Wednesday, December 7, 2011

Angkat Nik Aziz Sebagai Nabi : Nik Aziz Di Minta Jangan Lari Dari Tangunggjawab!


Pok Nik Oh... Pok Nik! Macam ni ke tingkah laku seorang pemimpin tertinggi Parti Islam Semalaysia? Bila kena kat orang lain di cakap haram! cilako! tak masuk syurgoo... Tapi bila kena kat batang hidung sendiri... lantak pieee laaa. bukan urusan aku, orang lain boleh sattlekan, katanya... Mashallah....

---
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta bertanggungjawab dan tidak 'lepas tangan' dalam isu membabitkan penceramah parti itu, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' yang menyamakan beliau dengan nabi.

Menteri Besar itu diminta memberi nasihat dan teguran kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu mendewa-dewakan pemimpin parti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan.

Presiden Majlis Intelektual Muda Darulnaim (Minda), Kamaruddin Mohd. Kassim berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menambah lagi kekeliruan masyarakat apabila cuba 'lepas tangan' bersabit tindakan Shamsul Zaman itu.

Sebaliknya, kata beliau, teguran atau nasihat daripada seorang tokoh seperti Nik Aziz amat penting bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa depan.

"Isu menyamakan Nik Aziz sebagai nabi lebih kepada ketaksuban orang yang bercakap kerana apabila taksub, batu pun dianggap sebagai Tuhan.

"Tetapi Nik Aziz tidak marah kepada orang kata dia nabi, bahkan cuba pusing cerita kaitkan orang Islam tolak Islam sebagai kufur sedangkan isu sekarang beliau disamakan dengan nabi.

"Saya berasakan memang sifat beliau suka tunjuk kepada orang dan suka dirinya dipuja. Sebagai contoh, Nik Aziz pernah tegur dan marah rakyat Kelantan gantung gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad di pintu rumah sebab dia risau membawa kepada pemujaan, tetapi sekarang gambarnya digantung sebesar dinding di rumah di Kelantan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap tindakan Shamsul Zaman itu.

Kelmarin, sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran serta meminta Mursyidul Am parti itu bertanggungjawab.

Naib Presiden Angkatan Generasi Muda Kelantan (Agenda), Dr. Ariff Hakimi Zulkifli turut kecewa dengan sikap Nik Abdul Aziz yang cuba lepas tangan dalam isu tersebut.

"Kami generasi muda menghormatinya sebagai alim ulama dan beliau seharusnya memberi teguran dan nasihat berdasarkan hukum agama serta meletakkan politik ke tepi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Mufti boleh memberi nasihat, kenapa beliau tidak boleh melakukan perkara sama. Kalau ini berlaku, kami mula tertanya-tanya apakah penyokong atau pemimpin Pas tidak boleh dinasihat dan ditegur kerana mereka parti Islam?" soalnya.

3 comments:

jejakazman said...

kalau dah nabi....tentu ada mukjizatkan....nabi pas mukjizat dia apee yee.....klau nabi muhammad belah bulan jadi 2....nabi pas pecah belah umat islam jadi seribu.....

Anonymous said...

bagos sgt... penyokong pembangkang dok mendewakn pmmimpin... penyokong kerajan dok jilat bontot pmimpin... 2x5 je bro

Anonymous said...

Jejakazman

I LIKE LIKE LIKE!!!

BEST BRO!