Wednesday, April 3, 2013

#PRU13 - Anwar SAH Lepaskan Permatang Pauh, Bayangkan Akan Ke Perak


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya pada Pilihan Raya umum Ke-12 (PRU-12).

Sebaliknya, Anwar akan beralih angin ke Perak tanpa menyatakan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
“Kita akan putuskan nanti,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini untuk memberi laluan kepada PRU13.

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh berikutan satu pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2008 yang menyaksikan beliau memperoleh majoriti 15,671 undi. Ia diadakan berikutan keputusan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, melepaskan kerusi Parlimen itu.

“Esok saya akan ke Permatang Pauh untuk memujuk pengundi saya menerima keputusan saya bertanding di Perak,” kata Ketua Pembangkang itu.

Dalam pada itu, Anwar tidak dapat mengesahkan sama ada isterinya yang juga Presiden PKR akan bertanding di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengakui masih banyak kerusi DUN dan Parlimen yang bertindih antara anggota pakatan pembangkang. Antara negeri yang belum diselesaikan ialah Pahang, Johor dan Perlis.
Memberikan contoh perebutan kerusi di Gelang Patah, Johor, Anwar berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng. “Kita optimis perkara itu akan diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata masalah perebutan kerusi antara pakatan pembangkang dijangka selesai esok dalam satu mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat PKR, di sini.

“Jika semua berjalan lancar, kita juga akan mengumumkan senarai penuh calon yang bertanding,” katanya sambil menambah ia termasuk kerusi yang bakal ditandingi Dr Wan Azizah.

- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Mat Black dah panas punggung....
Tak tahu mana nak lari....
Tajuddin dah berserabut....
Rambutpun dah tak terurus bila dengar DSAI nak ke Perak.

Orang2 dlm FELCRA semua tahu yg si Tajuddin ni LANUN terhormat.

Anonymous said...

Hihi patut pn..takut kena sodom..penyodom tertegar nk smpai..lariiii