Thursday, January 12, 2012

Polis Tawar Ganjaran RM10K Untuk Tangkap Dalang Letupan 901



Ketua Polis Negara hari ini memberi tawaran RM10 ribu sebagai ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dalam insiden letupan bom di Perhimpunan 901 isnin lalu.

Kenyataan tersebut di keluarkan menerusi laman twitter PDRM @PDRMsia


Sementara itu Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, secara umumnya polis merasakan kejadian letupan itu bertujuan menimbulkan huru-hara pada hari berkenaan. Empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

1 comment:

Acik said...

saya ada info... dalaang letupan bom tersebut ialah chegu bard.. dia mmg nak letupkan shamsul iskandar... supaya dpt merampass jawatan ketua AMK.