Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'Tauke Jambu' dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin.
Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Tular di akaun TikTok milik pelakon dan usahawan jelita, Rita Rudaini, di mana ibu kepada dua cahaya mata ini menitiskan air mata ketika menghantar anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin ke sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) semalam.
Melihat di video yang dimuatnaik di akaun TikTok Rita, pelakon jelita ini meluahkan rasa bercampur-baur ketika menghantar putera sulungnya di MRSM.
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.
Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.
Bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, yang kini aktif mengacara dan berlakon adalah anak tunggal bekas penyampai radio Halim Othman, 56.
Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya.
Seorang gelandangan warga emas, 80, hari ini dibantu pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew yang menempatkannya di sebuah Pusat Penjagaan Wang Hing.
Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan mula mengetahui kisah warga emas itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial apabila memaparkan situasinya tidur di hentian bas Putra Perdana, Puchong.
Bila sebut tentang kereta berprestasi tinggi, jenama-jenama terkenal dari Jepun biasanya antara yang pertama terlintas di hati kita. Selain itu, hobi memiliki jentera-jentera ini juga lebih terarah kepada jejaka-jejaka berbanding gadis-gadis diluar sana. Bukan tidak ada, namun sukar untuk kita menemuinya.
Adik Akid yang tular di media sosial pada Khamis tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah popular, Ebit Lew menghadiahkannya rumah baru.
Keperitan adik Akid sekeluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan lebih menyayat hati Akid mencari duit sendiri untuk sesuap nasi, mendapat perhatian Ebit Lew.
Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memastikan kebanyakan pesakit Covid-19 mengalami gejala ringan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata dalam Fasa Peralihan ke Endemik kini, hampir 98 peratus kes aktif Covid-19 hanya perlu berisolasi di rumah tanpa rujukan ke hospital.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak timbul isu penjualan aplikasi MySejahtera kepada pihak swasta.
Jelasnya, keputusan Jemaah Menteri pada bulan November lalu adalah bertujuan untuk membolehkan pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Apabila saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 30 Ogos 2021 dan meneliti tadbir urus di sebalik pengoperasian aplikasi MySejahtera, saya berpandangan adalah wajar untuk KKM mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan operasi MySejahtera memandangkan fungsi utama MySejahtera serta data yang diperolehi menerusi aplikasi ini merupakan data berkaitan kesihatan.
"Oleh yang demikian, pada 26 November 2021, suatu Memorandum Jemaah Menteri oleh Jabatan Perdana Menteri (Kementerian bertanggungjawab bagi Majlis Keselamatan Negara) telah dibincangkan yang akhirnya dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri agar pemilikan aplikasi MySejahtera dipindahkan daripada MKN kepada KKM yang bertujuan memudahkan pengoperasian sistem, pemantauan dan pengesanan kontak dan memperkasa hebahan tentang kesihatan awam," katanya di Dewan Negara hari ini.