Friday, July 22, 2011

Media Baru Bakal Dikuasai Sepenuhnya, Kerajaan Perlu Mantapkan Bloggers Pro-Umno


Kira-kira 98 peratus daripada 26 juta penduduk negara ini akan beralih kepada sumber media baru dan laman sosial seperti blog, Facebook serta Twitter sebelum November tahun ini.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jumlah itu tidak mustahil dicapai kerana saluran media baru merupakan landasan paling berpengaruh yangberupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.

Perkara itu bukan mitos tetapi realiti. Saluran media baru berjaya mencetuskan revolusi sosial di Mesir, Tunisia, Amenia dan Ukraine.

Kini media mempunyai kuasa sepenuhnya malah ia begitu kompleks dan boleh menyebarkan maklumat kepada sesiapa saja setiap saat. Perkara itu turut diakui kebanyakan ahli falsafah.


Jadi saranan aku kepada pihak kerajaan, jagalah bloggers hardcore pro-umno yang ada ini dengan sebaiknya. Kerana mereka adalah jentera perang cybereset kerajaan yang bernilai di maya cyber ini. Perjuangan mereka tiada batas sempadannya, tak kira waktu siang dan malam berjuang di maya cyber untuk mempertahan negara dari ancaman pihak yang rakuskan kuasa demi mengejar cita-cita mereka.

Pihak Kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi menambah baik keperluan bloggers pro-umno ini... Tanpa mereka, bloggers hardcore ini, Umno/BN akan lumpuh seperti masa-masa yang lalu... Sayang jika mereka diabaikan.... Hanya sekadar luahan seorang bloggers, tidak mewakili mana-mana individu...

4 comments:

Yuseri Yusoff said...

Mantap benda tgh dok balun sama sendiri ni...

Anonymous said...

kerajaan perlu adakan satu unit khas, bg membantu bloggers2 pro-umno...

admin said...

patut umno sediakan 1 badan dlm jwtnkuasa umno utk pantau dan selaraskan maklumat kpd blogger2 hardcore umno. barulah info tak bercanggah dan selari dgn kehendak kerajaan. kalau boleh sediakan dana utk blogger2 ni buat fulltime. drpd buang duit kat utusan & berita harian yg org dah tanak baca tu, baik bagi kat kitorang yg buat keje ni. akhirat tak pasti lagi, dunia nilah kalau boleh dapat pun. sekadar perkongsian..

Anonymous said...

cakap pasal diri sendiri ke?