Tuesday, August 16, 2011

Pemuda Pas Dicabar Desak Pakatan Pembangkang Buat Pendirian Gejala Murtad


Pemuda Pas dicabar untuk mendesak kepimpinan pakatan pembangkang membuat pendirian dalam usaha menangani gejala murtad.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai sokongannya untuk menentang gejala murtad rentetan gejala murtad yang semakin parah di negeri Selangor hanya sekadar retorik sekiranya desakan tersebut tidak dilakukan.

Tegas beliau lagi jika Nasrudin serius, ia tidak sepatutnya menjadi hanya kenyataan Dewan Pemuda Pas secara bersendirian, tetapi ia perlu menjadi konsensus, dasar dan tindakan bersama pakatan pembangkang iaitu Pas, PKR dan DAP.

Justeru jelasnya yang pertama Nasruddin terutama Pemuda Pas tidak perlu memutar rekod lama tentang Pas kerana Pas hari ini sudah tidak sama dengan Pas yang dulu.

“Pas hari ini tidak lagi berminat untuk menegakkan Negara Hudud versi Pas. Pemimpin Pas hari ini juga tidak lagi berjuang untuk menutup kilang arak dan kedai arak seperti pemimpin Pas dulu.

“Ada kemungkinan pemimpin Pas sekarang juga tidak berminat untuk memperjuangkan isu murtad seperti yang dilakukan pada tahun 1988 dan 2006″, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kedua tegas beliau jika Nasrudin serius, Dewan Pemuda Pas dicabar untuk mendesak agar pemimpin Pakatan Pembangkang bersama-sama menggubal dan membawa Akta Murtad ke Parlimen dan Enakmen yang berkaitan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Ketiga tambah beliau lagi Nasrudin juga perlu mendesak pakatan pembangkang melaksanakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) Selangor; Enakmen no1/1988 secara serius.

“Keempat, Pemuda Pas juga perlu mendesak kerajaan pakatan pembangkang Selangor untuk menggubal dasar dan hala tuju yang jelas tentang usaha menegakkan syiar Islam, usaha memartabatkannya dan memelihara agama Islam dan aqidah umat Islam kerana ketika ini tidak ada sebarang dasar yang jelas mengenainya di dalam pakatan pembangkang.

“Kelima, Nasrudin mesti menyokong usaha mewartakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) di semua negeri yang masih belum melaksanakannya dan mendesak kerajaan pakatan pembangkang untuk melaksanakannya di Pulau Pinang”, tegas beliau.

Jelas beliau lagi campur tangan politik untuk menghalang penyitaan premis yang disalah gunakan untuk memurtadkan umat Islam secara rasuah menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang Selangor tidak serius untuk menangani gejala murtad yang semakin parah di Selangor.-Pemuda Umno

Tukang Kasut Peserta BERSIH Mahu Jadi Jutawan Segera Tuntut 10 Juta



Inilah matlamat perjuangan BERSIH yang kotor, tak cukup dengan pemimpin yang tercabut kepala lutut mahu menyaman pihak polis kini muncul pula seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.

Sebenarnya pemuda ini keliru tak faham dengan apa yang dia perjuangkan... tengok video dibawah..


Terdahulu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.

Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Baca disini...

Aku syorkkan pada mamat ni lepas ni saman Malaysiakini RM100Juta pula... Malaysiakini hina Peserta Bersih, Highlight Razak Sebagai Tukang "Kasut"... Malu beb!



Wallahi, Wabillahi, Watallahi... Ummi Lafaz Sumpah Tiada Hubungan Seks Dengan Baginda


Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Ahli perniagaan tersebut hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap bekas rakan perniagaannya Azman Abdullah @ Baginda Minda ekoran kegagalan lelaki itu menghadiri prosiding kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya yang difailkan sebelum ini.

Ummi Hafilda yang hadir bersama Penasihat Undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz turut melafazkan sumpah laknat di hadapan para wartawan bahawa beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang didakwa berketurunan dayak itu.

Beliau turut mencabar Baginda Minda supaya tampil ke mahkamah dan jangan cuma berani cakap di Parlimen.

22 Ogos ini tarih keramat Anwar Ibrahim dimana Anwar akan dihantar ke rumah besi, Sungai Buluh... Anwar Ibrahim juga disarankan angkat sumpah bersihkan nama jika tidak bersalah? Rakyat mahukan kebenaran dari Anwar...

Video Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC


Kami akan dedahkan satu persatu usaha pihak tertentu yang cuba Murtadkan Orang Islam di Gereja DUMC...
Kalau Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar!

Info: SCREWKUAT


Di bawah antara beberapa pendedahan yang telah disiarkan melalui blog ini.... fikir-fikirkanlah apa yang berlaku di Gereja DUMC pada malam tersebut.. dan kenapa MB Selangor minta semua media tutup mulut...... ?

Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS

3 Gambar Adik Beradik Di Majlis Murtad DUMC Di Dedahkan

Pendedahan Terbaru: Laporan Jais Siap.. Ada Puak Nik Aziz Di Majlis Gereja DUMC

Lagi Gambar Penganjur Majlis Di Gereja DUMC Di Percayai EJen Murtad Di Dedahkan

SMS MBPJ Operasi Sita Bangunan DUMC!

DUMC Muslim Murtad Diberi Ganjaran RM60,000

Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan

Gejala Murtad Dan 12 Nama Individu Yang Menerima Kitab Bible Versi Melayu Di Gereja DUMC

[artikel disertakan bukti] Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC

Sidang Akhbar 45 NGO Islam Seluruh Selangor Di Bilik Mesyuarat Utama Masjid Negeri Shah Alam

JAIS Serbu Gereja DUMC : Pengakuan Saksi Diberi Bible Versi Melayu

JOM Ramadhan: KJ Jelajah 1 Malaysia Sepanjang Ramadhan

KJ memasang papan tanda baru untuk Madrasahtulus-Salihin Bakar Batu, 
Melaka Program JOM Ramadan 2011

Riuh rendah ramai di muara, orang berdagang berselang seli, Ramadhan Mubarak disambut semua, padatkan amal pada Ilahi...

Di bulan Ramdahan yang mulia ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin menganjurkan program Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan bagi baikpulih masjid, surau secara gotong royong di setiap negeri serta menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan antaranya fakir miskin, anak-anak yatim dan juga warga emas di seluruh Malaysia.



Program ini adalah sebagai salah satu kaedah mengeratkan hubungan silaturahim dan juga merapatkan jurang hubungan diantara pemimpin UMNO dengan masyarakat setempat terutamanya golongan muda.

Setakat ini negeri yang telah di kunjunggi oleh KJ sepanjang bulan ramadhan ini ialah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, dan seterusnya akan ke Negeri Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan KL, Pulau Pinang dan lain-lain negeri lagi...

Naib Ketua Pemuda Malaysia - Dato Razali Ibrahim 
turut melancarkan Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan

Diharap setiap bahagian UMNO mengikuti langkah yang ditunjukkan oleh KJ ini, jika perlu UMNO pusat keluarkan arahan agar setiap bahagian melakukan aktiviti seperti mana Pemuda UMNO pusat lakukan.

Pemimpin berjiwa rakyat
KJ meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama rakyat di kawasannya Parlimen Rembau

Politik Harian/Bro Jinggo

Rumah Terbengkalai: Khalid Ibrahim Tipu Rakyat Selangor




Apabila kerajaan Selangor mengumumkan projek perumahan terbengkalai sebagai 6 fokus utamanya pada 2009, ribuan pembeli rumah malang di seluruh negeri itu menarik nafas lega. Masalah mereka kononnya mendapat harapan baru. Rupa-rupanya kena tipu lagi.

Namun janji hanya tinggal janji, apabila peruntukan RM 5 billion belum menampakkan hasil. Tiang rumah masih tinggal tiang, belukar semakin tebal dan bank masih mengejar pembeli, menjadikan mereka rimas. Sekurang-kurangnya terdapat 50,000 unit rumah terbengkalai membabitkan 141 projek perumahan di Selangor.

Sekaligus 50,000 keluarga yang merana angkara projek perumahan yang tidak siap walaupun bayaran balik pinjaman bank sudah bermula. Lebih terbeban, mereka terpaksa membayar rumah sewa yang sedang didiami.

Pengumuman Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mengenai perancangan kerajaan negeri untuk membaik pulih projek terbengkalai pada awalnya membangkitkan harapan. Namun sejak ia diumumkan pada 2009 lalu, janji hanya tinggal janji. Baca lagi disini...