Wednesday, October 19, 2011

Isu Muratd: PAS Melutut Mengikut Telunjuk DAP!


Akhirnya PAS terpaksa melutut mengikut telunjuk DAP dalam isu murtad. Lebih memalukan PAS dilihat hipokrik! hanya mahu bersama Ambiga sertai himpunan haram, bila isu nak bersatu dalam agama PAS tidak mahu sertai! double-standards la!

Jelas kita lihat apa yang berlaku di Selangor... mulut dikunci, tangan diminta jangan mencegah dan kaki diikat dari mencegah gejala murtad.

Sultan yang menggunakan kuasanya untuk mencegah gejala murtad telah dikecam oleh Profesor Aziz Bari.

PAS pusat Selasa malam membuat keputusan parti itu tidak akan sertai Himpunan Sejuta Umat anti-murtad di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

PAS memberi amaran kepada Dewan Pemuda PAS supaya mematuhi keputusan diambil kepimpinan parti berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini dengan tidak menyertainya walaupun secara individu sekalipun, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, termasuk DAP dan PKR yang telah bertemu malam tadi memutuskan tidak akan hadir perhimpunan yang berunsurkan Islam itu.

“Pemuda PAS berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh,” kata Mustafa.

Jika mereka degil, mereka akan berdepan dengan tindakan daripada PAS Pusat.

PAS menang sebab menipu dan berjanji bulan bintang dan syurga, tapi PAS tunduk dibawah telunjuk DAP kerana gilakan kuasa! PAS is Dead!

4 comments:

Anonymous said...

kami ahli Pas akan tetap pergi..!!

Anonymous said...

pemimpin tertinggi PAS ad nyatakan sbb/x? kalaw ad, tlg tunjukkan

Anonymous said...

Nak menitis air mata bila dengaq cerita ni... Nauzubillah

Che'Gu Disiplin said...

sebab yang dia bagi satu jek. penganjur kata parti politik tak dibenarkan/dijemput. padahal penganjur mengalu-alukan semua ngo dan parti politik datang atas nama islam. jangan datang atas nama parti politik.
nampak sangat dap dan anwar tak bagi