Thursday, January 12, 2012

Video Tentera AS Kencing Mayat Pejuang Taliban


Empat Marin Amarika Syarikat kencing diatas maya pejuang taliban... memang kurang ajar dan tak bertemadun... Manusia paling biadap di dunia itulah yang patut diberikan kepada tentera Amarika ini...

Selain dari mendapat kecaman dari orang islam ianya turut di kecam oelh vateran perang Amarika Syarikat yang tidak bersetuju dengan tindakan ini.

Tentera Amerika Syarikat sedang menyiasat video dalam internet yang didakwa menunjukkan anggota Marin membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban di Afghanistan, kata seorang jurucakap.


Video ini menunjukkan empat individu yang memakai seragam tentera AS, membuang air kecil ke atas tiga mayat berdarah di atas tanah dan sedar perbuatan mereka sedang dirakam.

Pentagon belum lagi mengesahkan kesahihan video itu tetapi jurucakapnya, John Kirby, memberitahu AFP, "Walau apa pun keadaannya atau siapa di dalam video itu, ia adalah perbuatan hina, jelek dan tidak boleh diterima sesiapa saja dalam tentera. Ia memualkan."

Letupan 901: Shamsul Iskandar Bakal Di Saman

Aku dah cakap Shamsul ni IQ dia lemah sikit, dia menang jawatan Ketua AMK pun sebab Anwar yang tolong.. Kalau tak jangan harap nak menang der.... Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata nah ambik kau kena saman...




"Kami pimpinan Perkasa ketawa besar bila Ketua AMK Shamsul Iskandar (Mohd Akin) bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di pekarangan Mahkamah Jalan Duta."

Demikian respons Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berhubung kenyataan Shamsul semalam yang mencabar pertubuhan pembela hak orang Melayu itu menafikan pembabitan mereka dalam insiden Isnin lalu, yang terjadi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

"Kepada Shamsul, 'terlajak perahu boleh undur, terlajak kata padah akibatnya'. Perkasa sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shamsul. Kami akan kaji kenyataan yang Shamsul buat itu. Tuduhan itu sangat serius," katanya.

Syed Hassan seterusnya berkata, "mudahnya Shamsul Iskandar buat pengandaian begitu."



Dalam satu kenyataan semalam, Shamsul Iskandar mendakwa kemungkinan letupan bom buatan sendiri di pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur didalangi oleh ahli-ahli Perkasa.

"Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?" kata Shamsul Iskandar.

Sehubungan itu, kata beliau, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut.

Katanya, cabaran Shamsul Iskandar supaya Perkasa menafikan sebagai dalang kejadian tersebut, "kami juga gelak besar dibuatnya."

Dengan sinis beliau menjawab cabarlah yang "susah sikit, yang masuk akal."

Katanya, "pada kami, dalam kebodohan Shamsul (Iskandar) mencabar Perkasa menafikan insiden tersebut, ada juga bijak si Shamsul ni."

Jelas Syed Hassan, bijaknya ialah beliau dengan cepat menuduh pihak lain sebelum orang lain tuduh pihaknya.

"Kami kalau nak, boleh juga menuduh mereka sendiri yang letupkan sebab terfikir juga jika Anwar bersalah, nak tunjukkan rakyat terlalu marah biarpun rakan sendiri yang kena," kata beliau lagi.

"Macam Amerika sanggup bunuh rakyatnya sendiri dengan letupkan menara berkembar di New York semata-mata nak tuduh al-Qaeda.

"Tapi, Perkasa bukan jenis macam itu nak mudah tuduh. Tambah lagi Perkasa anjurkan solat hajat pada 8 Januari minta negara pada keesokan harinya 9 Januari terus aman tanpa ada huru-hara," kata beliau sambil menambah, pihaknya bertanggungjawab untuk memastikan negara aman.

"Shamsul janganlah senang-senang nak 'spin' kenyataan (Presiden Perkasa) Datuk Ibrahim (Ali). Presiden kami hanya kata Perkasa sedia membantu pihak polis jika terjadi ketegangan pada 9 Januari. Cukuplah putar belit kenyataan orang, kepada Shamsul dari mencabar Perkasa supaya Perkasa menafikan, baik cabar Anwar Ibrahim serahkan DNAnya secara sukarela atau cabar Anwar lakukan sumpah laknat di masjid seperti mana Saiful lakukan. Aman negara kalau Anwar berani lakukan sumpah laknat," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Video Seks Anwar Apa Cerita?? Ramai Yang Mahu Selesaikan Kes Ini Dengan Segera!...


Betul seperti yang diduga...rupanya ramai sekali yang ternanti-nanti nak tahu apa ceritanya kes video seks yang pernah hangat tidak lama dulu ekoran pendedahan yang dibuat oleh trio Datuk T.

Agendadaily, sepanjang Rabu menerima banyak panggilan dari kalangan pembaca yang menyuarakan pandangan bahawa Ketua Umum PKR itu harus berani membuat perhitungan menyelesaikan secara rasmi isu dakwaan itu di mahkamah.

Kesimpulan sama juga diperolehi menerusi satu tinjauan rambang di kalangan aktivis politik yang merasa isu moral Anwar belum selesai lagi dengan keputusan kes liwat pagi Isnin.

Bagi mereka cakap kosong saja dan menafikan lelaki yang didakwa miripnya dalam video itu menerusi kenyataan dan ceramah tidak akan sampai ke mana.

Reaksi ini ekoran berita utama laman ini : Siapa yang kata BN tertekan ?...Jangan lupa kes video seks 99.9 % tulen 'masih ON' .

"Kalau berani mahkamah adalah tempatnya untuk buat kata pemutus.Kes ini tidak harus dibiarkan berlalu tanpa satu jawapan pasti.

"Anwar sendiri tentu tidak selesa jika isu ini terus menghantui imejnya," kata Azmi Shahrom dari Ipoh.

Apapun dia harian mengapa Anwar tidak menyaman Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau ' sentuh' beliau langsung sepanjang isu itu hangat dulu.

Katanya dia juga tidak sabar menunggu bila kes dakwaan Anwar bagi maklumat palsu dalam laporan polis mengenai isu itu nak naik mahkamah.

"Tak kira apa sekalipun...biar isu itu diselesaikan di mahkamah," kata Azmi.

Seorang lagi, Razak Hamzah dari Shah Alam mempersoalkan catatan Anwar dari Mumbai Selasa yang berkata beliau tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan.

Katanya sepatutnya setakat ini tidak timbul soal maaf memaafkan kerana isu moral Anwar belum selesai.

"Soal fitnah atau tidak masih samar-samar memandangkan pembebasannya dari kes liwat kerana soal teknikal tak cukup bukti,"katanya.

Dia tidak mahu Anwar buat-buat lupa bahawa isu video seks masih belum beres.

"Dia boleh cakap sapa saja tapi isu video itu terus segar dalam ingatan saya dan ramai rakan-rakan saya,"kata Razak.

Katanya apa yang Anwar perlu gentar kerana dari penghakiman kes liwat sudah terbukti mahkamah Malaysia bebas.

"Saya sendiri terkejut dengan penghakiman...ini kerana semua orang ingat dia pasti kena,"ujarnya.

Dia juga berpendapat perbicaraan isu video seks itu segera akan menamatkan dengan cepat episod dakwaan seks dalam politik negara ini.

" Saya ada baca kenyataan-kenyataan banyak pemimpin pembangkang tidak mahu isu seks dijadikan mainan politik.Bagi saya tak kira apa sekalipun jika ada dakwaan timbul ia harus diselesaikan menerusi jalan mahkamah.

"Isu skandal seks ini sama macam jenayah biasa rasuah,penyelewengan dan sebagainya.Mereka tidak boleh kata jangan pedulikan langsung dakwaan itu.Mana boleh...apa kata ia benar-benar berlaku,banyak cantik nak tolak begitu saja,"katanya.

Dia tidak mahu pembangkang bersikap hipokrit dalam soal ini.Katanya jika pembangkang sendiri dapat bukti pendedahan skandal seks melibatkan mana-mana pemimpin kerajaan tentu mereka juga ' riuh sakan'.

"Asyik-asyik kata gutter politics...kalau kena batang hidup pemimpin pembangkang.Saya berani gerenti kalau mereka dapat video skandal mana-mana pemimpin BN mereka akan jaja pusing keliling satu negara,"katanya.

Khairul Nayan dari Nilai juga berkata imej Anwar tidak bersih selagi dakwaan skandal video seks itu belum beres.

"Macam mana dia nak kata semua OK....hello ini hal macam mana?"ujarnya sambil mengakui dirinya sendiri merasa curiga melihat gelagat Anwar dan pemimpin pembangkang yang tidak berani nak minta siasatan terbuka keatas dakwaan itu.

Biasanya kalau ada apa saja libatkan pemiimpin kerajaan merekalah yang terkinja-kinja desak suruhanjaya siasatan dan sebagainya.

Katanya sebaliknya dalam isu video seks ini ada yang bersikap biadap sampai masuk bikin kecoh dalam masjid nak sekat trio Datuk T bersumpah dakwa Anwar lelaki dalam video itu.

"Saya geram sampai hari ini dengan tindak tanduk budak-budak AMK PKR...apa hak mereka nak sekat orang bersumpah.Kalau Anwar berani nak nafi turunlah bersumpah...jangan bikin kecoh dalam masjid,"katanya.

Khairul berkata kini semua orang nak tengok Anwar berani atau tidak bersuara mahu kes video seks yang melibatkan dakwaan beliau buat laporan palsu dibicarakan segera di mahkamah.

"Kalau tanya saya...saya secara peribadi yakin lelaki dalam video itu adalah Anwar....itu pandangan saya...tapi kita tidak mahulah terus berperangsangka begitu berasaskan andaian ...lebih baik mahkamah putuskan ..jadi secara rasmi kita tahu benar ke tidak.

"Bagi saya Anwar sendiri patut guna mahkamah untuk bersihkan dirinya dari dakwaan yang serius itu....itupun kalau dia berani...",katanya

Polis Tawar Ganjaran RM10K Untuk Tangkap Dalang Letupan 901



Ketua Polis Negara hari ini memberi tawaran RM10 ribu sebagai ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dalam insiden letupan bom di Perhimpunan 901 isnin lalu.

Kenyataan tersebut di keluarkan menerusi laman twitter PDRM @PDRMsia


Sementara itu Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, secara umumnya polis merasakan kejadian letupan itu bertujuan menimbulkan huru-hara pada hari berkenaan. Empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Video Khairy's Interview with Al Jazeera @khairykj


Khairy Jamaluddin spoke on Al Jazeera News about the Malaysian court decision that found Dato' Seri Anwar not guilty of his sodomy charges. Video URL: http://youtu.be/qL5OS8LOo9M

Rumah Wardina Dirompak 3 Lelaki Berparang, Suami Dipukul


Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa... berita tersebut diberitahu oleh Wardina melalui laman twitter bahawa kediamannya di rompak oleh 3 orang perompak warga Indonesia awal pagi tadi.

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka. Mereka mengambil kesemua 5 buah laptopnya.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.





Ketika kejadian, Wardina dan anak anak hanya berlindung di balik selimut untuk menyelamatkan diri dari perompak yang membawa parang.

Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Perghh.. nasib baik Wardina tak kena rogol, kalau tak sia-sia jer... Orang Indon ni bukan boleh di percaya sangat, dia orang tak kira isteri orang ke tak, main tibai jer...

Azmin Ali Kata "Kepala Hotak Kau" Kepada Tun Mahathir...


Memang benar lah apa yang di katakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah bahawa Azmin Ali masih belum matang lagi... masih hingusan dalam politik...

Namun begitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mempunyai hajat yang besar iaitu bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri.. Hasratnya itu di luahkan sewaktu kesibukan Pakatan Rakyat mencari penganti Anwar sekiranya Anwar di penjarakan di atas tuduhan meliwat baru-baru ini...

Namun segala harapan Azmin hancur berkecai apabila keputusan mahkamah yang kini mereka anggap adil, membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari tuduhan tersebut...


Belum pun sampai sepenggal jadi wakil rakyat... Azmin Ali dah mula tunjuk hebat dengan menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.

Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.

Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Tindakannya tersebut mendapat kecaman hebat dari Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim... "tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.

"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.

"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.

Adik beradik 2x5.. apa nak kata....


Yang jelas di sini... apa masalah mereka berdua ini... Adakah mereka berdua ini kurang didikan atau kurang mendapat kasih sayang? Inikah orang yang layak menjadi pemimpin rakyat? ah... lupa kan lah orang ini pada PRU akan datang.... Lebam beb...

Dah la biadap, si tanggang ini juga tidak mahu pulang kerumah menjenguk ibunya, walaupun di rayu oleh adiknya untuk balik ke pangkuan keluarga... Kau memang hancur Min... Hancusssss.......

Wajah manusia Jijis....

Francais Mikro Mampu Lahirkan Usahawan 'Gergasi'


Jelajah Francais 1Malaysia akan memberi tumpuan kepada pembangunan francais mikro di negara ini yang mampu melahirkan lebih ramai usahawan berbanding francais yang bertaraf 'gergasi'.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (BEPU), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ini kerana francais mikro tidak memerlukan modal besar yang membolehkan lebih ramai usahawan terutamanya mereka yang baru menceburi bidang perniagaan menyertainya.

Beliau berkata, usahawan itu juga boleh memohon pinjaman antara RM5,000 hingga RM50,000 yang disediakan Perbadanan Nasional Bhd. untuk francais mikro.

Menurutnya, kerajaan menyediakan dana sebanyak RM8 juta khusus untuk francais mikro ini dengan tiada cagaran diperlukan.

"Sehingga kini, jumlah dana itu masih banyak dan usahawan perlu menggunakan peluang ini dengan menyertai francais mikro," katanya selepas majlis perasmian Program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat negeri ini di Dewan Orang Ramai Rantau dekat sini, hari ini.

Program itu anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Muda (Perdasama Muda), BEPU dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Negeri Sembilan adalah lokasi ketujuh jelajah tersebut yang telah diadakan di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka.

Lebih 300 peserta menyertai program itu di negeri ini menjadikan jumlah keseluruhan peserta bagi program berkenaan di semua tujuh negeri tersebut seramai 3,100 orang.

Sohaimi menarik perhatian, pembangunan francais mikro juga akan meluaskan peluang dalam sektor francais termasuk di luar bandar yang selama ini belum begitu terdedah kepada perniagaan francais.

Sementara itu, Khairy berkata, terdapat banyak ruang dan peluang di pelbagai peringkat yang oleh digunakan orang ramai memulakan atau memajukan perniagaan mereka.

"Yang diperlukan hanyalah keazaman dan kesungguhan bagi menjayakan ruang dan peluang tersebut," katanya.

Beliau memberi contoh sektor francais sebagai bidang perniagaan yang mudah diceburi orang ramai termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Katanya, bidang itu tidak memerlukan orang ramai benar-benar mahir dengan selok belok dunia perniagaan kerana hampir segala-galanya dilakukan oleh francaisor.-Utusan

Video Jamil Khir Patahkan Serangan Nik Nazmi


Kebenarannya di sini ialah ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak faham dangan maksud FISABILILLAH... kesian ADUN PKR bodoh-bodoh belaka rupanya....

Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa mengesahkan penggunaan wang zakat bagi tujuan mempertahankan Majlis dari tindakan undang-undang adalah adalah benar dan sah... Selanjutnya baca di sini...

Keputusan Kes Liwat Anwar Bukti Kebebasan Badan Kehakiman Di Malaysia


Pembebasan dan pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya membuktikan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah sebuah badan bebas, kata penganalisis politik Ong Kian Ming yang dipetik oleh Asia News Network.

Ong, yang juga pakar analisis pilihan raya, berkata keputusan itu membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan badan kehakiman.

Katanya keputusan itu juga akan membantu memulihkan kewibawaan Barisan Nasional (BN) dan menaikkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai reformis yang bersikap sederhana.

Asia News Network memetik Ong sebagai berkata kini Najib boleh meneruskan usaha membina momentum sedia ada dengan menunaikan janji beliau untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Parlimen, Mac ini.

Katanya pengumuman tentang pemansuhan undang-undang tidak popular itu yang dibuat September lepas, membawa banyak pujian terhadap Najib.

"Berikutan perkembangan yang ada sekarang, eloklah pilihan raya tidak dilewat-lewatkan lagi," kata Ong.

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, asiancorrespondent.com memetik para penganalisis politik sebagai berkata pembebasan Anwar adalah sesuatu yang "memeranjatkan" dan mereka percaya perkembangan ini akan memberi kemenangan moral yang begitu penting kepada BN dan pakatan pembangkang ketika pilihan raya umum ke-13 negara ini dijangka diadakan tidak lama lagi.

"Pembebasan ini berkemungkinan menaikkan nama baik Najib. Memandangkan Anwar telah dibebaskan, Najib boleh mendakwa bahawa program transformasinya (terutama Program Transformasi Kerajaan) sedang membuahkan hasil," kata Shaun Levine, penganalisis hal ehwal Asia di Eurasia Group, sebuah firma penasihat politik berpejabat di Washington DC.

-Bernama

Wednesday, January 11, 2012

Hassan Ali Di Korbankan Untuk Survival Aktiviti Rumah Urut, Jualan Arak


Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor melihat tindakan memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai usaha menjaga kepentingan Pas bagi survival politik mereka dalam meraih undi kaum bukan Melayu selain terus menumpang kuasa dari DAP dan PKR khususnya di Selangor ini.

Ketuanya, Mahmud Karim berkata, Dr Hassan Ali juga adalah pemimpin Pas yang tegas dalam isu arak, judi dan gejala sosial lain termasuk isu murtad di Selangor, perlu dinyahkan dari Pas bagi memberikan kerjasama yang lebih erat kepada PKR dan DAP.

“Kita tahu sejak kes Dr Hassan Ali menegur Ronie Liu (DAP) berhubung isu penjualan arak dan juga judi di Selangor satu ketika dulu, hubungan di antara Pas dan DAP retak dan ianya bukan sahaja di Selangor malah keretakan itu merebak seluruh negara.

“Apa yang terjadi hari ini, dengan ketiadaan Dr Hassan Ali dalam kepimpinan Pas dan kerajaan negeri, tidak mustahil selepas ini, tiada lagi masalah penjualan arak dan judi secara terbuka, malah kita yakin dengan berlambaknya rumah-rumah urut di Selangor sejak pakatan pembangkang ini memerintah, ia akan bertambah lagi selepas ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambahnya, inilah pengorbanan terbesar yang dibuat oleh Pas dalam cita-cita mereka mendirikan kerajaan berkebajikan di Malaysia, sehingga cita-cita mendirikan sebuah kerajaan Islam dan pelaksanaan hukum hudud Pas hanya tinggal impian dan kenangan sahaja kini.

“Dr Hassan Ali wajar dikorbankan demi menyelamatkan ikatan rumahtangga di antara Pas, DAP dan PKR. Apatah lagi dengan kepimpinan Pas yang baru di anggotai 95 peratus mereka yang liberal dan golongan Anwarinas ini, Dr Hassan Ali memang dilihat sebagai penghalang kepada usahasama Pas, DAP dan PKR.

“Terbukti apa yang di perjuangkan Hassan Ali selama ini dengan membawa kekuatan Pas masuk ke Selangor menjadi sia sia apabila beliau sendiri menjadi korban dalam percaturan kuasa politik DAP dan PKR. Pemecatan keahlian Hassan Ali ini memberikan mesej jelas bahawa Pas bukanlah memperjuangkan rakyat apatah lagi memperjuangkan Islam sebaliknya agenda kuasa politik menjadi keutamaan mereka,” tambahnya lagi.

Wang Zakat: Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Kantoikan Nik Nazmi


Jelas wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah. Penjelasan Mufti Wilayah di atas pada 9 Jan 2012 perlu diterima semua pihak. Ia sudah disediakan sejak 1993. Tidak timbul ia disalahguna.



Kecuali diputarbelit oleh Nik Nazmi dan Pakatan demi memburukkan Menteri yang jaga Agama Islam.

Semua tahu jawapan yang dijawab di Parlimen oleh Datuk Dr Mashitah pada 21 Jun 2011, mungkin tidak tepat kerana disediakan oleh pegawai tertentu yang mungkin tidak memahami bab asnaf zakat sepenuhnya.

Jika mahu dibuat andaian ia disabotaj pihak tertentu yang menyediakan jawapan Panglima fikir mungkin ada kebenarannya. Ramai penyokong Pakatan terutama Pas berada di dalam JAKIM.

Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman.

Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini.

Tolong sebarkan agar orang yang difitnah oleh Pakatan Haram akan terbela berkat tangan berbisa kita di alam maya.

Tolong jangan buat dosa percuma dengan menyebarkan fitnah tidak berasas. -PPC


Keterangan penggunaan kos guaman Datuk Jamil Khir diberi penerangan di perenggan 2,3 dan 4

Perenggan 2

Jawatankuasa Perundingan Syarak 2000 telah meluluskan RM 205,000 sebagai perbelanjaan undang undang di bawah asnaf fiisabilillah

Perenggan 3

Peruntukan diwujudkan berdasarkan Akta pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah Persekutuan 1993) (Akta 55) Bahagian ii Perkara 5(2) yang menyatakan

" Majlis boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadannya " dan dalam melaksanakan tanggungjawabnya Majlid perlu mendapatkan keptusan mahkamah dalam kes tuntutan jenazah muaallaf yang dituntut keluarga bukan Islam.

Oleh itu dalam bahasa pasar Majlis (MAIWP) telah memperuntukkan sejumlah wang yang HALAL dari asnaf fiisabillah untuk membelanjakan bagi kos guaman

Perenggan 4

Tafsiran asnaf fiisabillah diberi tafsiran yang lebih LUAS oleh Imam Fakrul Radzi dan Syeikh Rashid Rida dalam Tafsir Al Manar. Menurut Syeikh Rashid Rida "PENDAPAT YANG BENAR MENGENAI FIISABILLAH IALAH SEGALA YANG MENYENTUH KEPENTINGAN UMAT ISLAM DALAM MENEGAKKAN URUSAN UGAMA DAN PEMERINTAHAN"

Bapa Saiful Mohon Peguam Negara Rayu Keputusan liwat II


Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.

Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

“Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

“Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.

Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

“Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.

“Mengapa ‘double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitua sahaja,” katanya.

Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.

Dianya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

“Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.

“Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan,” katanya.

Isnin lalu Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya pada 2008 atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa.-Mstar

AMK Tuduh PERKASA Dalangi Letupan Bom


Dah mula dah... kalau tak buat fitnah memang bukan Anak Muda Keliru namanya... pertuduhan dibuat secara tembak merata... harap-harap PERKASA di sabitkan dengan kes letupan bom di Mahkamah tempophari... Itulah yang bermain dalam fikiran Ketua AMK Shamsul Iskandar yang mendahului siasatan PDRM....

Tidak mustahil juga letupan bom tersebut di lakukan kerana mahu mencari publisiti murahan untuk menagih simpati rakyat... 

Mengikut laporan polis Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

Oleh itu pihak polis percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan.

Sudah-sudah lah Shamsul.. Sendiri yang buat taik, lepas tu nak tuduh orang lain pula... Inilah taktik murahan Pakatan Pembangkang...

Menurut sumber lain, mereka telah merancang untuk membuat kecoh sekiranya Anwar di dapati bersalah tempohari, namun tanpa diduga, Anwar di bebaskan di atas tuduhan meliwat pembantunya Saiful....

Bayangkan sekiranya semuanya berjalan dengan lancar... Anwar di dapati bersalah kemudian di susuli dengan letupan bom... pastinya ia akan menimbulkan kemarahan rakyat, dan akan berlaku rusuhan (Riot) di sekitar ibu kota.


Berikut adalah kenyataan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) membuat penafian bahawa Perkasa terlibat dengan tiga letupan bom di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.

“Sebelum ini, Presiden Perkasa (Dato’ Ibrahim Ali) pernah membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901.

“Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?,” soal Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan media hari ini.

Selaku ketua AMK, Shamsul sepatutnya berasa malu kerana membuat tuduhan yang tidak berasas dan tidak mempunyai bukti yang kukuh! Macam ni kah cara AMK nak tawan Putrajaya? sangat memalukan...

Khabarnya Hasan Ali Umum Sertai UMNO Esok?


Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti
.
“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media esok

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.

Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya. -FMT

Halang Tugas Polis, Geng Adam Merayu Di Bebaskan...


Nasi sudah jadi bubur... Geng Adam baru teringat besok nak exam, masa ikut telunjuk Anwar dulu kenapa tak ingat semua ni??

Pelajar Universiti Malaya Mohamed Bukhairy Mohamed Safian, 22, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menghalang anggota polis dalam menjalankan tugas mereka.

Mohamed Bukhairy, pelajar tahun kedua Akademi Islam, didakwa berkelakuan agresif terhadap pegawai polis Rohaizat Akbar Ramlie berhampiran masjid Ar Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11:35 pagi pada 6 Januari.

Beliau adalah juga timbalan setiausaha majlis pelajar Universiti Malaya dan diwakili oleh peguam, Farhana Abd Halim.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Peng meminta ikat jamin ditetapkan pada RM6,000, tetapi Farhana berhujah bahawa Mohamed Bukhairy berasal dari keluarga miskin, dan tidak lagi mempunyai seorang bapa.

"Beliau juga terpaksa menduduki kertas peperiksaan esok dan juga minggu depan dan jumlah ikat jamin yang tinggi akan menghalangnya daripada menduduki peperiksaan.

"Ikat jamin hanya bertujuan memastikan kehadiran di mahkamah dan bukan membebankan tertuduh. Tambahan pula, ini adalah tuduhan pertama," kata Farhana.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menetapkan ikat jamin sebanyak RM2, 000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari bagi sebutan kes itu.

Hanya Tunggu Arahan Anwar, Ustaz Nasharudin Hitung Nasib Di Pecat


Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kini menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dilihat berada pada kedudukan bahaya dan mungkin pada bila-bila masa akan menerima nasib yang sama seperti mana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat Ahad lalu.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof berkata gerak geri beliau serta segala tindak tanduk Ahli Parlimen Bachok itu mungkin dalam perhatian golongan Anwarinas yang telah berjaya mencampakkan Hasan Ali keluar daripada Pas.

Menurut beliau tidak mustahil perkara yang sama yang menimpa Hasan Ali itu akan turut terkena kepada Nasharudin memandangkan beliau didakwa tidak sebulu dengan golongan Anwarinas yang berada di dalam Pas hari ini.

“Mungkin Pas hari ini menunggu lampu hijau daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat ‘suis utama’ di dalam Pas yang tidak boleh dijentik atau disentuh oleh mana-mana pemimpin di dalam parti berkenaan.

“Apa yang berlaku terhadap Dr Hasan seolah-oleh menggambarkan kedudukan Anwar lebih tinggi ‘darjatnya’ dari kalangan pimpinan Pas yang lain termasuklah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apa tidaknya…..Sebaik sahaja disentuh oleh Dr Hasan, beliau menerima tekanan dan akhirnya dicampak keluar dengan serta merta tanpa ada sedikitpun penghargaan terhadap Adun Gombak Setia itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, jika dulunya Hasan dijaja dan didukung sebagai pemimpin serta cendekiawan yang menyertai Pas, hari ini kerana taksubnya kepada Anwar, segala-galanya hilang dalam sekelip mata.

Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menegaskan cengkaman kumpulan yang pro kepada Anwar di dalam Pas hari ini seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.

Mereka katanya menguasai segala tindak tanduk dan seolah-olah bertindak kepada nasihat daripada orang luar untuk menggerakkan parti berkenaan.

“Kepada Ustaz Nasharudin, bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan kerana kedudukannya dalam paras bahaya….Jika musim tengkujuh, amaran pada tahap berjaga-jaga,” katanya. -MediaUMNO

Seperti apa yang telah aku katakan: Nasharudin Bakal Mengikuti Jejak Hasan Ali...

Muslimah PAS Pertahan 'Goyang Gerudi Inul' Ketika Menyokong Anwar


Muslimah PAS mempertahankan tindakan ahli dan penyokongnya ketika menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan mahkamah tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan ketuanya, Dr Mariah Mahmud berkata, tidak ada apa salahnya bernyanyi beramai-ramai dengan bersemangat.

Beliau berkata, amalan ini berlaku di negara-negara Islam lain termasuk di Timur Tengah dan Indonesia.

Menurutnya, Muslimah yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa dan bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

Dr Mariah berkata, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Apalah “kesilapan” yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud” katanya.

---

Muslimat Pas ini seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''UMNO mampus'' tidak salah... malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Di zaman nabi kaum muslimat berlarian kegembiraan sambil menyanyi untuk menyambut kepulangan panglima perang dengan nasyib-nasyid pujian dan sanjungan ala-ala Ta'albadru... sebagai tanda kegembiraan. Namun mereka masih menjaga aurat dan adat sopan santun. Jauh beza dengan apa yang di perlakukan oleh muslimah PAS...

Selain daripada itu muslimat Pas melompat dan melolong-lolong mereka menyanyi dengan seni kata rekaan mereka yang kurang sedap didengari. Apakah ini hasil liberalisasi dalam muslimat yang diperjuangkan selama ini?

Inilah padahnya bila PAS berkahwin campur dengan PKR dan DAP! semuanya dah jadi halal... Hancusss....

Tonton video klik di sini...

Bom Milik Peserta Perhimpunan 901


Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

Pihak polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut.