Tuesday, February 19, 2013

Hannah Yeoh Langgar Titah Sultan Dengan Berpolitik Di Masjid Dan Surau


Tuanku Sultan Selangor telah bertitah agar tidak menjadikan rumah ibadah sebagai gelanggang politik. Dan bersiap sedialah sekelian ummah, sesungguhnya Tuanku Sultan sedia mendengar sebarang laporan dengan mengemukakan bukti bahawa titahnya diingkari. Sudah berkali-kali Mais dan Jais terpaksa memberi amaran agar tidak berpolitik di masjid tetapi wakil-wakil DAP masih tak endah.


Namun Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dengan selamba sahaja meneruskan lagi kempen Occupy Masjid yang dipeloporinya. Llimau telah diedar di masjid, dan angpow CNY yang dicetak dengan ayat Bible oleh Adun DAP Hannah Yeo. Baru-baru ini juga Adun DAP Teratai Jenice Lee masuk edar buah limau Mandarindalam masjid.


Di bawah ialah gambar Hannah dalam surau An-Nur Shahiroh, sebulan setengah lepas pada 30 Dis 2012. Hannah Yeoh dengan sebuah beg sekolah seraya mengeksploitasi kanak-kanak Melayu untuk koleksi photo op dirinya bertudung.


Gimmik murahan Adun DAP berpakaian muslimah “KONONNYA” sedangkan jiwa raga mereka penuh dengan strategi untuk mencari jalan terbaik menusuk jarum murtad dikalangan umat Islam. Sebelum ini juga, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching ditegur timbalan setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin kerana tidak menghormati adab dengan memakai kebaya pendek sendat ‘pramugari SIA’nya. “Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati Sultan Selangor.”

Gerakan puak evangelis bukan sekadar mahu “take Subang for Jesus” dan “take KL city for Jesus” malah berhasrat mengambil Selangor bagi Yesu juga.


Ayat Bible telah dicetak pada sampul angpow yang diedarkan oleh Hannah Yeoh kepada orangramai. Ianya dikira sebagai satu kaedah mengembangkan agama Kristian melalui dana kerajaan negeri Selangor. Maka umat Islam wajib bertindak. Adun evangelis DAP telah berdakwah secara halus di khalayak orangramai yang menganut agama Buddha tanpa sekatan, tidakkah mereka akan seterusnya mengambil kesempatan membuat kerja yang sama di kalangan orang Melayu?

Peristiwa hitam DUMC masih menjadi mimpi ngeri kepada umat Islam di Selangor. Pastikan anda tidak mengundi pakatan haram supaya peristiwa operasi murtad ini tidak terus berleluasa dan dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya oleh pakatan haram.


-SelangorDaily.com

4 comments:

AWAS said...

Kan dh kata- maruah org Islam hanya 'SEBIJIK LIMAU'

Anonymous said...

Kat Sabah tu lagi belambak2 paderi, tp ramai pulak kadazan dusun yg masuk Islam. Tak ke pelik. Kerana Hanah Yeo sorang habis anak beranak kita masuk Kristian. Cari isu lain la kalau nak bagi org melayu jd takut. Org UMNO mgkin takut la kot, sbb Islam baka.

Anonymous said...

Tak perlu berasa pelik rmai org dari etnik kadazan dusun memeluk Islam tp itu tanda kekuasaan Allah dan kita patut bersyukur serta gembira dgn bertambah ramai saudara baru masuk Islam.kita patut tahu bila org bkn Islam sepatutnya perlu patuh dgn adab menutup bila memasuki surau@masjid.sedangkan TGNA pernah memberi amaran mengenai adab tersebut.sekarang ini dimana suara TGNA mengenai perkara ini?Umno bkn takut tp Umno cuba cegah demi sygkan Agama,Bangsa dan Tanahair..

Anonymous said...

bangunan dah siap,atap pun dah siap,tak benar orang masuk,mcamna tu,kan ke bahalul namanya!!!!!!