Tuesday, January 10, 2012

Nasharudin Bakal Mengikuti Jejak Hasan Ali...


Tindakan  Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hadir di kediaman bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tempohari menunjukkan sebagai satu petanda bahawa beliau akan mengikut jejak langkah sahabatnya Hasan Ali.

Kehadiran Nasharudin tersebut juga telah di sampaikan ke pihak atasan dan dicanang dengan pelbagai tuduhan.

Malah sudah ada suara yang menyatakan bahawa Nasharuddin bakal di pecat dari parti PAS dalam masa terdekat... 

Seperti mana Hasan Ali di pecat secara melulu, tak mustahil selepas ini PAS akan memecat Nasharudin pula...

Segalanya sudah di rancang oleh puak Anwarinas yang mahu menghapuskan puak ulama dalam PAS.... Seperti bom jangka buatan sendiri, hanya tunggu masa saja ia akan meletup...

Namun demi untuk menegakkan perjuangan Islam, Nasharudin dikatakan memilih untuk bersama Hasan Ali, ini kerana perjuangan parti PAS telah menyimpang dari matlamat asal.


Terdahulu Datuk Dr. Hasan Ali mengakui terkejut dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang memecatnya daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menganggap keputusan yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai tindakan yang drastik dan berasa sedih kerana perjuangan Islam beliau selama ini dibalas sedemikian rupa.

Bagaimanapun dalam satu ucapan di kediamannya di sini malam ini, Dr. Hasan menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan komen beliau yang tidak bersetuju dengan Kempen Bebas Anwar 901.

"Apa yang berlaku hanya kerana saya menyentuh perkara membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa Anwar tidak boleh disentuh langsung?"

"Apa guna menggunakan nama parti Islam jika kita sendiri tidak mengamalkan prinsip keadilan. Saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan seperti sebelum ini, sebaliknya terus dipecat berkuatkuasa serta-merta."

8 comments:

Anonymous said...

tidak mustahil seperti yang di jangkakan.. anwar akan mengarahkan PAS pecat Nasha.. suara ulama semakin berkekurangan dalam PAS dan ini akan memudahkan anwar menjalankan aktiviti songsangnya.

Anonymous said...

bkn sbb anwar la..si hassan ni cari pasal sgt..dh diberi amaran pon menjadi2 lg..
hambek kau..

Tariq Ziyad said...

Pas telah banyak bertolak ansur dgn hasan ali ; pimpinan Pas senantiasa memerhati setiap gerakgeri dalam semua peringkat kepimpinanan; Semasa di KB dah nasihat berbuih, tapi pabila dah masuk perangkap UMNO maka bila balik puak2 umno dan kataki akan mengerumuni manisan manis untuk dihisapnya.Maka hassan ali pun melatah pula tentang 901. Saat dimana pakatan sedang menggerakkan momentonnya penekanan keatas BN, hassan ali jadi jagoh mempertahan BN; betapa bodohnya politik orang ada PHD.cap "Kangkong baik makanan binatang hutan seperti babi."

Anonymous said...

tu menunjukkan pas skrg lebih kpd politik dari perjuangan islam sebenar..skrg pas dh mcm omno dulu pulak yg penting parti parti,kuasa,kuasa.Saya x nampak hassan komen psl pas tp pas dah tak berfungsi sepatutnya saya pun menyesal bagi sokongan pada pas.Bagi saya Pas dulu kata mcm2 pd umno sebelum sebelum dapat nikmat kuasa
tp bila dah dapat apa dh jadi..jangan buat2 tak tau apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali..saya rasa amat hairan Pas malu nk mengaku itu perjuangan Pas malah sanggup kata UMNO yang buat semua tu..apa dah jadi..Kalau malu baiklah sokong UMNO..Mana pergi sifat berani selama hari ini???PAS kalu nak berjaya dia kena lead mcm umno lead BN tp sehingga skrg amat menghampakan..kenapa?penipu yang saya tgk banyak puak2 fahaman bebas skrg mewarisi PAS..

A.Fathi said...

Maklumat yg Ust Nasa ckp ketika pertemuan di JKR 10 Kelantan.
Masa perjumpaan itu, nik aziz kata dia nak ckp dulu, bila dia dah ckp, kemudian dia terus keluar drpd perbincangan (tmbah ust nasa, nik aziz memang tak nak dengar pandangan org). Kemudian, para tetamu berbincang, dan hadi awang setuju untuk mengeluarkan statement bertulis tentang apa yg dibincangkan. Tambah ust nasa, tidak wujud soal Dr. Hasan Ali minta maaf seperti yg nik aziz kata, sebab nik aziz bukan ada pun waktu mrk berbincang.

A.Fathi said...

diceritakna juga drpd ust nasa, hadi awang mimpi arwah ust fadzil noor tanam pokok, kemudian, hadi awang tolak pokok tersebut hingga jatuh, kemudian ust fadzil tanam semua, hadi awang jatuhkan semula, datang seorg budak lelaki menarik tangan hadi awang, lantas dtg ust azizan kedah lempang budak itu.

A.Fathi said...

maklumat diterima, ramai pengikut2 pas bawahan sudah mula sedar kesesatan anwar ibrahim, nik aziz dan hadi awang. mrk kata, jika 3 org ini tiada, ummat Islam akan lebih kuat dan bersatu padu.

Anonymous said...

Pas x pernah terima pandangan orang... kecuali kroni-kroni mereka... orang tua memang susah terima pandapat orang muda... dah keras macam buluh... sampai nyanyuk pun tak berubah... mati je ubatnya..