Friday, February 22, 2013

Masih Ada Peluang Mengundi, Daftarlah Sekarang...


Sesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi boleh berbuat demikian dengan segera sekarang dan mereka masih layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

"Paling lewat, Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Maknanya paling lewat SPR akan mengumumkan tarikh PRU-13 dalam tempoh 2 bulan. Mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai," kata Aziz.

SPR pada Jumaat mengumumkan jumlah pengundi berdaftar setakat ini ialah 13,229,385 orang.

Jumlah itu berdasarkan kepada Daftar Pemilih suku keempat 2012 yang diwartakan pada hari ini.

Menurut Aziz, dalam tempoh itu, 243,403 individu mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Sementara itu, Abdul Aziz memaklumkan SPR belum lagi menerima sebarang senarai nama pemantau luar negara untuk PRU-13.

Pemantau luar negara yang dijangka terlibat ialah daripada kalangan negara anggota ASEAN.

Nota: Undilah Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat.....

Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama Nasha, Pecah Rekod 4.3 Juta Penonton



Menurut sumber, rancangan ‘Soal Jawab’ TV3 yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 lalu telah melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya menarik 4.3 juta penonton menonton rancangan tersebut.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk siri rancangan temubual bukan saja di TV3 tetapi untuk semua produksi siri rancangan temubual di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari lalu.

Video URL: http://youtu.be/Sht9PkyYerA



-AIDC

PAS Kedah Bergolak Tanda Kejatuhan Rejim PAS


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar Pada 22 Julai Ini


Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.

Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Mahfudz Omar Dalang Desak Azizan Berundur


Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah. Mahfudz difahamkan ‘berkongsi’ dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.

Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul. Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah. Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.

Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai ‘peluang’ bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah ‘serik’ dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.

Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.

Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS. Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang ‘mesra’ UMNO/BN.

Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO. Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot. Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Osman Aroff. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.

Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja. Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.

Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur. Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.

Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.

Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu. Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.

Mahfudz pula, mengeja perkataan ‘ekonomi’ pun belum tentu lagi mampu. Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri. Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.

Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu. Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur. Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.

Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya. Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja.

Dr Fadzilah Kamsah Beri Penjelasan Isu Video Yang Buat Cai PAS Terbakar


Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yang di muliakan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana maruah keluarga saya terjejas dan untuk mengelakkan salah faham dan penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri dan keluarga adalah jihad dan jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri dan keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah dan blogger. Suasana sekitar yang agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Bila dah menjawab terlalu bnyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam kedaan yang tergesa gesa dan mungkin tak berfikir dengan mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa dan guru dan saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain, membantu orang lain setakat kemampuan dan mendoaakan kebaikan orang lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yang kurang positif kapada anak-anak yang masih belum mampu berfikir dengan rasional seperti orang dewasa. Saya yakin masih banyak cara yang lebih tertib dan berhikmah yang boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagai guru dan pendakwah kerdil (walaupun saya bukan ustaz dan jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan nasihat dan kaunseling. Inilah jihad kecil yang saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yang saya kendalikan atau program motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Saya tak takut kepada sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kepada Allah SWT.

Di Mekah dan Madinah tempohari saya telah berpesan kepada sahabat-sahabat dari Malaysia untuk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua orang Islam di Malaysia bersatu dan kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar-gambar anak saya yang sudah lebih 9 tahun yang lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga di sebar seolah-olah gambar masa berdating, walhal itu gambar-gambar selepas meraka berkahwin. Insya Allah anak-anak saya telah berubah dan saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu orang dan jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat. Saya seru diri saya dan sahabat yang di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak orang buat silap, nasihatkan dia jika mampu dan doakan agar Allah beri mereka hidayat, segera bertaubat dan dapat berubah. Bila kita mengutuk orang lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna dan kita lebih baik daripada orang yang di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jangan sangka kamu lebih baik daripada orang itu. Org yang jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, dan kita yang kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum dan semua kita buat silap. Orang yang bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga sahabat yang mulia dapat ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut dan semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-

Sapa Kata Parlimen Bubar Hari Ni?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desas-desus bahawa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat sebagai satu khabar angin dan spekulasi semata-mata.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin pembubaran tidak akan berlaku pada hari ini.

"Setakat yang saya tahu, SPR tidak menerima maklumat seperti itu dan saya yakin bahawa ia hanya spekulasi saja," ujar Aziz.

Sejak awal bulan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan akan dibuat pada hari ini.

Portal berita, The Malaysian Insider pada Khamis yang memetik sumber Barisan Nasional melaporkan PRU-13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April.

Ia akan berlangsung sebulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah Janji Ditepati dan BN menyiapkan senarai calon serta manifesto.

Rata-rata pemerhati politik sebaliknya meramalkan proses demokrasi yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya negara itu akan berlangsung dalam bulan Mac.

Spekulasi Parlimen akan bubar pada minggu ini diyakini oleh banyak orang kerana mengambil kira tempoh lebih kurang sebulan yang berbaki sebelum cuti sekolah bermula 23 Mac ini, iaitu waktu yang dilihat sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Sementara itu, antara berita mengenai pilihan raya yang ada pada hari ini ialah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru.

Perdana Menteri pada hari ini menyambung lawatannya ke Sarawak. Beliau berada di Kuching untuk satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin BN Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menerima taklimat mengenai persiapan BN Sabah di Kota Kinabalu.

Tiada Muafakat Dalam Pakatan - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Pergeseran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor membuktikan tidak wujud permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang walaupun dalam persoalan asas, menurut penganalisis politik.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM)berkata pengundi perlu memberi perhatian kepada latar belakang dan kredibiliti pemimpin pembangkang kerana rata-rata mereka hanya cenderung kepada kuasa dan jawatan daripada soal perjuangan parti yang sebenar.

“Contohnya di dalam PKR sendiri kebanyakan mereka keluar dari BN kerana tidak ditawarkan jawatan seperti Datuk Chua (Jui Meng) yang ditolak oleh MCA sendiri,” katanya.

Konflik dalaman DAP dan PKR di negeri itu dikatakan berlaku disebabkan perebutan kerusi antara kedua-dua parti dan ia memuncak apabila pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau dilapor mahu Chua Jui Meng dilucutkan daripada jawatannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Ini berikutan dakwaan Boo bahawa Chua sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dalam satu kenyataan pada Rabu, menggesa pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj.

Satu daripada kerusi yang dikatakan menjadi ‘rebutan’ antara PKR dan DAP Johor ialah kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng daripada Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, kerusi itu ditandingi calon PKR, namun kali ini terdapat petanda bahawa DAP mahukan kerusi itu kerana alasan calonnya mempunyai peluang lebih tinggi berbanding PKR untuk merampas kerusi itu daripada BN.

“Dalam isu ini langsung tidak bangkit tentang rakyat, apa yang mereka lebih pentingkan ialah tentang berapa banyak kuasa yang mereka ada,” kata anggota Parlimen Muar yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata perebutan kerusi itu lahir daripada sifat gila kuasa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akhirnya sudah tentu merugikan rakyat.

“Saya faham ada penyokong tegar antara mereka yang tidak peduli apa yang berlaku, namun bagi yang dapat fikirkan masa depan, mereka harus fikir bahawa mereka tidak akan dapat kerajaan berkualiti dengan pemimpin sebegini,” katanya.

Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Puad Zarkashi pula menyifatkan perpecahan di kalangan parti pembangkang tidak dapat diselindung lagi.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata PKR, DAP dan PAS adalah sebuah pakatan yang tidak mempunyai asas kukuh untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, menyebabkan masing-masing cuba menunjukkan bahawa mereka adalah juara.

Pengerusi Rancangan Sains Politik Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia, Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berkata sejak awal gabungan pakatan pembangkang tidak sekukuh BN.

-Bernama

Kerana Manifesto Bukan Janji, Khalid Ibrahim Digugurkan


Pelik bin ajaib sungguh bila sesorang yang berjawatan Mentri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Menifesto bukanlah janji? Pergh... Adakah Khalid masih dibuai mimpi indah dibawah celah kangkang Eli Wong?

MalaysiaInstinct- Akibat terlalu bodoh dalam ilmu politik, terlalu nak tunjuk pandai dan terlalu bongkak kononnya cara beliau tadbir dengan gaya CEO bakal jadikan Selangor terhebat dari negeri-negeri lain akhirnya memakan diri.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terpaksa digugurkan dari senarai jawatan kuasa yang membuat dasar JANJI PRU13, jawatankuasa dasar Manifesto PRU13. Kesian Khalid, belum pun sempat panas kerusi Menteri Besar, isyarat dah sampai, isyarat untuk beliau bersara atau lepaskan jawatan dalam parti.

Menurut sumber rapat, kegagalan dan kedegilan Khalid dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti serta kerajaan pimpinan partinya amat jelas dan ketara. Malah menurut sumber, Khalid GAGAL sepenuhnya dalam menerajui negeri yang dilihat mampu membantu ‘penuhkan’ kantung dana parti mereka. Cara Khalid mentadbir Selangor dilihat bersifat sementara, penggal depan di PRU13 mereka bakal dipenggal.

Kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia dan Malaysia adalah bila beliau menegaskan bahawa ” Manifesto bukan satu Perjanjian “

Rentetan dari kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia ini maka bermulalah episod duka bagi pakatan haramjadah. Bermula dengan rakyat bangkit menuntut janji bil air yang tertunggak, Ibu Tunggal Selangor yang dijanjikan duit bulanan dan yang bakal dituntut janjinya adalah pelajar Pra-Sekolah seperti yang tertera di atas jumlahnya.

Kerana kedangkalan inilah maka Khalid Ibrahim tidak lagi menganggotai Jawatankuasa pembuat dasar Manifesto Pakatan Haram PRU13.

Berdasarkan sumber dari Tropicana, inilah barisan baru yang dilihat oleh Anwar sebagai manusia yang mampu membelit janji dan bakal merekacipta janji baru :

1) Husam Musa Jamnapari- Pengerusi
2) Rafizi Lembu
3) Teo Nie Ching
4) Zulkifli Ahmad
5) Hatta Ramli
6) Salahudin Ayub
7) Liew Chin Tong
8) Dr Ong Kian Ming
9 ) Charles Santiago
10) Nurul Izzah
11) Wong Cheng
12) Sivarasa
13) Baru Bian
14) Ahmad Tamrin Jani

Dasar kali ini mewajibkan mereka merujuk secara total kandungan Buku Jingga, itulah kitab rujukan yang bakal mereka gunakan untuk merekacipta janji baru ini dan juga wajib merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Haram, seperti Kalimah Allah dan Hudud, ini wajib selari dalam janji mereka nanti.

Tambah sumber, bajet rekaan mereka 2012 dan 2013 juga dijadikan panduan merekacipta Manifesto nanti.

Apa yang menjadi Teras Utama, menurut sumber adalah :

1) Rakyat Bersaudara
2) Ekonomi Rakyat
3) Kesejahteraan Rakyat
4) Kerajaan Rakyat

Malah tema rekaan khas untuk PRU 13 sudah pun dipersetujui, “Pakatan Harapan Rakyat” dan bakal di umumkan pada 25/2/13 di SACC, Shah Alam.

Bertambah kesian Khalid bila pelancaran Manifesto ini akan dibuat di negeri pimpinannya namun beliau hanya datang sebagai pendengar dan jadi tukang tepuk tangan. Anwar seolah-olah tidak percaya langsung padanya.

MI lihat, apa yang tertera dia atas semuanya berkisar dari yang sama sejak pakatan haram mula mentadbir beberapa negeri, tiada satu pun yang baru malah ayat yang tertera di atas sekadar penyedap cuping telinga kerana ianya ‘recycle’ dari nyanyian mulut anwar sejak keluar penjara.

Terlalu jelas, anggota jawatankuasa yang dilantik walaupun nampak mewakili parti masing-masing, namun semua sudah tahu, mereka adalah ejen Anwar atau ANWARINAS. Malah mereka ini dikhabarkan hidup mewah hasil elaun bulanan yang mereka terima secara sulit dari Anwar untuk menjadi mata dan telinga Anwar dalam parti yang mereka wakili.

Gaya Anwar, perangai Anwar dan Gelagat Anwar sejak dari sebelum beliau bersama UMNO tetap tidak berubah, hanya satu cita-cita beliau, ingin jadi KETUA dalam apa juga sekali pun.

Sudah ramai sahabat rapat Anwar lari tinggalkan beliau, anda bila lagi ?

BN Diramal Memenangi PRU 13 - EIU


Sebuah badan pemikir antarabangsa meramalkan Barisan Nasional, BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 ( PRU-13).

Keyakinan itu bedasarkan kepada rekod kejayaan agenda pembaharuan dan kepimpinan ekonomi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bedasarkan faktor tersebut, The Economist Intelligence Unit, (EIU) melihat prestasi pembangkang yang diterajui Pakatan Rakyat jauh ketinggalan.


EIU merupakan sebahagian dari majalah berpengaruh “The Economist” yang berpengkalan di London yang mengeluarkan laporan negara industri dan analisis risiko.

Dalam satu laporan EIU mendedahkan bahawa pakatan pembangkang telah membuat pelbagai janji manis melibatkan perbelanjaan besar dan ini semua merupakan batu penghalang.

Disamping itu, EIU turut menyifatkan janji kempen pembangkang itu tidak munasabah.

Laporan itu juga menambah janji pembangkang untuk memberikan pendidikan secara percuma akan membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM43.3 bilion.

Sementara itu, usaha untuk memansuhkan duti kenderaan akan mengakibatkan kerajaan kehilangan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun.

Pertumbuhan luar jangkaan sebanyak 5.2 peratus di bawah kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ditambah dengan peningkatan pelaburan dalam dan luar negara menyumbang kepada keyakinan yang kian memuncak di kalangan rakyat.

Bye... Bye.. Pakatan Haram!