Monday, October 3, 2011

Hina Johor: Guan Eng Perlu di Hukum, DAP Jangan 'Double Standard'


Mengimbas kembali dengan situasi ADUN Kota Shah Alam, M Manogaran yang telah digantung daripada parti DAP selama enam bulan kerana mencaci Bendera Malaysia. Dimana pada waktu itu Manogaran telah memohon maaf atas kenyataan beliau.

Perkara ini sama dengan kes Lim Guan Eng, malahan kes Guan Eng lebih berat lagi, kerana beliau menghina sebuah negeri di negaranya sendiri.

Amat memalukan apabila seorang Ketua Menteri yang langsung tiada ketaatan kepada negara sendiri! Seharusnya beliau menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat jelata.

Terasa janggal pula apabila jawatankuasa disiplin DAP enggan mengambil tindakan terhadap Guan Eng, diatas kenyataan kontroversi menghina Johor semasa berucap pada majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Persatuan wartawan asing Singapura baru-baru ini?

Adakah kerana beliau seorang berbagsa Cina, beliau bebas dari hukum parti? Manakala Manogaran seorang berbangsa India beliau digantung dalam parti...

Bukankah ini dikatakan rasis, perkauman dalam parti? DAP dilihat sebagai sebuah parti berasaskan kaum yang menegakkan hanya kepentingan Cina!

Seharusnya tiada istilah perkauman dan pilih kasih dalam parti DAP, jika parti tersebut benar-benar memperjuangkan hak rakyat!

Guan Eng seharusnya mengambil tanggungjawab penuh berhubung kenyataan beliau dan patut digantung dalam parti tersebut.

Manakala, Jawatankuasa disiplin DAP tidak perlu "double standard" dalam dalam membuat keputusan atau mengambil tindakan terhadap individu dalam parti.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin parti yang lebih atas, termasuk Guan Eng, akan dikenakan tindakan disiplin jika beliau didapati bersalah mana-mana salah laku.

1 comment:

Anti Guan Eng said...

Kami rakyat Malaysia yang cintakan KEAMANAN nak lihat, apakah tindakan DAP dan Pakatan Rakyat terhadap Isu Guan Eng memburukkan kerajaan JOHOR, Sekiranya tiada tindakan keatas Guan Eng membuktikan DAP memang bersifat RACIST!!!!!!!!