahabat-sahabatnya dengan berkata: soal siapa Perdana Menteri tidak penting. Yang lebih penting ialah pakatan pembangkang menang PRU-13 terlebih dahulu, baru bincang siapa Perdana Menteri. Bagaimanapun kepalang ajar PAS sejak bersama pakatan pembangkang ialah memaksakan dirinya bertransformasi ke arah perjuangan politik sekular dan liberal, termasuk menukarkan slogan “negara Islam” kepada “negara berkebajikan.”

Bila persoalan itu dibangkitkan, dengan celarunya pemimpin PAS menepis bahawa konsep negara berkebajikan PAS adalah sama dengan apa yang disarankan oleh Islam sedangkan ketika berusaha menjadi lebih Islam, PAS tidak mampu menyediakan kebajikan kepada para pengundinya.

Sejak tahun 2008, PAS menjadi semakin terdesak untuk melakukan transformasi ekonomi dengan memberikan lebih besar tanah kepada syarikat asing, yakni bukan rakyat Kelantan dalam projek Ladang Rakyat di gugusan Paloh, penerokaan tanah tinggi lojing oleh syarikat daripada Singapura untuk tanaman sayur-sayuran, lebih 4,000 hektar projek penanaman semula hutan kepada sebuah syarikat kepunyaan pemimpin DAP Perak dan menyambung semula kontrak pembangunan Lembah Sireh yang gagal memberikan hasil kepada kerajaan negeri sehingga tahun 2020.

Kaedah pemberian sijil pemilikan LAdang Rakyat dipertikaikan sebagai usaha menggadai tanah peneroka Felda sedangkan sebelum ini PAS turut mengkritik usaha Felda Global Venture Holding menyenaraikan di Bursa Saham bagi membolehkan FELDA berkembang di persada antarabangsa sebagai “menggadai tanah rakyat”, maknanya, cara PAS menipu adalah lebih bahaya dan dahsyat. FGVH tidak memaksakan peneroka menyerahkan tanah mereka, tetapi memberi pilihan untuk menerima penyenaraiannya.

Dengan menerima tawaran tersebut, peneroka mempunyai saham dalam FGVH tetapi tidak akan kehilangan tanahnya meskipun ada kesulitan berlaku, kerana yang diniagakan ialah pelaburan dan bukannya tanah peneroka. Ia amat berbeza dengan Projek Ladang Rakyat kerana peneroka dipaksa menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan oleh pihak tertentu manakala peneroka dijanjikan tanah yang lain sebagai ganti dan gaji sejumlah RM 750 sebulan sebagai pekerja. PAS sebenarnya telah gagal dalam membangunkan Ladang Rakyat dan kerana itulah ramai para peneroka yang tertipu bangkit mempersoalkan projek tersebut.

Masyarakat orang Asli di Hulu Kelantan kini tampil memberikan tentangan kepada kerajaan negeri Kelantan kerana penerokaan hutan tanpa kawalan menyebabkan kehidupan mereka semakin terancam, di mana punca air kian keruh dan beracun. PAS tidak mempedulikan hal itu kerana ia tidak mengakibatkan keselesaan pemimpinnya tergugat, kerana pemimpin PAS memang bijak mengatakan bahawa itu adalah pengorbanan dan jihad yang wajib dilakukan. PAS melakukan perkara itu kerana cara itulah yang boleh menjamin masa depan rakyat.

Anggaplah kesukaran pada hari ini sebagai cubaan dan ujian, tentunya selepas semuanya selesai, ia bukan lagi masalah yang besar. Cara berpolitik yang sama pernah dilakukan oleh pemimpin PAS apabila penanaman tembakau yang menjadi sebahagian punca pendapatan petani di Kelantan setelah tanaman lain tidak menguntungkan, PAS pernah berjanji untuk mempelbagaikan hasil dengan menggalakkan rakyat menanam keledek vitato, sentang, jarak dan pokok depu.

Tidak semua penduduk yang menanam keledek vitato dapat hasil yang lumayan kerana kerajaan negeri tidak membangunkan indusri hiliran, hanya mengharapkan peranan MARDI. Kini penanaman pokok depu tidak lagi menjadi bahan propaganda PAS kerana proses penanamannya memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan hasil. Tempoh matang pokok depu ialah tujuh tahun, dan sebelum dapat dituai hasilnya, petani memerlukan suntikan yang berharga tujuh ribu ringgit setiap pokok. Bagaimanapun, suntikan itu belum menjamin terhasilnya resin untuk dijual sebagai bahan minyak wangi. Ini bererti, untuk mendapatkan hasil, petani perlukan modal yang teramat besar, termasuk membayar kos menyuntik hormon. Begitu juga dengan penanaman pokok jarak untuk kegunaan industri penerbangan.

Bahkan kerajaan negeri Terengganu lebih menarik, kerana pembangunan industry pertanian disusuli dengan pembinaan kilang pemerosesannya untuk dijadikan hasil separa atau produk siap. Kerajaan Terengganu membangunkan rantaian yang lengkap dan bukannya, sekerat jalan sebagaimana kerajaan PAS Kelantan yang hanya selesaikan masalah untuk menyedapkan hati rakyat.

Sejak mula berguru dengan Anwar Ibrahim PAS juga dikatakan mula melemahkan kekentalannya mengenai hukum bertahaluf siyasi yang dianggap sebagai kerjasama pak turut terhadap kehendak DAP dan PKR. Ini dapat dilihat bagaimana PAS cuba nak selamatkan DAP atas isu Kalimah Allah sehingga merobekkan kepercayaan penyokongnya apabila membuat keputusan lebih awal daripada pendirian muafakat dalam Majlis Syura Ulama.

Percanggahan itu menggambarkan betapa ghairahnya PAS nak selamatkan Lim Guan Eng yang masih diam membisu berhubung cadangannya yang menyebabkan polemik menghina Islam. Kini, dalam parti terdapat arus yang kuat mahukan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri manakala PAS tetap mahu menjaga hati Anwar yang disokong oleh DAP. DAP sebenarnya berusaha membunuh PAS, manakala PKT pula berusaha membunuh UMNO.

Kalau DAP perlukan PKR untuk membunuh UMNO dan PAS, maka tidak ada sebab untuk PAS mempertahankan pemuafakatannya dalam pakatan pembangkang. Kini semakin jelas, PAS tidak mampu mempertahankan perjuangannya kerana setiap kali bersuara lantang, DAP akan menyanggah dengan pelbagai rasional manakala PKR berusaha menjadi orang tengah sekadar “tunggu dan lihat.”

PAS juga mengambil sikap yang sama apabila UMNO dan PKR berperang atas isu nasional, menyebabkan pemimpin parti tidak berani memohon agar Anwar menyatakan pendiriannya dengan jelas. Ini dapat dilihat daripada kewajaran PAS memberikan alasan bahawa tidak mengiktiraf Israel tetapi tidak mendesak Anwar memberikan penjelasan “mempertahankan keselamatan Israel” dan juga isu-isu pluralisme agama. PAS bukanlah tonggak utama dalam pakatan pembangkang.

Kedudukannya hanyalah sekadar askar yang akan dikerahkan untuk berperang dengan UMNO manakala DAP sediakan peluru. Kini, PAS terdesak untuk menagih simpati DAP dalam banyak perkara, kerana PAS sebenarnya takut kalah kerana para pengundi yang pernah memberikan sokongan mula resah, mereka mahukan hasil dan bukannya “janji manis”. Kebenarannya makin jelas, PAS hilang keberanian dan kesungguhannya.

PAS seolah-olah sedang menongkah arus kebencian penyokongnya sendiri. Tentunya, ramai pemimpin PAS akan lemas dalam cabaran itu dan PRU-13 bakal menentukan nasib malang kerana mempermainkan agama untuk kepentingan politik. Ramai yang boleh bersetuju dengan pendapat Prof Dr. Mohamed Mustafa, bahawa : Mereka yang memilih untuk mewujudkan kerjasama dengan PKR dan DAP tetapi akhirnya hanya sekadar menjadi pak turut sahaja. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli-ahli Pas dan inilah yang membimbangkan kepimpinan parti itu.

Dan kerana itu, kata Prof Dr Mohamed lagi, ”Kepimpinan Pas bimbang, jika ahli-ahli Pas terus marah dengan situasi yang berlaku, mereka tidak akan bekerja dalam pilihan raya, keadaan ini boleh membahayakan pakatan pembangkang…Persoalannya, mahukah jentera pilihan raya Pas bekerja bermati-matian sedangkan yang akan untung akhirnya PKR dan DAP.”

Semalan, lima buah NGO di Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak menyokong PAS selagi parti itu masih mempertahankan pakatan pembangkang. Antara NGO yang berbuat demikian ialah Minda Pondok. Manakala di Kedah, PAS semakin bermasalah. Maknanya, PAS belum tentu dapat mengekalkan kedudukannya sebagai kerajaan di Kedah dan Kelantan walaupun Nik Aziz dan Azizan terus optimis. Nik Aziz dan Azizan sebenarnya semakin kehilangan pengaruh dan sokongan.

Bahkan, Nik Aziz semakin dibenci oleh para penyokongnya sendiri kerana berdegil dengan pendapatnya sendiri walaupun tidak semua pendiriannya adalah sesuai dengan kehendak Islam. Sifat autokrasi Mursyidul Am PAS sudah sampai ke peringkat yang tidak boleh diterima oleh pengundi, maka bersedialah untuk beliau menerima kekalahannya dalam PRU-13.

Tatkala itu, janganlah membuat tuduhan kekalahannya adalah kerana tektik kotor, kerana sudah terlalu lama beliau mencalitkan kekotoran terhadap imej PAS dan Islam.

Mustakim Muhammad

PKR & DAP Bertelagah Rebut Kerusi Parlimen Gelang Patah


DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terus bertelagah tentang parti mana yang lebih layak meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

PKR Johor yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, berkeras mahukan calonnya terus bertanding di kerusi Parlimen itu, tetapi pendirian mereka dibantah oleh DAP.

DAP mahukan di bawah sistem giliran, parti itu diberikan peluang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, selepas giliran itu diberikan pada PKR pada dua edisi pilihan raya umum sebelum ini.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, keputusan akhir tentang parti mana yang berhak bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditentukan pucuk pimpinan pakatan pembangkang.

Ditanya tentang kenyataan pemimpin tertinggi DAP bahawa anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong akan diletakkan sebagai calon Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, Dr Boo yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai enggan mengulas mengenainya. Bagaimanapun komennya menerusi laman Twitter baru-baru ini mengatakan Liewsebagai anggota pembuat dasar yang muda dan bertenaga perlu diberikan peluang untuk bertanding di Gelang Patah.

Pencalonan Liew sebagai calon DAP di Gelang Patah diumumkan Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai baru-baru ini.

Dr Boo berkata kerusi Parlimen Gelang Patah itu secara tradisinya adalah milik DAP, tetapi dilepaskan kepada Parti Rakyat Malaysia sebelum ia bergabung dengan PKR di bawah sistem penggiliran.

"Kita hanya melepaskan kerusi (Gelang Patah) itu pada 1995 kerana menghormati bekas Ketua Parti Rakyat Malaysia Johor dan bekas ketua PKR Johor (allahyarham) Abdul Razak Ahmad," katanya kepada Bernama Khamis.

Kerusi Parlimen Gelang Patah itu dikembalikan semula pada DAP pada pilihanraya umum 1999, bagaimanapun di bawah sistem penggiliran, PKR diberikan kepercayaan untuk menandinginya pada pilihan raya umum 2004 dan 2008. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Tan Ah Heng mengalahkan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa dengan kelebihan 8,851 undi.

Parlimen Gelang Patah mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri, Skudai dan Nusajaya.

Sementara itu Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mengambil sikap berdiam diri ketika dihubungi tentang keputusan DAP untuk meletakkan Liew sebagai calon di Gelang Patah.

"Biarkan mereka (DAP). Mereka boleh bercakap apa sahaja, inikan negarademokrasi.

"Perkara itu (isu kerusi Parlimen Gelang Patah) akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan rakyat," katanya.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR negeri juga enggan memberi reaksi balas terhadap pengumuman DAP tentang pencalonan Liew itu.

Setakat ini katanya, pucuk pimpinan pakatan pembangkang masih belum membuat keputusan tentang parti mana yang berhak meletakkan calonnya di Parlimen Gelang Patah.


-Bernama

Thursday, February 14, 2013

DAP Intai Rahsia Pertemuan Sulit Anwar-Haron Din


Pertemuan sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mencetuskan pelbagai tanda tanya.Haron sudah mengesahkan pertemuan itu tetapi menolak cakap-cakap bahawa Ketua Umum PKR itu berjumpa beliau ada kaitan desas desus kononnya majlis syura ulama menolak Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah selepas PRU 13.

Apa sebenar dibincangkan Haron dan Anwar hanya diketahui mereka dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengakui turut serta dalam pertemuan itu.

Justeru itu, pertemuan sulit itu sudah jadi buah mulut bukan sahaja dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS tetapi pemimpin DAP kerana merasakan ‘ada sesuatu’ mahu disembunyikan Anwar berhubung
perjumpaannya dengan Haron pada awal bulan ini.

Tambahan pula ada media melaporkan majlis syura bukan sahaja menolak Anwar dilantik sebaga perdana menteri tetapi berkemungkinan seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Untuk rekod, sebelum ini ura-ura sama pernah jadi bualan dalam pakatan pembangkang malah antara nama berkemungkinan dilantik sebagai Perdana Menteri adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ku Li dilihat pembangkang sebagai tokoh yang layak dilantik jadi PM selain Anwar memandangkan ahli parlimen Gua Musang itu dikatakan tidak ada masalah dengan pemimpin pembangkang dan sesetengah pemimpin UMNO.

Itu cerita hampir dua tahun lalu dan sejauh mana kebenaran dakwaan majlis syura membincangkan menolak Anwar dan mencadangkan nama lain, masih belum terjawab kerana tidak ada mana-mana ahli majlis syura mengesahkannya.

Apapun ada juga lojiknya Anwar dikatakan berjumpa Haron untuk ‘meminta nyawa’ jika desas desus mengenai majlis syura itu benar.

Anwar mungkin boleh berjumpa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘meminta nyawa’ untuk terus jadi PM tetapi Menteri Besar Kelantan itu sudah belajar kesilapannya daripada isu kalimah Allah.

Nik Aziz yang sebelum ini menyokong kalimah Allah boleh digunakan agama lain akhirnya terpaksa tunduk dengan keputusan majlis syura ulama bahawa kalimah itu hanya untuk agama Islam sahaja.

Sebab itu Anwar terpaksa berjumpa Haron untuk menjelaskan pendirian pakatan rakyat sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain tetapi mendapat tentangan majlis syura ulama.

Namun, pertemuan yang membelakangkan DAP sebagai sekutu dalam pakatan tentu menyebabkan timbul rasa curiga pemimpin-pemimpin DAP.

Sebab itu, Pengerusi DAP Karpal Singh pada Selasa mengulangi pendirian partinya mahu Anwar sebagai PM jika pakatan rakyat memerintah negara kelak.

Beliau sengaja membuat perakuan itu untuk mendapat reaksi balas daripada pemimpin PAS sama ada menyokong pendirian DAP dan pakatan rakyat sebelum ini yang tetap mahu memilih Anwar sebagai PM.

Malah, Karpal menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

Sebelum ini pun, sudah timbul keraguan dalam DAP dan PKR apabila ada pemimpin PAS pada Muktamar parti tahun lalu mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dipilih sebagai PM.

Walaupun Hadi menegaskan sanggup jadi nelayan bukannya PM tetapi sesetengah pemimpin PAS yang tidak tergolong dalam kelompok Anwarinas mahu Hadi jadi PM memandangkan Anwar berdepan banyak isu moral.

Persoalan ini terutama topik pertemuan Anwar dan Haron akan terus cetus macam-macam spekulasi selagi Haron atau PAS tidak berterus terang kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu.

DAP tentu tidak senang dengan dengan pertemuan sulit Anwar dan Haron.

Manakala bagi pemimpin, ahli-ahli serta penyokong PAS, mereka tentunya tidak berharap jawapan daripada Anwar kerana mereka tahu Anwar akan cerita atau janji lain dengan DAP dan ‘cerita lain’ juga
bila berjumpa PAS.

Mungkin juga yang tersepit dalam hal ini adalah Haron kerana pertemuan sulit itu mengejutkan banyak pihak dalam PAS yang selama ini tahu Haron tidak begitu mesra dengan Anwar.

Justeru itu Haron kena beringat kerana jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Tidak mustahil selepas Nasharuddin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulamak, selepas ini giliran beliau pula.

Jika tidakpun, Haron mungkin akan dikorban dalam PRU 13 apabila PAS menamakannya sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Arau, Perlis.

Sekiranya Haron tewas dalam cubaan kali ketiga sebagai calon PRU – bermakna kredibiliti serta pengaruh Haron dalam PAS sudah tiada lagi dan sekaligus menunjukkan jalan keluar beliau daripada jemaah PAS.

-Agendadaily

Wednesday, February 13, 2013

Soksek-Soksek Akhbar Berbahasa Cina : Guan Eng Mahu PAS Keluar Pakatan Haram


Akhbar China Press bertarikh 2 Februari 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Wee Pui Ai berkenaan tindakan Lim Guan Eng yang akan menyebabkan Pas keluar pakatan pembangkang.

Jika dilihat isu kalimah Allah, sebenarnya ia masih berlegar-legar di arena politik negara ini, yang memberi tekanan tiket-tiket undi kepada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Selain itu, segala yang melibatkan Islam dan isu agama termasuk hukum Hudud dan negara Teokrasi, semuanya merupakan cabaran besar kepada kedua-dua pihak kerana sudut pandangan dan pilihan yang berbeza.

Selepas tercetusnya isu kalimah “Allah" dua tahun lepas, sering timbul isu berkaitan kalimah itu. Oleh kerana kerajaan memang amat memerlukan kedua-dua kumpulan beragama Islam dan Kristian, oleh itu kerajaan menunjukkan sikap liberal dan menyerahkannya kepada pengadilan undang-undang.

Sebaliknya, isu sama berlaku pada Pas serta pakatan pembangkang kini begitu agresif. Kekecohan kali ini sebenarnya boleh diatasi kerana yang membawa isu ini adalah orang politik dan bukannya pemimpin agama.



Guan Eng secara aktif mencabar isu kalimah “Allah" sedangkan Pas dan pakatan pembangkang sebenarnya tidak perlu menimbulkan sebarang masalah.

Pihak luar pula mencurigai niat Guan Eng mahu mengalihkan pandangan isu tanah yang dianugerahkan oleh Pas di Kelantan.

Sebenarnya kita juga boleh membuat andaian lain, mungkin Guan Eng mahu mencari peluang untuk mengeluarkan Pas daripada pakatan pembangkang!

Jika Pas keluar pakatan, mungkin pembangkang dapat menggunakan sepenuhnya kekuatan habis-habisan terhadap BN melalui isu "Negara Islam".

Guan Eng akan terus mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang, sebaliknya kerajaan Pas di Kelantan akan terima akibatnya. Pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti dalam kedudukan yang selamat selepas bencana itu.

Ketiga-tiga parti dalam pakatan masing-masing tahu mengira nasib mereka. Selepas isu kalimah "Allah" timbul, percanggahan antara mereka yang selama ini disorokkan semakin terdedah.

Diantara PSY-Gangnam RM2 Juta... Dengan Konsert Arak DAP RM3 Juta... Mana Lagi Hebat?


Kalau DAP buat semuanya OK! Semua tutup mulut...

Angguk-angguk geleng-geleng
Tunduk-tunduk ikut tunjuk
Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar sabar sabar sabar!

Tak apa tak kisah tak rugi
Tak mati tak ambil peduli
Berserah dan pasrah
Biar dada didabik adat pasang turun naik


Didera dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba jadi kuli
Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat
Kita nanti kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh
Diam akur kita mesti patuh

Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka
Biar

Jangan melawan jangan membantah
Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka
Kecut takut kalut kolot terkunci mulut
Terkatup tertutup
Kalah sabung menang sorak
Senduk nasi tinggal kerak

Pok Nik tak komen pulak bab 'her' aurat yang buat persembahan 
di konsert Arak DAP... Hipokrit

konsert arak di Penang

emmm dah la.. malas nak layan Pok Nik...

Bezakan gambar persembahan PSY dengan konsert arak di Penang...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit ‘Gangnam Style’.

Puak Pakatan Haram dok spin RM2 Juta untuk persembahan PSY... yang DAP punya konsert RM3 Juta melibatkan duit rakyat... apa cite beb? cer cita... cer cita...

Laporan sinar Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November....





Konsert ada kelulusan MPPP
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 November 2012

GEOREGTOWN - Konsert yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat di Batu Feringghi di sini, semalam, sudah mendapat lesen sementara daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai MPPP kepadanya.

Menurutnya, lesen sementara itu membenarkan pihak penganjur mengadakan konsert di tempat awam sehingga jam 3 pagi.

“Ini bukan anjuran MPPP sebaliknya ia satu program bersama Kerajaan Negeri, sementara syarikat arak itu adalah penaja mereka.

“Saya juga difahamkan seorang Exco terlibat turut menyertai konsert ini kerana sebahagian daripada aktiviti pelancongan, kalau boleh anda (wartawan) boleh minta komen daripada dia (Exco),” katanya.

Terdahulu Sinar Harian semalam melaporkan heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat setempat dan juga kakitangan hotel berhampiran mengenai sebuah konsert arak yang bernilai RM3 juta di Batu Feringghi.

Konsert berkenaan sebelum ini sudah digembar-gemburkan melalui laman sosial Facebook syarikat arak berkenaan dengan mengadakan pertandingan ‘Teka di mana konsert akan diadakan’.

Malah secara terbuka di dalam laman sosial itu penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran iaitu dengan promosi ‘What do you think of a massive party on the beach?’.

Menurut sumber, konsert itu diperkatakan beberapa kakitangan hotel berdekatan dan menjadi bualan hangat sejak minggu lalu.

Konsert itu bukan anjuran mana-mana hotel kerana ia tidak terletak dalam premis hotel, sebaliknya pentas utama konsert didirikan di pantai awam secara terbuka.

Bukan sahaja penduduk, malah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringghi juga memberitahu langsung tidak tahu mengenai konsert berkenaan.

Malah ada antara ahli kariah masjid yang sudah membuat aduan, sementara NGO Pantai turut melahirkan rasa kecewa gara-gara konsert bermotifkan arak itu diadakan di tempat pantai awam.

Difahamkan juga, konsert yang dikatakan tertutup tetapi dibuat di tempat awam itu turut mengundang artis Korea popular.

Kesahihan berkenaan diperoleh apabila artis berkenaan turut membuat persembahan raptai pada petang, semalam.

Penduduk di situ juga melahirkan rasa tidak puas hati kerana bunyi muzik dari konsert boleh didengari sehingga dua kilometer jauhnya sehingga melepasi kawasan Masjid Batu Feringghi.

dah baca lu pikiiiiiirr la sendiri.....

Lagu ini ditujukan khas buat puak Angguk Angguk Geleng Geleng http://youtu.be/dKyHsyKTJuc

Tunjuk Isyarat Lucah Terhadap Raja Permaisuri Agong Perlu Dipandang Serius

Peristiwa Raja Permaisuri Agong ditunjuk isyarat lucah di Pulau Pinang dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak diejek juga di Pulau Pinang tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja.

Bagi saya ini menggambarkan sudah wujud simptom atau tanda-tanda bahawa Malaysia sedang berdepan dengan satu lagi gejala destruktif baru dalam rangka pembangunan nasional atau “nation building” kita.

Gejala ini mungkin sudah diperam sekian lama hanya menunggu saat-saat yang paling sesuai untuk dizahirkan. Kunjungan Dato Seri Najib sempena sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya menjadi hari muhibbah rasanya amat tidak bertepatan dengan resepsi yang beliau dan keluarga terima.


Saya tidak pernah mendengar atau terbaca dalam mana-mana negara tidak kira apa amalan pemerintahan sama ada komunis, sosialis, junta tentera apatah lagi demokratik seperti di Malaysia dalamana rakyat memilih menunjukkan sentimen politik dalam acara seperti di Pulau Pinang itu dengan mengenepikan langsung nilai-nilai adat budaya serta kesantunan masyarakat Timur.

Kelihatan dalam kes yang berlaku di Pulau Mutiara tersebut mereka yang terlibat terang-terangan telah memilih satu perlakuan yang begitu hina, biadap, hilang kesopanan serta jauh sekali daripada tatarukun akhlak yang dipusakai turun temurun oleh kita semua tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Saya yakin mereka yang terlibat itu pun sama seperti kita juga telah mengalami proses akulturasi dan sosialisasi yang sama.

Insiden ini berlaku di Pulau Pinang. Negeri ditadbir oleh DAP rakan sejawat PAS dan PKR. Saya tidak berhasrat untuk mengheret politik dalam isu ini. Saya lebih terpanggil untuk menilainya dari sudut sosio-budaya.

Pertama, pada hemat saya apa yang telah berlaku tidak diserlah secara sepontan. Besar kemungkinan insiden tersebut adalah hasil daripada satu bentuk perancangan yang dizahirkan secara berorkestrasi.

Kedua, bila disebut ada unsur orkestrasi sudah barang tentu pula ada arahan dan pengarahan. Perlu diketahui siapa peneraju dan bagaimana penerajuan itu dibuat? Ketiga, apakah insiden ini akan tinggal dan lenyap disitu sahaja atau ianya boleh di anggap sebagai persiapan rapi kepada satu “acara” yang lebih besar berkait dengan PRU13?

Keempat, tidakkah insiden jijik ini menggambarkan bahawa bagi setengah-setengah pihak, apa pun usaha yang diambil untuk membentuk negara bangsa bersendikan kerukunan dan ketatasusilaan seperti program PLKN tidak lebih daripada menyiram air di daun keladi?

Kelima, kita difahamkan bahawa pencetusan 13 Mei 1969 mempunyai iras-iras persamaan dengan kedua-dua insiden di Pulau Pinang itu.

Tidak hairanlah diakhir-akhir ini ada pihak-pihak yang berminat menonjolkan berbagai senario ngeri yang mungkin akan tercetus berikutan dengan ke arah mana keputusan PRU 13 akan memihak dan sebagainya.

Keenam, insiden itu berlaku di Pulau Pinang negeri yang ditadbir oleh DAP. Bagi saya seandainya jalur penaklukan DAP meluas ke negeri-negeri lain seperti yang mereka sasarkan, dikatakan bahawa angka keberangkalian yang agak besar menunjukkan bahawa insiden-insiden di Pulau Pinang itu dalam nisbah yang lebih besar mungkin menyeluruh boleh menjadi kenyataan. Bukan sahaja setakat menjadi kenyataan bahkan lebih berat daripada itu sesuatu yang sukar digambarkan kemungkinan akan terjadi.

Ketujuh, gambaran-gambaran yang terbentang dihadapan samada dalam bentuk “overt” atau “covert” dan disokong pula oleh dua insiden di Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa keamanan dan kesejahteraan Malaysia sedang diperjudikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya kelapan, insiden biadap dan kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agong itu merupakan satu bentuk manifestasi untuk merendah dan menghina Institusi Raja dalam negara kita. Insiden yang seumpanya bukan lagi perkara baru.

Sudah berlaku beberapa peristiwa yang kebetulannya datang daripada kelompok parti politik yang sama yang berterusan menzahirkan sikap tidak menghormati dan memandang rendah kepada Institusi tersebut. Ini menguatkan lagi teori bahawa sekiranya kelompok tersebut berjaya ke Putrajaya nescaya sistem Raja Berlembagaan negara kita akan terancam.

Terserahlah kepada pihak berkuasa untuk menilai dan mengambil tindakan sewajarnya. Saya yakin kepada kemampuan, keupayaan dan kebolehan mereka. Bagi saya pihak berkuasa tidak perlu menunggu deretan laporan polis dibuat. Setakat maklumat zahir yang ada barangkali sudah memadai untuk pihak berkuasa mengambil satu tindakan drastik dan decisive terhadap perkara ini.

Menyerahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa pun ada keterbatasannya yang tersendiri. Rakyat semua khasnya masyarakat IsLam/Melayulah yang lebih afdal menggunakan kuasa penentu mereka selain daripada berusaha dan bertawakkal untuk melihat agama dan bangsa tidak diinjak-injak oleh mereka yang dilihat sudah hilang kewarasan dan pertimbangan.

Moga Allah SWT sepanjang masa melindungi kita semua.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013

Berita Terdahlu: Maklumat Penuh Penyokong DAP Hina DYMM Permaisuri Agong Dengan Isyarat Lucah