Monday, December 5, 2011

3 Nik Aziz Umum Kekalkan Jawatan Seumur Hidup! Bertanding PRU-13


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih tak sedar lagi bahawa kepimpinannya telah ditolak sama ada dari dalam mahupun luar parti yang memerlukan beliau berundur segera.

Bagi semua pemimpin politik, akan tiba masanya untuk berundur demi memastikan legasi pemerintahan mereka dikenang secara baik.

Namun Nik Aziz memilih untuk berpegang kepada kuasa, walaupun tidak kisah jika beliau terus dikutuk masyarakat.

 Lee Kuan Yew pun tau bersara... Nik Aziz masih gila kuasa...

Apa pun tak boleh!!!
---

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Nik Aziz juga enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.

Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

klu mcm ni sampai bila pun kelantan takkan maju...

Anonymous said...

Dulu pernah seorang pemimmpin PAS berkata kepada Mantan PM Tun dan DR. Siti telah nyanyok dan dia menyatakan bahawa satu hari nanati sama-sama kita lihat kedua dua mereka akan memalitkan tahi ke muka pasangan mereka masing-masing kerana dah nyanyok, tetapi Allah telah mengambil orang yang berkata itu terlebih dahulu. Orang ini juga menyatakan Badawai di Arab ternak unta tetapi Badawi di Malaysia ternak BABI. Orang ini juga lah yang bercita-cita untuk melelong Putera Jaya.

Hari ini kita dengar pula dari mulut saorang lagi pemimpin PAS bahawa dia akan bertanding sehingga UMNO mati!

Saya penuh yakin sebelum UMNO mati siapa yang akan mati dulu?

A Siapa yang mati dulu?
B Minah yang mati dulu!
A Do yang mati dulu!
B Lagi-lagi Do yang mati dulu,
B Minah yang mati dulu.

A Saiapa di antara kita yang tahu antara Do dan Minah, siapa
yang mati dulu.

Kedua-dua Do dan Minah bangun untuk menjawab soalan tersebut.
Semua cabur lari.

Warga sebelum merdeka

pemerhati said...

Kelantan masih ditakuk lama sepanjang pemerintahan PAS dengan rakyatnya kebanyakkan terpaksa berhijrah demi mencari rezeki kerana kemunduran ekonomi yang berpanjangan.Semoga rakyat Kelantan sedar mengenai perkara ini.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates