Tuesday, February 5, 2013

[Video] Pergaduhan Di Felda Sg Tengi, Unit Amal PAS Bertindak Ganas


Unit Amal PAS sudah tidak relevan... kehadiran mereka hanya menimbulkan provokasi yang sering mengundang pergaduhan.

Kedamaian Felda Sungai Tengi, Kuala kubu Baru malam tadi terganggu bila satu kekecohan berlaku di program anjuran PAS Selangor di Dataran Felda Sungai Tengi yang melibatkan penduduk kampung, Unit Amal dan penyokong PAS.

Penduduk membantah kehadiran pemimpin pembangkang, Mazlan Aliman yang dikatakan cuba datang untuk menghasut peneroka membenci kerajaan. Menurut kenyataan salah seorang wakil penduduk, ceramah yang diadakan itu tidak mempunyai permit, malah majlis perhimpunan awam yang melibatkan aktiviti makan malam di situ turut tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Ini membuatkan perhimpunan tersebut melanggar syarat Akta Perhimpunan Awam.

Video URL: http://youtu.be/hWMiahWb0Pk



Kain rentang yang mengutuk kehadiran Mazlan Aliman ke Felda Sungai Tengi kelihatan banyak terpasang di tepi-tepi jalan sekitar perkampungan itu menandakan ketidaksenangan hati penduduk bila Mazlan Aliman dijemput berceramah di kawasan Felda mereka.

Manakala hampir 200 orang penduduk berkumpul di laluan masuk utama ke Felda Sungai Tengi bagi menghalang kehadiran Mazlan Aliman. Setiap kereta yang melalui jalan tersebut diperiksa bagi memastikan pengerusi ANAK itu tidak memasuki desa Felda tersebut.

Namun Mazlan Aliman diberitakan hadir di majlis ceramah malam tadi melalui laluan alternatif kira-kira jam 10 malam. Kekecohan mula berlaku bila Mazlan Aliman memulakan ucapan. Unit Amal dan penyokong PAS dikatakan merempuhan penduduk yang berkumpul di tepi dataran sambil melaungkan amaran supaya Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan keluar dari Felda Sungai Tengi.

Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan majlis tersebut disambung dengan tayangan video ceramah.


-EH/PjO

3 comments:

Anonymous said...

kegagalan PAS mengawal tingkah laku Unit Amal PAS yang memulakan provokasi membuktikan betapa kelakuan samseng sudah lama mendarah daging dalam perangai pengikut PAS.

Anonymous said...

Diktator Mesir Hosni Mubarak dan kuncu-kuncunya melakukan perkara yang sama apa hayat pemerintahan mereka hampir berakhir. Sejarah akan tetap berulang.Apabila mereka tidak ada hujah untuk melawan Mazlan maka inilah jadinya..

Anonymous said...

Anon 11.20am,

Bukan tak ada hujah, tp dasar Mazlan Aliman, puak karat hijau dan sekutu-kutunya penjilat tegar DAP memang jenis yang tak guna dibawa berhujah sebab dari awal mereka dah set dalam otak yg hanya pendapat mereka sahaja yang betul. Manusia yang telah ditutup pintu hatinya oleh Allah macam puak penghasut itu sewajarnya pun tidak dialu-alukan di mana sahaja. Nak pertahankan Felda konon, tp hakikatnya jeles sebab Felda kekal jadi kubu kuat UMNO/BN.

Anak Felda