Friday, July 22, 2011

Bersih 2.0 : Rakaman CCTV di Bangunan Avenue K Menjawab Isu Kematian Baharuddin Ahmad


Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.

Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakwaan itu.

“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan," katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid semasa tayangan video berkenaan kepada wartawan dan beberapa NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis.


Beliau berkata dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh juga menjelaskan beberapa orang yang dikatakan anggota polis berada di tempat Baharuddin rebah dalam bangunan itu sebenarnya adalah anggota polis bantuan di situ dan bukan polis anggota polis biasa yang bertugas menyuraikan demo.

1 comment:

Anonymous said...

lepasni apa pulak pembangkang nk spin?