Friday, September 23, 2011

Hukum Hudud Di Kelantan: Nik Aziz, Anwar Ibrahim Mahu Langkah Mayat Karpal Singh?


"Over my dead body", said Karpal.

Terdahulu PAS pernah di baculkan oleh PKR dan DAP yang terus tutup hal hudud. Mereka langsung diamkan hal ini semata mata kerana politik permuafakatan.

PAS rela mengikut formula DSAI, mereka berfikiran bahawa jika mereka berkuasa mereka akan mulakan hukum ini tapi mereka alpa bahawa yang menular dan meluaskan empayar bukan PAS atau PKR tapi DAP.

Sekali lagi Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting dengan pandangan peribadi Anwar tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, pelaksanaan hukum hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Karpal juga menegaskan, usaha untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jelas sekali bercanggah dengan apa yang dipersetujui dalam muktamar agung PAS baru-baru ini untuk melaksanakan sebuah negara kebajikan.

Ternyata kecelaruan di kalangan parti-parti gabungan longgar Pakatan Rakyat (PR) mengenai hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud semakin membesar apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim secara prinsipnya menyokong langkah tersebut.

“Secara prinsipnya saya percaya ia (hukum hudud) boleh dilaksanakan (di Kelantan),” kata Anwar selepas perbicaraan kes sodominya pada Khamis.

Beliau bagaimanapun berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya dan bukannya pandangan PR kerana gabungan longgar itu tidak pernah membincangkan perkara tentang pelaksanakan hukum hudud sama ada di Kelantan atau mana-mana negeri di bawah pentadbiran mereka.

Ini adalah kali pertama Anwar secara terbuka menyatakan sokongannya kepada pelaksanaan hukum hudud.

Apa nak tunggu lagi, kalau Anwar dan Nik Aziz sudah berani langkah mayat Karpal laksanaan hudud di Kelantan... Kelantan boleh laksanakan hukum Hudud tanpa persetujuan Kerajaan Pusat sebenarnya...

2 comments:

tulvovuldo said...
This comment has been removed by the author.
tulvovuldo said...

kata org tua2, ikan siakap ikan senohong,byk cakap byk bohonnnng..betulkan niat dulu..apakah yang hendak di lakukan ini kerana Allah semata2 atau untuk kepentingan politik..20 thn PAS dah memerintah di kelantan..Hudud kemana PAS kemana?Asyik nak main wayannnng jer..lama jadi wayang kulit.