Tuesday, April 16, 2013

14 #PRU13 Zul Noordin Tekad Tumbangkan PAkatan Haram Di Shah Alam


SHAH ALAM - Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada Pas apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: "hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno dan BN selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,".

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

"Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

"Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti," katanya. - Bernama

14 comments:

Anonymous said...

haha,ketayap busuk dah buang longkang,tukar pada songkok lanun sbb lanun2 tengah lapar sekarang...pengundi2 shah alam buang lanun ni kelaut suku beri jerong makan!!!

Anonymous said...

Kita hancurkan Khalid gereja...Semoga kalimah allah dapat diselamatkan...dan pembenaan gereja dan kilang arak dapat hapuskan...Hidup Zulkulim...
Hukumnya Haram siapa undi khalid gereja...

Anonymous said...

BN pasti dapat menawan Shah Alam....

Anonymous said...

Ketua Lanun bertanding di Permatang Pauh. Zul Noordin cuma bekas peguam Ketua Lanun, dan waktu menjaga hal ehwal Ketua Lanun, beliau terjumpa macam-macam.

(pak lang)

Anonymous said...

Memang calon terbaik untuk menumbangkan Khalid Samad.Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada Zulkifli Noordin. Aamiin....

Anonymous said...

Yesssss!!!!! Aku semakin bersemangat nak ngundi...pastikan PR tergolek dog..hahaha...

Anonymous said...

Bn boleh menang d mana saja kalau tak ada yg sabotaj

Betulkan Kesalahan said...

Apa ni baru beberapa tahun mesra Umno dah dapat jadi calon sedang yang lebih lama berjuang dalam Umno diketepikan. Saya tak faham kenapa Zul Kulim boleh diketengahkan sebagai calon, dulu bukan main lagi bermusuh dengan Umno. Saya sebagai warga S.Alam dengan ini memprotes dan tidak akan sesekali memberi undi kepada beliau. Sebagai jalan keluar, saya dan rakan-rakan seperjuangan hanya memberi undi kepada adun-adun yang berada didalam parlimen S.Alam.

Anonymous said...

.

..

...

Surat terbuka untuk YBhg Datuk Zulkifli Noordin. 
Pertama sekali alhamdulillah Syukur kehadrat illahi DZN telah dapat mengenal pasti Intan dari Kaca. Harum dan busuk. Cantik dan buruk. Wajah Asli atau wajah bertopeng.

Perjuangan YB-DZN bermula dari titik noktah ini...Di Parlimen P108. Sokongan untuk YB-DZN bukan sahaja kerana YB-DZN bertukar warna baju, bukan juga kerana YB-DZN seorang peguam yang berkaliber TETAPI kerana YB-DZN mampu meniup semangat juang Barisan Nasional bersama dengan Warfare Drum @ Gendang Perang. 

Selangor amnya & Shah Alam khasnya sudah lama tidak mendengar paluan semangat Gendang Perang @ Warfare Beat. YB-DZN adalah orang yang mampu merobek-robek Pakatan Haram ini di Shah Alam. 

Khalid Samad & Yaakop Sapari merupakan "sekupang tak guna" - sia-sia untuk kepada mereka yang memangkah kuda-kayu ini. Dua orang ini ada KPI yang hendak di tunjukan kepada rakyat Shah Alam. Pergi kencing di Segambutlah.

Kedua perkara.
Bila tuan YB-DZN menang kawasan Kota Anggerik ini - mohon hapuskan apa yang diberi nama MPP Zon - yang merupakan manusia yang memicit telur sambil layar internet. Rasanya kalau di audit belanjawan mereka mungkin ada yang akan berhijrah ke Sulu. 

Ketiga.
Saya amat yakin akan kemenangan untuk BN di Selangor. Rakyat sudah jelak dan bosan Masjid dan Surau dijadikan pentas pemasaran ideologi sonsang PAS serta PKR. Mereka telah meliwat tempat ibadat dengan fitnah, cacian, makian, kebodohan tahan infinity kepada manusia " an insult to the intelligence".

Tuan YB-DZN juga hendaklah lihat dan periksa semula semua akaun Masjid dan Surau yang di kuasai oleh puak busuk ini. Saya pasti beberapa butir telur busuk akan disorokan didalam laci akaun yang tidak bertauliah.

Sekali lagi tahniah untuk semua warna BN untuk merampas semula Selangor.
Individu nama tidak penting - yang penting semangat setia kawan semangat juang  untuk mengembalikan Selangor kepada yang deserved Barisan Nasional.

. . . 

. .

.

Anonymous said...

Shah Alam pas yo! Bye2 bn .

Anonymous said...

Barisan Nasional Aku Janji kukuh berwibawa telus dan konsisten.

PAS Manifesto macam liPAS longkang -tidak tentu hala. Tidak konsisten. SeBuah Parti yang memperdagangkan ugama demi politik rakus. Pemimpin liPAS sendiri bermasalah moral yang jijik.

Anonymous said...

khalid memang bagus, BAGUS berceramah! kerja = HANCUS! bye bye PAS

Anonymous said...

ramai pencacai BN dalam ni tah tah org yang sama komen... owner blog pun macai BN jugak... serupa mcm lembu nfc... weii gi jilat bontot najib la.. untung2 dapat brim lagi,.... dasar lembu BN hahaha, kami kaum india takkan percaya pada racist zul nordin gampang ni lagi.... goodbye BN

Anonymous said...

Melayu yakini PAS. BN zalim dan Sombong...masih lagi sombong. Tak berubah.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates