AIDCNews – Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Mei hingga ke hari ini, Ketua Umum PKR itu dilihat berusaha mengelakkan dirinya daripada tampil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.
Sudah dua kali mahkamah telah menetapkan tarikh untuk Anwar membela diri namun kedua-duanya dirombak oleh pihak Anwar dengan permohonan-permohonan baru supaya akan wujud bicara dalam bicara sehingga berjaya mengelakkan Anwar tampil beri keterangan bela diri.
Kali pertama, mahkamah tetapkan pada 6 Jun hingga 30 Jun, namun empat hari menjelang tarikh membela diri, pada 2 Jun, Anwar membuat permohonan baru untuk menggugurkan hakim.
Klik di sini
Pada 6 Jun, hakim membuat keputusan tidak akan mengundurkan diri kerana tiada merit dan ini merupakan percubaan ketiga Anwar mahu menggugurkan hakim.
Bagaimanapun, Hakim Mohd Zabidin membenarkan permohonan barisan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut selama 37 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah menetapkan pada 13 Julai untuk prosiding bermula semula.
Klik
di sini dan
di sini
Pada 6 Julai, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar terhadap keengganan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah membuat keputusan tersebut setelah menimbangkan hujah-hujah pihak peguam bela dan pendakwa raya.
“Kami berpendapat tidak ada sebab kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun lalu,” katanya.
Susulan keputusan mahkamah menolak rayuan itu, peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menangguhkan sebutan pada 13 Julai ini.
Bagaimanapun, Hasan tidak membenarkan permohonan Karpal tersebut. Klik
di sini,
sini dan
di sini
Anwar berjaya menangguhkan diri daripada membela diri dengan permohonan menggugurkan hakim selama 40 hari iaitu dari 2 Jun hingga 13 Julai.
Pada 13 Julai, mahkamah sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk Ketua Umum PKR itu membela diri iaitu dari 8 Ogos hingga 26 Ogos.
Namun 14 hari sebelum tarikh Anwar membela diri pada pada 26 Julai dan 1 Ogos Ketua Umum PKR itu membuat dua lagi permohonan baru untuk menemu bual 15 saksi terlebih dahulu, sebelum beliau membela diri. Klik
di sini dan
sini
Nampaknya Anwar kembali mengulangi taktik lama seperti yang pernah dilakukan pada 6 Jun lalu iaitu membuat permohonan baru untuk mengelakkan dirinya memberi keterangan.
Bermakna pada 8 Ogos, sepertimana yang ditetapkan Anwar membela diri terpaksa ditangguhkan kerana mahkamah terpaksa membicarakan kedua-dua permohonan Anwar untuk mendapatkan 15 saksi tersebut.
Persoalannya kenapa Anwar kelihatan keberatan untuk membela diri ?
Kenapa beliau sentiasa mengelak dan sentiasa mencari helah untuk menangguh-nanguhkan kes ?
Sebab yang paling besar adalah Anwar Ibrahim tidak ada alibi untuk mempertahankan dirinya. Klik
di sini dan
sini
Kita tunggu apa langkah Anwar seterusnya…
sumber
AIDC