Sunday, March 31, 2013

#Vote4BN - Rakyat Perlu Bijak Nilai Anwar Yang Ditolak Rakan, Pemimpin Kanan PKR


Rakyat perlu bijak menilai kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditolak rakan dalam pakatan pembangkang dan pemimpin kanan PKR yang bertindak keluar parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau mendakwa ramai pemimpin kanan parti pembangkang itu bertindak keluar parti setelah menyedari sesuatu yang tidak betul dengan diri ketua pembangkang itu.

“Parti pembangkang kini kelam kabut, dulu sepakat lantik Anwar tetapi beliau kini ditolak kerana masalah moral sedangkan untuk menjadi Perdana Menteri kena ada integriti dan mempunyai visi.

“Personaliti Anwar sangat berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ternyata terbukti kewibawaan beliau walaupun baru empat tahun menjadi perdana menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Temerloh.

Antara pemimpin PKR yang keluar parti ialah bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar, bekas Ketua Penerangan Ruslan Kassim, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk S. Nallakaruppan.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pembangkang juga tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah negara ini kerana mereka tidak mempunyai kesepakatan dan sikap toleransi seperti parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Setiap pemimpin parti pembangkang berjuang untuk kepentingan parti masing-masing untuk berkuasa dan mereka sentiasa mencurigai antara satu sama lain.

“Sebab itu mereka sehingga hari ini tidak mempunyai ketetapan untuk memilih bakal perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Katanya, rakyat perlu bijak dan tidak tersalah mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Setakat ini hanya Barisan Nasional yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Salah tu Ali. Sebenarnya rakyat perlu menolak pemimpin UMNO yang kuat kencing rakyat. Itu baru betul. Lagi lama UMNO perintah, lagi banuak dia orang kencing rakyat.

Contohnya: Rokok boleh dapat dalam harga RM2.50/kotak, boleh pulak KERAjaan UMNo naikkan kepada RM7.00.kotak dan paksa rakyat beli dgn haraga itu..

Anonymous said...

rakyat nak menilai macamana lagi?yg anwar perjuangkan keadilan sejagat.tapi umno/bn perjuangkan kekayaan sesama mereka.kita rakyat hutang bank rm1000 pun bank kejar rata,shahrizat hutang 250juta langsung tak payah bayar.shahrizat tu bini anwar ka?xpayahla nak spin yang bukan2.ini bukan era 60an.