Friday, February 22, 2013
Dr Fadzilah Kamsah Beri Penjelasan Isu Video Yang Buat Cai PAS Terbakar
Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yang di muliakan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana maruah keluarga saya terjejas dan untuk mengelakkan salah faham dan penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri dan keluarga adalah jihad dan jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri dan keluarga, insya Allah di kira mati syahid.
Pertamanya saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.
Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah dan blogger. Suasana sekitar yang agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Bila dah menjawab terlalu bnyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam kedaan yang tergesa gesa dan mungkin tak berfikir dengan mendalam.
Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.
Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa dan guru dan saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain, membantu orang lain setakat kemampuan dan mendoaakan kebaikan orang lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yang kurang positif kapada anak-anak yang masih belum mampu berfikir dengan rasional seperti orang dewasa. Saya yakin masih banyak cara yang lebih tertib dan berhikmah yang boleh di gunakan.
Saya lihat diri saya sebagai guru dan pendakwah kerdil (walaupun saya bukan ustaz dan jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan nasihat dan kaunseling. Inilah jihad kecil yang saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.
Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yang saya kendalikan atau program motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Saya tak takut kepada sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kepada Allah SWT.
Di Mekah dan Madinah tempohari saya telah berpesan kepada sahabat-sahabat dari Malaysia untuk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua orang Islam di Malaysia bersatu dan kita mati dalam husnul khatimah.
Saya amat sedih bila gambar-gambar anak saya yang sudah lebih 9 tahun yang lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga di sebar seolah-olah gambar masa berdating, walhal itu gambar-gambar selepas meraka berkahwin. Insya Allah anak-anak saya telah berubah dan saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu orang dan jangan menyusahkan org lain.
Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat. Saya seru diri saya dan sahabat yang di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak orang buat silap, nasihatkan dia jika mampu dan doakan agar Allah beri mereka hidayat, segera bertaubat dan dapat berubah. Bila kita mengutuk orang lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna dan kita lebih baik daripada orang yang di kutuk itu.
Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jangan sangka kamu lebih baik daripada orang itu. Org yang jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, dan kita yang kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.
Kita tidak maksum dan semua kita buat silap. Orang yang bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga sahabat yang mulia dapat ampunkan semua dosa kami sekeluarga.
Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut dan semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.
Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.
-Dr Fadzilah Kamsah-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Allah bagi CASH !!! Mintak maaf dan suruh delete semua yang celupar. Sebelum tu bukan celupar ke mulut mung tu. Pesanan saya insan kerdil nie, Yang dok kerumun puak2 MUNAFIK UMNO nie hanya segelintir aje. Kat luar sana mejority ada akal dan waras. Jangan ingat semua orang bodoh dan jangan ingat mung tu pandai sangat.
amboi sedapnye pgl org munafik..dh konfem syurga ke kamu..
betulla ape dr fadzillah cakap..mmg korg doa k.o, mmg korang ckp kerajaan zalim, gmbar anak die yg korang guna tu, bukan balasan Allah, tapi hasil manusia yang suka mengaibkan orang lain...
Semoga Allah mengampuni kalin menggunakan namaNya untuk tujuan yang dh terang x mencerminkan ajaran Rasulullah.
Fadhilah woiii...
Lain kali nak cakap tu ingat2 sikit. Tanya dulu pada orang Kelantan., Tanya dulu pada pemimpin2 Kelantan. Jangan main tembak membuta tuli. Jangan jadi macam si Hassan Kayu Jati tu. "Saya ada PHD, saya dah buat kajian, saya ada baaaaaanyak documents" tapi semuanya habuk. Tak berani tanya empunya diri jadinya FITNAH la, Hai..... memalukan nama PAKAR MOTIVASI ja. Tu la cakap pandai sangat. Tup--tup keluarga endiri tak terjaga. Dedah sana-sini. Padan muka. Dapat "CASH" kan
UNTUK ORG PAS, SOKONG UMNO TU HARAM. MASUK PAS JAMIN MASUK SYURGA. TAPI MAKI MEMAKI DAN DEDAH AIB ORG YG TAK SEPENDAPAT HALAL JEWW. ITU TAK ZALIM POWNNNN. DIORG KAN AGEN TUHAN AMIK NAMA SIAPA MASUK SYURGA NERAKA. WOOOPSSS!!!
6pak sgt puak2x Pr ni xde nilai Akhlak yg tinggi siap ngaku ade PHD.PHD tu ape Perasaan Hasad Dengki ea...Bawak2x la bertaubat puak2x PR oiiiii.moga kalian ditunjukkan jalan yg lurus oleh Nya. amin.
Post a Comment