Saturday, October 22, 2011

Allahu Akbar! Mayat Gaddafi Dipamerkan Dalam Peti Sejuk Sebuah Pasaraya


Sewaktu Gaddafi masih hidup beliau disegani dan ditakuti rakyat!!!!, tapi lihatlah inilah balasan rakyat kepada beliau! 

Bodoh! Kemarahan hati aku sememangnya tidak dapat diselindungkan lagi! Sedih bila melihat mayat seorang Presiden seperti ini! 

Gaddafi adalah seorang pemimpin negara, seangkatan dengan Saddam Hussein!!!! Malahan mereka adalah pemimpin yang di takuti oleh Yahudi dan ada yang tak kena sekarang ini! Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kepada Gaddafi!, 

Terdapat rancangan serangan sulit yang sedang dilakukan oleh Yahudi/AS,  mereka membunuh pemimpin Islam tanpa disedari oleh rakyat negara itu sendiri!

Libya, 22 Okt — Keluarga Muammar Gaddafi menuntut jenazah bekas pemimpin Libya yang digulingkan untuk dikebumikan mengikut tradisi orang Islam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi stesen televisyen pro-Muammar berpejabat di Syria, keluarga Muammar mahu jenazah pemimpin itu, anak Mo’tassim dan mereka yang terbunuh Khamis lalu di bandar kampung halamannya Sirte diserahkan kepada mereka.

“Kami meminta PBB, Pertubuhan Persidangan Islam dan Amnesty International agar memaksa Majlis Peralihan (Kebangsaan) menyerahkan jenazah mereka kepada suku kami di Sirte dan membenarkan mereka mengadakan upacara mengikut budaya dan prinsip Islam,” kata kenyataan itu.

Di Misrata, komander tempatan Addul-Salam Eleiwa menunjukkan jenazah Muammar yang diletakkan di atas satu tilam dalam lepuh sejuk di sebuah pasar dengan kesan peluru dapat disaksikan di bahagian kepalanya.

“Beliau (Muammar) akan mendapatkan haknya, seperti mana-mana Muslim. Jenazanya akan dimandikan dan akan dilayan dengan penuh maruah. Saya menjangkakan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam dalam 24 jam,” katanya lagi.

Berpuluh-puluh orang, ramai dengan telefon bimbit berkamera membanjiri kawasan pasar untuk melihat jenazah Muammar.

7 comments:

Anonymous said...

mungkin masa hidup dia kejam tapi jenazahnya patut diuruskan sebagai orang islam bukan diaibkan sebegitu rupa.

Halit said...

ada kesilapan dlm artikel tuan.. beliau bukan Perdana Menteri atau Presiden Libya.. beliau tiada jawatan khusus dlm pentadbiran Libya.. cuma digelar "Pemimpin Libya" yg sama tarafnya dgn jawatan eksekutif PM/Presiden.

Menakbar said...

Pemimpin Islam yg berkuasa dah byk dilupuskan (Saddam, Osama, Gaddafi)... Mcm ada agenda tersembunyi oleh puak2 tertentu....

aurion said...

@Menakbar

Fyi, Osama tu hanya rekaan america.Kalau kita lihat, pemimpin2 Sunnah 1 per satu disapu Yahudi Zionis/America..yg Syiahnya tak kacau sebab semua tali barut yahudi..krisis IRAN tu sekadar lakonan..Next Syria.kita lihat.

Anonymous said...

halit said pemimpin libia sama dengan pm itu tak betul pm dipilih dari pilihan raya kamu mang bangang.

Anonymous said...

pemimpin negara islam mana pulak yg akan jadi mangsa pula selepas ini.

satu kejayaan bagi musuh-musuh islam

apa akan jadi kepada Libya sekarang, mesir masih lagi hancur, iraq dah lama hancur,

apa rakyat mesir, rakyat iraq dan rakyat libya telah dapat?

KEHANCURAN... dan ISLAM ????????

Maria Mohmed Al-Wasli said...

osama, saddam tu propaganda je. tak tau lah gaddafi ni propaganda atau tak. peace!