Friday, July 22, 2011
Peluang Pekerjaan: Mari Serbu Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Melaka
Pemuda Barisan Nasional (BN) memperlawa orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN (BNYJF) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 300 daripadanya adalah jawatan jurutera.
Karnival kerjaya Pemuda BN berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat hingga Ahad (22-24 Julai 2011) masa 10 pagi hingga 8 malam.
Terdahulu Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BNYJF’11 akan memberi impak besar kepada generasi muda dari segi menjana pekerjaan dan ekonomi selain menyedarkan mereka mengenai kehendak majikan dalam pasaran sekarang.
Beliau berkata, ia selaras usaha Pemuda BN selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) yang menawarkan puluhan ribu peluang pekerjaan.
“Oleh itu, Pemuda BN mahu memainkan peranan membantu kerajaan memastikan generasi muda mendapat peluang pekerjaan disediakan menerusi rangsangan ekonomi diperkenalkan Najib.
“Dalam ucapan dasar saya ketika Perhimpunan Agung Pemuda Umno, saya sebut agenda utama Pemuda BN dan Umno pada 2011 adalah pekerjaan untuk generasi muda dan kita mahu memastikan peluang pekerjaan serta ekonomi kepada orang muda dapat dimaksimumkan.
“Kita tahu, masalah orang muda adalah pengangguran sama ada tidak mendapat kerja atau diberhentikan kerja selain ada yang mendapat pekerjaan tidak setimpal dengan kelayakan mereka,” katanya.
Labels:
BNYJF,
Khairy Jamaluddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hidup pemuda BN!
Post a Comment