Monday, January 28, 2013

2 Nasharuddin Tidak Tersenarai Sebagai Calon PAS - Nik Aziz


Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

Nasharuddin Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media. -Bernama

2 comments:

x-pas said...

Tahniah Nik Aziz kerana berjaya memecah belahkan org melayu! hidup mati PAS di tangan DAP! puiiiiiii!!

Anonymous said...

Tempat Nasharuddin telah diganti dengan cina dari Perak.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates