Saturday, February 9, 2013

Terkena Lukah DAP, PAS Hilang Adrenalin

Hebatnya Lim Guan Eng menahan lukah walaupun PAS terluka, PAS akan tetap bersama dalam pakatan pembangkang kerana dirinya rasa lebih selamat walaupun akhirnya meraba-raba cari bantuan oksijen.

Sepatutnya PAS lebih bijak daripada DAP memandangkan keahliannya adalah lebih besar dan dianggotai oleh bijak pandai agama yang tersohor ketika di menara gading ataupun professional yang mendapat latihan dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kepengetahuan yang mereka ada masih belum memadai untuk mengenal lukah yang sentiasa ditadah oleh DAP.

“brain damage” kesan kehilangan adrenalin?

Lukah pertama ialah slogan kepimpinan Umar Abdul Aziz, yang juga merupakan generasi ketiga Khalifah Umar al-Khattab. Kononnya DAP yang memerintah Pulau Pinang akan meniru cara dua khalifah yang terkenal dengan keadilan dan keperihatinannya terhadap rakyat.

Lukah kedua ialah menulis semula sejarah negeri Pulau Pinang seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai sebarang sumbangan pembentukan negeri itu walaupun semua orang tahu bukan keturunan Cina yang mula-mula menerokanya.

Lukah ketiga ialah mempamerkan dirinya sentiasa menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangan berbanding pemimpin lain walhal ramai yang telah ditipu hidup-hidup, setiap kali ke Singapura bertemu dengan pemimpin PAP beliau menggunakan penerbangan kelas business.

Pada awal pentadbirannya, Lim Guan Eng hampir setiap minggu ke Singapura kerana ingin belajar bagaimana PAP berjaya “menghalau orang Melayu” sehingga ramai yang tidak berani cakap, “kalau mengomel kena jual” seperti ugutan P Ramli dalam sebuah filemnya.

Lukah keempat ialah mahu bina terowong pesisir laut kononnya sebagai projek pembangunan DAP yang terbaik buat rakyat Pulau Pinang. Akibatnya, Lim Guan Eng terpaksa pula bertelagah dengan seorang yang amat prihatin dengan kesedaran pengguna tapi direntap pula dengan kata-kata: tidak mahu gaduh dengan orang tua.

Lukah kelima ialah kerajaan yang telus, cekap dan adil. Tetapi yang berlaku ialah kerajaan yang penikus, songlap dan amat bersifat kecinaan. Betapapun, Lim Guan Eng takut kepada anai-anai, musang dan biawak maka tidak mendiami rumah kerajaan sebaliknya menyewa rumah bangle pemilik individu.

Menang cekap Lim Guan Eng dalam mempermainkan sentiment sehingga sanggup menghadirkan diri ketika pemberian kunci kepada penduduk Kg Buah Pala yang sudah lama bersetuju dengan pihak pemaju, yakni sebelum pakatan pembangkang menang pilihan raya.

Ketika segelintir penduduk Kg Buah Pala melepaskan lembu dan ramai-ramai bantah, bayang Lim Guan Eng tidak juga nampak sebaliknya menyatakan itu adalah kesalahan kerajaan terhadulu kerana sudah jual tanah kepada salah sebuah koperasi, yang terima duit ialah kerajaan DAP.

Lagi cekap ialah khabarkan ke seluruh penjuru alam bahawa dalam tempoh tahun, DAP telah berjaya mengurangkan hutang lebih RM 600 juta. Maka ramai yang percaya, tetapi bila buka buku tiga lima, bukan bayar hutang. Yang berlaku ialah pemindahan aset Pihak Berkuasa Air kepada kerajaan persekutuan menerusi penstrukturan semula.

Kerajaan persekutuan berikan pula kepada PBA untuk terus menguruskan perkhidmatan air bersih. Tetapi, itu tidak timbul kerana politik menyelit memang sesuatu yang amat handal digunakan oleh Lim Guan Eng, kerana kaedah itu sebenarnya pendidikan politik yang beliau belajar daripada ayahnya sendiri, Lim Kit Siang.

Lukah keenam ialah meletakkan tanggungjawab kepada pemaju swasta dalam pembinaan rumah murah dan mampu milik. Kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peranan termasuk memberikan kelulusan kerana beliau sebenarnya sedar, jika diperbanyakkan rumah murah dan mampu milik, penduduk Cina tidak akan bertambah dengan cepat dan ini merugikan kedudukan politik DAP.

Akibatnya, menerusi dasar tersembunyi yang dilakukan, lebih banyak projek rumah mewah dibuat hingga sebahagian bukit semakin bermasalah termasuk di Sungai Ara, Sungai Batu dan Bayan Lepas. Tidak usah cakap dengan Batu Feringghi ataupun Paya Terubong, memang sudah lama digondolkan walhal sayang, semuanya sudah terlewat kerana masalah juga amat banyak.

Ada sebahagian bangunan tidak dihuni kerana terlalu dekat dengan bukit seperti di Paya Terubung. Sebahagian rumah di bukit di Sungai Ara sudah jadi masalah hingga terpaksa minta kepakaran Institut Kerjaya Raya Malaysia (IKRAM) untuk mengkaji dan memberikan cadangan agar tiada cerun yang runtuh seperti berlaku di Bukit Setiawangsa ataupun Highland Tower dan Bukit Antarabangsa, yang memangnya hampir jadi trauma.

Lukah ketujuh ialah ambil tanah penduduk kampong kemudian berikan kepada sebuah syarikat bagi menubuhkan sebuah university berpengantarkan bahasa Cina sedangkan penubuhannya adalah sebagai pusat “think tank” DAP kerana parti itu menanggap melalui pelajaran orang tidak tahu niat busuknya. Akhirnya, penduduk Pondok Upih marah kerana kenapa tanah mereka dan apa perlunya sebuah university bebahasa Cina?

Lukah kelapan ialah menstrukturkan semula peniaga di tingkat 3 KOMTAR dan kemudiannya peniaga asal terpinggir. Bagaimanapun, perniagaan di KOMTAR semakin sehari semakin sejuk dan tidak mampu untuk “cover sewa dan caj perkhidmatan” menyebabkan banyak yang kosong. Kedai-kedai yang dahulunya meriah dan ramai pelanggan, kini sepi.

Lukah kesembilan ialah jual tanah kerajaan negeri walaupun tanah itu sebenarnya sudah ada perancangan untuk membina sekolah, masjid dan perumahan awam. Kerana terdesak nak duit bagi menyiapkan SPICE atau modal buat Terowong Pesisir, maka caranya juallah apa yang ada termasuk tanah di Bayan Bay dan Kampung Manggis.

Lukah kesepuluh ialah menjual sebidang tanah di Kg Manggis untuk dibangunkan hospital swasta dan hotel. Setelah ia menjadi kontroversi, maka ditawarkan pula kepada BN yang sanggup bayar ikut harga pasaran. Bila deposit dibayar, enggan pula mengeluarkan tanda setuju dan dokumen, hanya memberikan tempoh bakinya ratusan juta perlu diselesaikan dalam tempoh tiga puluh hari.

Lukah kesebelas ialah nak jadikan bahagian utara Barat Daya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang baharu kerana masih banyak tanah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri berbanding Batu Feringghi dan Teluk Kumbar. Tanah-tanah itu kemudiannya dijual berlipat ganda kepada pelabur tertentu bagi membina lebih banyak pusat hiburan, hotel pelbagai bintang dan dalam jangka masa panjang, orang Melayu akan kehilangan tanah dan pusakanya.

Lukah kedua belas ialah menahannya di ngarai yang paling dalam sehingga menyebabkan PAS perlukan tabung oksijen dengan mendesak Presiden PAS dan Mursyidul Am menyatakan pendirian lebih awal. Kesannya, berlaku paradok yang ketelaluan dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan akhirnya, paksakan pula Presiden PAS agar berusaha mendesak keputusan paradok itu dikaji semula. DAP hanya boleh terima keputusan 8 Januari 2013 dan bukannya 13 Januari 2013.

Luka ketiga belas ialah lukah yang boleh mematikan PAS sendiri apabila Nasharudin Mat Isa dipecat. Ia jelas ada “tangan-tangan ghaib” kerana Nasharudin adalah seorang pemimpin yang konsisten mempertahankan Islam, yang tentunya tidak disukai oleh DAP.

PAS benar-benar “bunuh diri” dengan pemecatan Nasharudin kerana sudah semakin nyaring kemarahan akar umbi agar parti itu keluar pakatan. Tentunya, Nasharudin mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pengundi muda, berbanding Mohamad Sabu yang hanya layak diberikan anugerah “nasi tambah” dan “badut”.

Sudah muncul kumpulan yang apathy terhadap PAS tetapi mereka hanya menunggu masa dan ketika untuk melakukan “silent protest.” Sebab itulah apabila seorang pemimpin PAS yakin pakatan pembangkang boleh menang 145 kerusi Dewan Rakyat, ramai yang hanya menganggap bekas Menteri Besar itu sekadar tukang beli nombor empat digit kerana harapkan special draw selepas Chap Goh Mei, nombor bertuah dan boleh beli beberapa buah kereta Camry baharu.

Lukah terakhir itu sebenarnya boleh menyebabkan PAS “bunuh diri” kerana ramai simpatinya semakin hilang keyakinan terhadap Haji Hadi, Mursyidul Am PAS, Mustapha Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesemuanya tidak lagi boleh diharapkan, kerana kesemunya lebih mendengar kata-kata DAP dan hanya mahu selamatkan Anwar Ibrahim, bukannya Islam.

Kalau nak selamatkan Islam, kenapa tidak melakukan tarbiyah ke atas Lim Guan Eng yang melakukan provokasi Kalimah Allah dan Anwar pula dengan “keselamatan Israel”, LBGT dan biseksual sedangkan kesemuanya adalah bahaya kepada Islam. Bukankah PAS pernah meletakkan pendirian bahawa Israel bukan negara dan sebuah pemerintahan haram, tetapi kenapa tidak desak Anwar memohon maaf kerana telah melukakan emosi umat Islam bila mempertahankan “kedaulatan Israel”?

Bila Anwar bacakan “talkin kebebasan” kepada LBGT, PAS diam membisu. Bila Anwar tidak masukkan “negara Islam” dalam Buku Jingga, semuanya menipu “negara berkebijakan” adalah pemulanya. Maknanya, kalau begitu PAS selama ini hanyalah pegang ekor kerana kepalanya sudah rosak. Bak kata pepatah Cina, ikan akan busuk bermula dari kepala. Ertinya, memang ada sesuatu yang beres di kepala pemimpin PAS sehingga adrenalinnya kasih sayang dan cinta bertukar jadi ganas dan berdendam.

Muhamad Irfan Iskandar

No comments: