Monday, October 10, 2011

Intipati Cadangan YB Rembau Semasa Membahaskan Belanjawan 2012


Tuan Yang DiPertua

Saya menyambut baik pendekatan Kerajaan yang bukan sahaja komited malahan sistematik di dalam membantu kumpulan sasar terbesar berpendatan RM3 ribu ke bawah yang bukan sahaja meliputi keseluruhan kumpulan 40% berpendapatan terendah malahan sebahagian daripada kumpulan 40% berpendapatan pertengahan. Dianggarkan mereka yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah meliputi 52.7% daripada keseluruhan isi rumah.

Dalam aspek ini, dari segi mengenal pasti kumpulan yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah ini mereka dimestikan untuk mendaftar dengan LHDN, tetapi bagaimana pula mereka yang bekerja sendiri atau tidak tetap pendapatan mereka. Ini kerana, di dalam kelompok 40% isirumah berpendatan terendah, 42% daripada mereka yang duduk di bandar bekerja adalah di dalam kelompok bekerja sendiri atau lain-lain dan jumlah ini lagi tinggi di luatr bandar di mana mencecah sehingga 58%.

Jadi bagaimana pula dengan nasib yang lain ini, apakah elaun 1AZAM akan diteruskan?

Daripada maklum balas yang diterima, golongan berpendapatan menengah menyuarakan akan tiadanya insentif yang specsifik atau menjurus kepada mereka, selain daripada imbuhan umum seperti subsidi dan juga peruntukan umum lain sebagai contoh pendidikan percuma. Dalam hal ini yang menjadi perkara yang sering dibangkitkan adalah menegenai percukaian. Perlua diamamti bahawa suatu perkata yang penting di dalam progressive taxation adalah equity.

Di dalam hal ini, jika kita lihat majoriti pembayar cukai individu di Malaysia di takuk pendapatan sederhana menanggung beban cukai yang tinggi pada mereka. Pada masa sekarang, cukai 7% di kenakan kepada ke takuk pendapatan tahunan RM35 ribu, 12% bagi pendapatan tahunan 50%, 19% bagi di bawah RM100 ribu dan selebihnya adalah kadar maksima iaitu 26% bagi mereka berpendapatan melebihi RM100 ribu setahun. Ini bermaksud bagi majoriti mereka yang berpendapatan sederhana di Malaysia iaitu lingkungan RM100 ribu hingga RM120 ribu mereka terus terdedah kepada kadar maksima, sama seperti yang berpendapatan RM500 ribu atau lebih setahun. Ianya amat membebankan golongan ini dan secara perbandingan kadar efektif cukai tersebut lebih tinggi daripada Singapura mahupun Hongkong.

Bahkan sungguhpun Amerika Syarikat mempunyai kadar cukai tertinggi iaitu 35% tetapi ia cuma bagi pendapatan tahunan melebihi USD357,700 dan di Singapura pula kadar maksima Cuma bagi pendapapatan tahunan menjangkau USD236,640. Terdahulu, saya difahamkan bahawa perkara ini didalam proses pertimbangan Kerajaan melalui Lab Percukaian dan golongan berpendapatan pertengahan begitu menunggu agar beban bayaran ini dirongkai bagi memastikan kadar tertinggi 26% dikenakan kepada mereka yang sememangnya berpendapatan tinggi melebihi 100 ke 120 ribu setahun.

Seterusnya dari segi aspek peningkatan hartanah Skim Rumah Pertamaku daripada RM220 ribu ke RM400 ribu yang mana dapat membantu golongan muda memberli rumah yang mempunyai nilai yang lebih tinggi, terutama sekali bagi kawasan sesayar atau di pinggir bandar. Saya selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional begitu menyambut baik inisiatif ini yang mana merupakan antara senarai cadangan polisi daripada Makmal Pemuda. Namun demikian, secara realitiknya agak payah dan mustahil bagi mereka yang mempunyai pendapatan isirumah RM3 ribu setelah ditolak tanggungan keperluan harian dan bayaran liabiliti lain.

Oleh itu saya harap, dan saya telah ketengahkan juga sebelum ini, agar Kerajaan bersedia menaikkan siling pendapatan maksima itu ke RM6 ribu bagi memberi peluang yang lebih dan juga peluang yang secara realistiknya mampu dilaksana. Ini kerana, berdasarkan kajian yang dibuat, komitmen bayaran bulanan bagi pinjaman 400 ribu, yang tidak termasuk insuran MRTA dasn sebagainya, adalah RM1.6 ribu hingga RM1.8 ribu sebulan, dan ini pastinya tidak melayakkan mereka meminjam kerana kadar pendedahan hutang atau loan exposure rate bagi pinjaman perumahan hanya 1/3 sahaja daripada jumlah pendapatan sedangkan RM1.6 ribu bersamaan 53% dan RM1.8 ribu bersamaan 56%.

Jumlah yang selamat adalah RM5-6 ribu dan oleh sebab itulah dicadangkan RM6 ribu, yanag mana member ruang kepada pasangan suami-isteri meminjam berdasarkan himpunan pendapatan bersama. Ini aspek penting kerana kita tidak mahu sebarang Sekim yang cantik dari segi pelancaran tetapi tidak member pulangan kerana tidak boleh dilaksanakan. Seperkara lagi, kita kena maklum bahawa Cagamas memberi jaminan 10% untuk pinjaman hartanah tersebut dan sekiranya jumlah pendapatan peminjam tidak dinaikkan maka ia sedikit sebanyak akan membawa kepada high default risk yang ditanggung oleh Cagamas. Dan ini sekali lagi menuntut kepada kenaikan pendapatan.

Dalam aspek yang sama iaitu perumahan, saya ucap terima kasih dengan tambahan 15,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan juga subsidi RM20,000 bagi 10,000 Program Perumahan Mesra Rakyat. Cumanya daripada maklum balas yang saya terima, ini berkenaan PPR yang lama seperti di Selangor dan Kuala Lumpur mereka masih membayar RM125 hatta ada yang cecah RM250, sekian lama. Oleh itu disyorkan perumahan PPR lama kadar sewa yang lama diberi pengurangan dan diselaraskan semua sebanyak RM100 sebulan.

Khusus untuk menghargai jasa para bekas tentera yang bersabung nyawa dan berhempas pulas keringat wirawan dan wirawati negara yang tamat perkhidmatn tanpa pencen, sejumlah RM3 ribu diberikan sebagai sumbangan khas namun daripada maklum balas yang saya terima terdapat ramai bekas anggotan tentera yang bersara tanpa pencen, namun berjuang menentang pengganas komunis selepas zaman darurat dan tidak termasuk di dalam radar pembayaran ini. Oleh itu, saya minta agar dapat Kerajaan mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan yang dapat diberi kepada golongan ini.

Disamping itu, bagi meringankan beban anggota tentera yang bersara awal, Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan. Dalam hal ini, sebagaimana maklum, Perbadanan Hal Ehwal Anggota Tentera atau ringkasnya PERHEBAT menawarkan pelbagai kursus keusahawan serta kemahiran di dalam program pasca peralihan bagi anggota-anggota tentera yang bakal bersara.

Namun demikian terdapat ramai anggota yang mempunyai masalah mencari kerja atau akhirnya membuat kerja yang tidak berkaitan dengan kursus yang diikuti. Dalam hal ini dan bagi menjaga kebajikan bekas anggota tentera saya mencadangkan Kerajaan untuk memanjangkan portfolio PERHEBAT atau menubuhkan suatu badan khas seperti di India iaitu Army Welfare Placement Organisation yang bertindak sebagai pusat yang membantu bekas tentera membina karier dan pekerjaan kedua disamping rujukan pihak majikan mencari pekerja dari bekas tentera dengan database pekerja dan resume bank mereka. Setakat ini AWPO telah mencatat kejayaan hampir 40% penempatan. Ia juga menawarkan khidmat nasihat membuat resume, temuduga dan sebagainya kepada bekas-bekas tentera.

Pada masa yang sama, selain daripada bantuan kewangan secara terus seperti pemberian RM3 ribu kepada bekas tentera, RM500 kepada isirumah yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah sebulan dan sebagainya, saya ingin mengenengahkan kembali cadangan Makmal Pemuda BN berhubung food stamp programme yang mana kami mencadangkan supaya sistem ini dilaksanakan dengan kad pengenalan sebagaimana program food stamp MyKasih Foundation.

Melalui program ini, nilai tertentu akan dimasukkan kedalam akaun yang didaftarkan dengan kad pengenalan penerima yang mana akan kemudiaanya, hanya boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan seperti beras, tepung, gula dan sebagainya samaada di Kedai Rakyat 1Malaysia atau di pasar-pasar raya tertentu dengan mencajkannya kepada kad pengenalan mereka – ianya bersifat kumpulan sasaran, tanpa peralihan tunai, kemas serta menepati tujuan sasaran iaitu untuk membeli keperluan asas.

Dari segi insentif percukaian, Malaysia mempunyai salah satu daripada rejim percukaian yang bukan sahaja pemurah malahan komprehensif di dunia. Bermula dari tahun 80-an, sektor pembuatan menikmati sekim galakan dan promosi yang mencakupi pelepasan cukai sehingga 10 tahun. Kemudiannya, sektor perkhidmatan pula mendapat perhatian sesayar 1990-an dengan pelepasan cukai atau tax holidays kepada syarikat Multimedia Super Corridor.

Dalam tahun 2000-an pula saya melihat insentif bersifat geografi dengan 5 wilayah koridor ekonomi di Johor, Pantai Timur, Utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Namun, pada kadar dan waktu ini, dalam kita menuju wawasan transformasi ke arah negara maju, dinamikanya sudah berubah dan maqasid percukaiaannya juga perlu beranjak daripada bersifat pukul rata dari segi sektor samaada sektor pembuatan atau perkhidmatan atau zon geografi kepada suatu yang bersifat spesifik yakni kepada industri atau syarikat yang menawarkan pulangan nilai tambah yang tinggi.

Untuk itu, selain daripada insentif yang diberi kepada Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur serta galakan bagi pusat pengurusan perbendaharaan, saya rasa sudah tiba masanya saya menumpu kepada aktiviti sedemikian yang mana lebih kepada pre-and post-production stages daripada rantaian nilai yang lebih bersifat knowledge-intensive daripada proses pengeluaran seperti manufacturing, fabrication and assembly works.

Pre-production meliputi product conceptualisation, research and development and design manakala post-production mencakupi branding, packaging, pemasaran, franchising dan juga pengedaran. Syarikat Apple, yang baru sahaja kehilangan pengasasnya iaitu Steve Jobs, yang juga salah satu daripada 10 syarikat paling tinggi keuntungan didunia tahun lalu dengan nilai keuntungan USD14 bilion, lebih memfokuskan keupayaan dan competitive advantagenya pada pembinaan konsep, penciptaan dan rekabentuk product design serta pemasaran dan meng-outsource aktiviti pembikinan atau pembuatannya.

Kita tidak mahu negara kita tertumpu kepada proses pembuatan sahaja yang mana sekarang ini menjadi medan persaingan bagi negara berkos rendah, kita perlu melonjakkan diri ke arena yang lebih nilai seperti pre dan post production stages.


Jika kita lihat kepada bantuan pendidikan yang diberi, kita ucap syabas di atas keprihatinan Kerajaaan namun ruang lingkup skopnya meliputi sekolah rendah, menengah dan juga tinggi tetapi satu lagi aspek penting yang mana merupakan isu besar di kalangan anak-anak muda yang berkeluarga ialah pusat penjagaan anak-anak atau child care centre bagi yang anak-anak diusia bawah 4 tahun, yang mana merupakan salah satu daripada cadangan polisi Makmal Pemuda BN.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa child care centre mempunyai korelasi yang positif dengan produktiviti ibu bapa yang bekerja sebagai contoh laporan American Business Corporation 2000 menunjukkan 63% ibu bapa mencatatkan kenaikan produktiviti dengan adanya child care centre yang berkualiti manakala kajian oleh University of Cornell pula mendapati anak-anak yang mendapat pendedahan interaksi dan pendidikan awal melalui child care centre menujukkan prestasi kecemerlangan akademik yang lebih tinggi ketika di usia remaja.

Pada masa yang sama kita lihat kadar penyertaan buruh wanita adalah sekitar 48% berbanding 80% bagi lelaki, dan antara salah satu sebabnya adalah ramai wanita yang berkelulusan tidak bekerja untuk menjaga anak-anak merek. Dalam aspek ini, pusat jagaan kanak-kanak di pantau di bawah Akta Penjagaan 1993 dan dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disamping penawaran kursus latihan asas penjagaan serta perlesenan.

Seperkara yang perlu diambil kira juga adalah kualiti child care centre ini member kesan juga kepada produktiviti ibu bapa serta kanak-kanak itu sendiri dan kita dapati ada pusta jagaan yang tidak berlesen malah ada laporan tentang kes penderaan. Oleh itu, kita memohon agar Kerajaan sendiri membina dan menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak ini kepada masyarakat terutama kepada keluarga muda yang amat memerlukan. Mungkin sebagai permulaaan, satu pilot project boleh dimulakan dahulu dan kemudiaannya jika Berjaya ia boleh dikembangkan ke seluruh Negara di mana bukan sahaja dapat memastikan kualiti penjagaan bahkan juga kos yang lebih murah kepada ibu-bapa muda menghantar anak-anak mereka disamping memberi peningkatan produktiviti dan menjana penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja.

Pada masa yang sama dari segi aspek kebajikan, saya cadangkan agar Kerajaan buat/bina dan menyelenggara 1mukim 1rumah anak yatim (rumah kebajikan) supaya tiada lagi rumah anak yatim swasta yang tak diselenggara dgn baik.Tak ada lagi kita dengar, baca berita mahupun terserempak sendiri kes anak anak yatim rumah swasta ini dikerah untuk mengutip derma dan menjual buku bagi menampung rumah kebajikan yang dihuni.

Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia yang mana antara lain menaikkan had umur persaraan daripada 58 tahun ke 60 tahun. Namun demikian, kita meminta agar Kerajaan dapat member jaminan dan memikirkan kaedah agar peningkatan umur persaraan ini tidak menjejaskan peluang kenaikan pangkat kepada anggota perkhidmatan awam, terutama golongan muda dan anggota baru.

Seterusnya adalah aspek penyampaian, kita boleh merancang – meletakkan peruntukkan itu dan ini namun yang paling penting adalah aspek penyampaiannya. Oleh itu kita harap agar aspek penyampaian ini ditekankan di dalam memastikan segala yang dirancang dapat dicapai.

No comments: