Friday, July 22, 2011

Pemuda Sambut Kepulangan PM, Najib


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin bersama barisan penyokong hari ini menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air setelah melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

Perdana Menteri, yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KLpada 9.45 pagi.


Turut hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan 3,000 orang yang menyambutkepulangan Najib.

Najib memulakan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan pada 11 Julai bagimemenuhi jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov. Ia merupakan lawatanpertama beliau ke negara itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada April2009.

Selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan, Najib terbang ke London untuklawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia denganUnited Kingdom.

Najib diiringi Rosmah turut menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Perdana Menteri kemudiannya berlepas ke Itali bagi melakukan lawatan kerjadua hari ke negara itu mulai 17 Julai, dan telah bertemu Pope Benedict XVI danberjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di CastelGandolfo, Rom.


Peluang Pekerjaan: Mari Serbu Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Melaka

2 comments:

Anonymous said...

barisan pemuda sentiasa mantap dan sentiasa berada dihadapan.. tahniah pemuda!

Anonymous said...

kenalah sambut ramai2, bg smgt balik lepas menanggung kemaluan yg besar masa jumpa PM britain, pope & queen elizabeth. insyaAllah, kami pemuda, putera, puteri, mak, nenek, moyang, monyet akan bersama2 dgn PM!!!