Friday, February 8, 2013

MT UMNO Terakhir Sebelum Parlimen Bubar?


Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat yang di jadualkan jam 3 petang ini dan dipercayai yang terakhir sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional memohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Difahamkan mesyuarat petang ini akan membincangkan laporan prestasi terkini ketiga-tiga sayap parti dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Ia juga akan membincangkan beberapa isu parti UMNO dan kedudukan beberapa bahagian yang diklasifikasikan sebagai bermasalah.

Mesyuarat MT UMNO terakhir ini juga akan membincangkan strategi kempen dalam PRU-13.

Mesyuarat itu akan mengambil maklum senarai calon UMNO yang akan mewakili BN yang masih lagi dinilai untuk kali terakhir sebelum diumumkan oleh Presiden parti.

Mesyuarat akan berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis Tertinggi UMNO lazimnya bersidang sekali dalam sebulan namun kekerapannya difahamkan akan bertambah selepas pembubaran Parlimen.

No comments: